Powered by Blogger.

eh?? hadaf utama kita tadi apa??

Saturday, 22 December 2012

             beberapa hari yang lepas, saya menghantar seorang ahlil bayt merangkap roommate di Jordan ke Queen Rania Airport, flight beliau ke Malaysia akan berlepas pada 5 petang, kurang dari 45 minit lagi masa berbaki. Ketika sahabat2 kami termasuk saya, tgh berjuang separuh nafas dah nak final exam, dia balik rumah pulak?? *HUHU*. .
bukan dia yg minta begitu. . , tapi keadaan. . ,lebih tepat keadaan yang Allah inginkan begitu. . , Ibunya sakit tenat di Malaysia, dan baru beberapa hari yg lepas, saya menerima berita kematian ibu beliau, . . ,hakikatnya memang begitulah hidup manusia. , setiap yang bernyawa itu pasti merasakan mati, kerana itulah permulaan hidup yang hakiki. . ,*tafakur*

Alfatihah.

            Okey lah, jadinya kami ahli rumah makin merindui beliau akibat dah lama sgt beliau ada kat Malaysia, huhu :(. . ,so, seorang akak kat rumah pun nak kol beliau di malaysia, malangnya. . ,ARGGHHHH!! *kredit dah habis*. . ,di sebabkan semangat yg berkobar2 tinggi, kitorang pun siap2 keluar nak beli topup. .

            Alang-alang keluar kami singgah dulu ke Karnival Akademik Mahasiswa Irbid kat Dewan Khindi, Uni Yarmouk. Lepas beli segala makanan yang mengikut hawa nafsu nampak sedap, kitorang pun balik, singgah pasaraya beli susu, dan jalan2 slow balik rumah, sikit lagi nak naik tangga rumah, tiba2. . !!
kakak rumah saya menjerit, ARGHH!!!
    dan saya pun, ARGHHHH!!!

Terlupa.
Hadaf utama kitorang keluar tadi nak beli topup. . ,alahai itu yg terlupa. . ,yg sampingan2 tu pulak yang di buat. . .

Patah balik. Penat.

Saya kerling jam di skrin handset. 45 minit masa prjalanan tadi, saya tergamam, teringat. baru 45 minit prjalanan ni, kami dah terlupa hadaf utama mengapa kami keluar tadi. . ,

BAGAIMANA PULA PERJALANAN HIDUP YANG SUMPAH LEBIH PANJANG, LEBIH SAKIT, LEBIH PERIT???

Andainya perjalanan kami yg 45 minit itu pun boleh terlupa hadaf utama mmbeli topup tu, inikan pula perjalanan hidup dunia yang Tuhan aturkan yang sumpah panjang ini, pastinya kemungkinan utk terlupa hadaf utama penciptaan kita itu lebih2 lagi besar.

Menggeletar.

Maka, saya cukup yakin, dan pasti, utk mengharungi perjalan Tuhan ini, persediaan yang super sempurna itu sangat perlu, apatah lagi saya memang tahu, yang Tuhan saya menyediakan dua perjalanan utk saya memilih, perjalanan yang di redhoi dan perjalanan yang lalai.
Dan lagi, saya sungguh2 tahu perjalanan yang di redhoi itu sangat2 berliku, busuk, super duper tak cantik, penuh duri, sempit, dan sungguh2 berbeza dari jalan yang lagi satu itu.
Namun saya perlu akur, di jalan yang penuh duri itu, ada bahagia yang manis lebih dari madu dan paling penting, kemanisan bahagia itu sifatnya ABADI. Saya takkan pernah mmpu bertahan atas jalan penuh duri dan liku itu, kalau bukan kerana kekuatan yang DIa berikan utk saya.
HANYA KERANA ITU.

        SAya kembali berkata-kata dengan diri, untuk apa saya dan seluruh manusia di ciptakan ?? dan untuk soalan itu, Tuhan saya telah pun menjawabnya. . .

Jawapan Allahu Rabbi.. . :)


1)Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. [Adz-Dzariyat: 56].


2)Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamusecara main-main [saja], dan bahwa kamu tidak akan dikembali-kankepada Kami[Al-Mukminun: 115].

lagi.

3)Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja [tanpapertanggungjawaban][Al-Qiyamah: 36].


moga hadaf utama perjalanan ini tak kan terabai di hujung perjalanan. . 

AKU RINDU. .

Friday, 14 December 2012


aku rindu. . 
pada gigihnya perjuangan Rasulullah. . ,
yang tegar berdiri meski di caci, 
yang kuat melangkah biar di sisih, 
yang ikhlas tersenyum tatkala di sakiti,
demi satu mulianya misi, 
menyebarkan cinta Allah. . 
bersama islam yang suci. . 

aku sungguh rindu. . 
pada sebuah nama Umar,
yang hadirnya membawa cahaya buat Islam,
lantangnya dia menggerunkan lawan,
rendah hatinya menggetar iman, 
izzahnya dia dengan islam,
hingga namanya tercatat penghuni syurga. . 

aku teramat rindu.  .
pada mulianya kasih Abu Bakar. . 
rela di sakiti demi kekasih Allah. . 
yang menjadi singa di medan jihad,
yang menjadi pengasih bersama Rasulnya,
yang menghinakan diri bila di hadapan Tuhannya. . 

aku rindu. . 
pada semangat juang Salahuddin alAyubi,
yang bibirnya jarang tersenyum
atas risaunya pada bumi alQuds,
bumi yang masih belum di naungi islam. . 
cita-citanya tinggi,
hingga alQuds pernah menjadi milik islam,
sepenuhnya  . . .

aku bergetar rindu,
pada semangat pemuda alFatih,
yang masa mudanya di serahkan buat perjuangan,
namanya disebut dalam bicara nabi,
dialah sebaik2 ketua,
dan tenteranya sebaik2 tentera,
membuka konstantinople dengan gagah,
takbir kemenangan bergegar gempita. . 

Allah. . ,sungguh aku rindu pada semuanya. . 
rindu saat islam di puncak alam,
saat laungan memujimu bergemersik di setiap ruang semesta,
aku rindu. . 
hadirkan di antara kami pengganti jiwa2 pejuang. ,
andai nya kami tidak berkesempatan melihat kebangkitan islam kembali,
biarlah sebabnya hanya kerana tika itu,
kami telah syahid dalam memperjuangkannya. . 


 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)