Powered by Blogger.

Anak Panah.

Monday 16 September 2013


Pillow talk dengan seorang ukhti tercinta.

" Enti, ana dulu pernah kapel dengan sorang laki ni. "

" Hmm? "
Terangkat kening saya. Macam tak percaya bila itu keluar dari bibir dia. Dengan gaya solehah dia.
Dah macam eh? Series aa?

" Zaman dulu lah, zaman jahiliyyah ana "

'' Ohhh. . "
Saya angguk, tak terkejut lah.
Sebab biasalah, mana ada manusia terlepas dari salah silap.
Bila zaman jahiliyyah tu, konfem lah zaman duduk dalam gua tempurung karat semua.

" Tapi, yang si lelaki tu budak tahfiz waktu tu "

Jatuh rahang.



Benarlah. Bila yang nama lelaki itu, tetap lelaki sampai bila-bila.
Jangan duga-duga hatinya.

Dan senjata terampuh syaitan untuk melemahkan si lelaki.
Jawabnya wanita.

Dari kedudukan si lelaki yang terpaling bawah bumi, hingga teratas tinggi langit, boleh dikata semuanya ada wanita.
Tak kisahlah, isteri, ibu, kakak, adik, anak perempuan. Semuanya.

Rasulullah s.a.w.,  yang paling mulia, berdiri di sisi baginda, wanita-wanita istimewa yang bersama dalam perjuangan.
Si isteri Khadijah yang setia, si ibu Aminah yang tabah mendidik memelihara, si ibu susuan Halimatus Saadiah yang sayang sepenuh rasa, dan ramai lagi yang tidak terhitung nama-nama wanita yang berjasa.

Eh, si Hitler yang kuku besi itu pun letak gambar ibu dia dalam dompet.

Tak kurang juga, jatuhnya para pemerintah negara, pembesar negeri, ustaz sekolah, imam masjid, kerana godaan wanita.

Maka, mujahid, berhatilah dalam menjaga hati. Membina perisai diri.
Dan, wanita, berhentilah menjadi pedang yang menebas kaki mujahid yang sedang gagah berdiri. Jadilah perisai yang melajukan langkah kaki.

Wanita itu anak panah.
Cuma, bezanya, panah itu untuk menjatuhkan pejuang, atau sebagai pelindung untuk menjatuhkan lawan.

Jika syaitan tak pernah jemu mengangkat yang batil dengan kemungkaran, mengapa manusia yang digelar sebaik-baik kejadian perlu jemu mengangkat kemulian dengan ketaatan?


Rasa diri berTuhan, agar langkahmu tidak tertahan.

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)