Powered by Blogger.

Harapan Masih Ada

Saturday 29 June 2013


Andai sihat itu adalah harapan untuk si sakit. Jika kaya itu adalah harapan untuk si miskin. Kalau kuat itu adalah harapan untuk si lemah. Maka, taubat itu adalah harapan untuk si pendosa.

Taubat itu adalah harapan.

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(QS. Az-Zumar: 53)

Pemuda Manja Berkrim Lemak Manis

Wednesday 26 June 2013

Nikmati Masa Mudamu [KREDIT]


Suatu ketika Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” 

Khalifah Umar pun berkata:

“Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.

Mengapa dalam sekalian banyak impian, Khalifah Umar megimpikan para PEMUDA(Rijal)? Mengapa Khalifah Umar mengangkat darjat para pemuda lebih tinggi dari segala emas permata, lebih hebat dari segala wang melimpah.

Disklaimer Tukang Masak Kepada Tukang Jahit.

Wednesday 19 June 2013



Ini pengakuan berani mati kepada tukang jahit saya.

Dia tukang jahit. Dan saya tukang masak. 
Pernah dia cakap dekat saya, 
"enti masak untuk ana, ana jahit baju untuk enti, okey?"
"Bingo!"


Demi Cinta Zainab Binta Rasulullah [ II ]

Thursday 13 June 2013


P/S: Kalau tak baca lagi kisah Zainab bahagian pertama, jemputlah baca dulu di [ SINI ]. Senyum.

....................................................

Zainab sangat bahagia menyambut si suami yang di rindui telah pulang ke rumah. Baru terasa ingin melepaskan rindu, Abu Al-'As lalu melontar bicara,

"Saya perlu menjauhi awak, duhai kekasihku, Zainab."

Hati si isteri ketika itu sungguh terluka, lalu membantah,
 "Tetapi, awak baru sahaja pulang. . ,"

Namun, Abu Al-'As membalas dalam ketegasan yang turut melukakan hatinya,
"Bukan saya yang perlu pergi kali ini, tetapi awak, wahai Zainab."



Kenapa, Ukhti?

Wednesday 12 June 2013

 

Telah lama rasanya tidak membiarkan jari-jemari menari di atas papan berkunci(keyboard) ini. Telah lama rasanya tidak membiarkan telinga di sapa bunyi petikan-petikan huruf demi huruf yang di taip di gelap malam sunyi. Telah lama rasanya tidak memberi yang sedikit yang Allah sudi pinjamkan ini kepada yang berhak untuk di beri.


Kesibukan dunia membuat diri yang hina ini terlupa untuk melaksanakan hak yang tertangguh. Keasyikan hidup membuat jiwa yang lemah ini mencari alasan untuk tidak memberi dan berkongsi apa yang ada. Maaf untuk segala bicara kalian yang tidak berbalas. Maaf untuk segala curahan hati kalian yang tidak di beri perhatian. Maaf untuk luahan jiwa kalian yang dipandang sebelah mata. Maaf, sungguh-sungguh maaf. Saya lah si leka dan si lalai itu, masih bermain-main dengan masa, masih bermain buaian dan jengket-jengket, masih berpusing dan berenang dalam selimut tebal, bergelak ketawa, sedangkan umat sedang tercungap-cungap. Atau sebenarnya saya yang tercungap lebih hebat, minta di selamatkan?

Malunya menjadi saya. 

Oh ya, terdetik dan di kuatkan hati untuk membuka laptop berkarat ini, menaip huruf menjadi perkataan, di simpul menjadi ayat, di kait menjadi perenggan demi perenggan, atas pertanyaan seorang ukhti, 

"Bagaimana awak boleh berubah sejauh ini? Dari al-ukht yang berjeans kepada berpurdah."


Perginya Kekasih Allah bersama Cinta

Saturday 8 June 2013

Amanah berat yang di pikulnya telah di jalankan sehabis upaya. Dakwah islam telah di sempurnakan. Maka, tibalah saatnya, lelaki mulia, Kekasih Allah itu akan menemui Kekasihnya.

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.

Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu di akhiri dengan pandangan matanya yang penuh cinta buat sahabat-sahabat. Di tatap dalam-dalam setiap wajah, bagai tidak mahu di lepaskan. 

Perhambaan Ini Bersyarat

moga perhambaan ini tidak bersyarat.


"Akhi, ana kena gangguan lagi lah."  Wajahnya berkerut-kerut. Tertekan.

"Gangguan apa?"

"Gangguan makhluk bertanduk tu lah. Tak sanggup rasanya ana nak rasa derita sakit macam dulu lagi."

Irwan masih terasa-rasa bisa sakitnya. Dia pernah di ganggu makhluk bergelar syaitan dan jin itu. Makhluk yang telah lama berjanji akan menyesatkan dan menyusahkan keturunan Adam. Janji yang pernah termeterai di langit dan akan terus di kotakan.


Demi Cinta Zainab Binta Rasulullah







Di kiri kekufuran di kanannya iman

Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah

Ketika suamimu masih jahiliyah



Romeo & Juliet mungkin menjadi sejarah cinta yang mengkagumkan. Shah Jehan & Mumtaz Mahal mungkin menjadi bukti cinta yang di agungkan. Antony & Cleopatra mungkin mampu menitiskan air mata jutaan manusia dengan sejarah cinta yang di nukilkan. Semuanya di akhiri dengan pengorbanan besar buat kekasih yang di cinta. Bunuh diri, telan racun, monumen yang mengerah ribuan keringat insan, bagai sebuah keagungan untuk di kagumi. 
Namun, hanya kisah cinta yang satu ini yang mengajar bahawa cinta manusia bukanlah segala-galanya. Kisah cinta yang satu ini yang membawa erti pengorbanan si isteri mempertahankan iman di sisi suami yang masih kufur. Kisah cinta si suami yang setia mempertahankan cinta buat si isteri yang telah beriman dengan islam. 

Demi cinta Zainab yang beriman buat suami yang belum di peluk hidayah. Demi cinta Abu Al-'As yang masih kufur, namun masih setia melindungi si isteri dari segala ancaman kaumnya. 


Halimah Sa'adiah: Cinta Si Ibu Susuan

Wednesday 5 June 2013

Kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah, bukanlah suatu nama yang asing lagi buat seluruh umat, baik islam mahupun tidak. Sekurang-kurangnya 5 kali nama baginda bergetar di bibir muazzin dalam setiap kali seruan azan, di tambah azan permulaan ketika subuh, bacaan dalam solat, iqamat, dalam alQuran, selawat, dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Mulianya Baginda di sisi Allah. Setiap kali seiring nama Allah itu, sering menyusul nama Baginda.

Insan-insan yang pernah mencoret nama dalam sejarah kehidupan Baginda begitu banyak. Salah-satunya ialah wanita mulia, Halimah Sa'adiah, ibu susuan kedua Baginda setelah Tsuwaibah.


Najashi: Memerintah Untuk Menyelamatkan Islam (II)



 *Pesanan iklan: Kalau belum baca Kisah Najashi yang pertama, jemputlah baca dulu di [ SINI ] , sebelum nak meneruskan bacaan pada entri ni. Baru feel. In shaa Allah. Peace!

Jom sesambung cerita hero pujaan hati saya. Raja Najashi.


Cahaya Buat Ummul Mukminin Ramlah

Perancangan Allah itu penuh cinta. Selalu, setiap kali ada kabus yang di datangkan mengaburi kehidupan hambaNya, pada akhirnya di hadiahkan pelangi yang cukup indah. Sering, bila si hamba merasakan bahawa telah tiada jalan keluar bercahaya dan bahagia dalam hidupnya, maka si Pencipta hadir menghulur bantuan, memujuk dan memberitahu, untukmu hambaKu, masih dan selalu ada harapan.

Begitulah kisahnya buat Ummul Mukminin Ramlah ini, pendamping insan mulia, Kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah.


Ucap dan Buktikan Cinta

Tuesday 4 June 2013

Cinta.
Tanyalah mana-mana insan yang bergelar sebaik-baik kejadian itu, siapa yang tidak faham atau tidak pernah merasa erti cinta. Malah, hidup dan bernafasnya di bumi itu pun atas cinta Tuhannya.

Najashi: Memerintah untuk menyelamatkan Islam.


"Ketika Najashi meninggal dunia, 
kami selalu berbual tentang cahaya yang selalu kelihatan di kuburnya"
-Aisyah Ummul Mukminin-

   Ketika menelusuri beberapa kali kisah beliau, sungguh cukup menyentuh jiwa saya. Maka, saya tabalkan beliaulah antara hero-hero dunia akhirat yang memenangi jiwa saya. Hero yag satu ini lebih hebat dari Superman, mahupun Goku beserta Dragon Ballnya. Serius. 

 Beliaulah tabi'in, beliaulah sahabat. Rasulullah mengutus surat buatnya, dan beliau juga mengutus surat buat Rasulullah. Satu-satunya solat jenazah ghaib yang pernah di lakukan oleh Rasulullah, adalah untuk si pemerintah adil ini. Buat insan istimewa di mata islam ini, raja Najashi atau nama sebenarnya Ashamah bin Abjar.

    Sebelum di lantik menjadi Raja Habsyah, Najashi telah melalui terlalu banyak kisah pahit, masin, tawar dalam hidup beliau. Namun, takdir Allah menagatasi segala perancangan manusia, ketentuan Allah mendahului untuk memilih beliau menjadi raja yang akan melindungi dan menyelamatkan kesengsaraan umat islam pada awal era kedatangannya.

   Najashi ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan ketika itu ayahnya adalah pemerintah Habsyah. Maka, pembesar Habsyah mengambil keputusan untuk membunuh ayah Najashi kerana beliau hanya mempunyai seorang pewaris, dan seterusnya, ingin melantik adik kepada ayah Najashi sebagai Raja, kerana beliau mempunyai 12 orang anak sebagai pembantu dan pewarisnya. Syaitan telah membisikkan bahawa tindakan mereka ini benar dan baik untuk Habsyah.

Geleng kepala.

Maka, ayah Najashi di bunuh, dan adiknya, iaitu ayah saudara Najashi di lantik menjadi raja Habsyah. Setelah itu, Najashi di besarkan dalam jagaan ayah saudaranya ini. Dengan izin Allah, ayah saudaranya terlalu menyayanginya sehingga melebihkan beliau dalam banyak hal berbanding anak-anaknya. Sekali lagi, para pembesar Habsyah mula merasa gusar sekiranya Najashi di pilih oleh ayah saudaranya untuk menggantikan takhta. Syaitan mula menjalankan kerja dan tugasnya dengan penuh efisien dan cekap, dengan membisikkan kerisauan kepada pembesar-pembesar bahawa Najashi akan membalas dendam kepada mereka atas pembunuhan ayahnya.

Para pembesar menghadap raja Habsyah, iaitu ayah saudara Najashi dan meminta supaya Najashi di bunuh atau di buang negeri. Pada mulanya, raja Habsyah tidak bersetuju, namun setelah di desak dan di ugut, akhirnya raja Habsyah bersetuju membuang Najashi dari negeri dalam keadaan sangat terpaksa dan bersalut kesedihan. Namun tidak lama selepas itu, berlaku kejadian yang tidak di ingini, hujan turun mencurah-curah dan kilat sambar-menyambar di negeri Habsyah sehingga raja Habsyah mati akibat di sambar kilat.

Walaubagaimanapun, setelah itu, tiada seorangpun daripada anak-anaknya yang layak untuk menaiki takhta, sehingga para pembesar terpaksa mencari semula Najashi untuk di tabalkan menjadi raja bagi menyelamatkan Habsyah.

Pendek cerita, Najashi memerintah Habsyah dengan penuh adil dan bijaksana. Habsyah tersangatlah aman ketika itu. Kaya-raya, sejahtera, sentosa, berbeza dengan keadaan sebelumnya yang penuh dengan kezaliman dan kemiskinan.

*Bersilau-silau mata saya bila sampai part ni sebab seronok. Hehe :)

Tak lama lepas tu, Allah telah mengutuskan Rasulullah s.a.w., yang sangat kita cintai itu, untuk menyampaikan Islam. Ketika itu, Quraisy tak terima sangat-sangat agama islam ni, sehinggakan penduduk Mekah yang telah menerima islam di siksa semahu-mahunya tanpa belas kasihan. 

Maka, Rasulullah bersabda kepada mereka,
"Di bumi Habsyah ada seorang raja yang tidak pernah menzalimi sesiapa. Pergilah ke negerinya dan mintalah perlindungannya sehingga tiba masanya apabila Allah menyelesaikan masalah kamu dan melepaskan kamu daripada kesengsaraan kamu ini."

Maka, berhijrahlah umat islam yang sedikit ketika itu ke negeri Habsyah dengan keimanan, tawakkal dan keyakinan yang cukup tinggi dengan ajaran Islam. Di sana, buat pertama kalinya mereka dapat beribadah dengan penuh kenikmatan dan keenakan tanpa sebarang gangguan. Biar terpaksa meninggalkan tanah air,keluarga, namun bahagia beribadah kepada Allah itu lebih di impikan.
*Sobss, kita ni dah lapang sungguh Allah bagi pun malas nak buat ibadah lagi kan? kan? kannn??? Tak rasa kena pelempang lagi ke? Ayuh lari terjun dalam sinki. Malu.


Bersambung. 

Sambungan di [ SINI ] .

Bersin dan Menguap

Sunday 2 June 2013

   

 Islam itu agama akhlak. Islam itu agama yang penuh pekerti. Malah, utusan tercinta Rasulullah s.a.w. itu juga hadir untuk menyempurnakan adab manusia. Maka, tidak hairanlah, dari perkara sekecil-kecil bakteria, sampailah yang sebesar Ultraman, semuanya ada adab yang di gariskan dalam islam.

Kerana itu islam adalah agama garis panduan. Satu-satunya agama yang bercerita penuh teliti bagaimana untuk masuk ke tandas, sehinggalah bagaimana nak menuntut ilmu. Agama yang menggaris penuh sempurna adab bagaimana jika berjumpa sahabat, sehingga cara ingin makan dan tidur dengan sihat.

Hebat, bukan? Islam bukan agama magik. Bukan agama ajaib. Tapi, islam menjadikan umatnya ajaib. Ajaib dengan akhlak yang membunga seperti bunga sakura yang menjadi kekaguman di musim spring. Ecewahhh.

Suatu hari saya terbersin. Saya ucapkan 'Alhamdulillah'.
Dan house-mate saya membalas, 'Yarhamukillah'.
Saya diam.
Tiba-tiba house-mate buka suara, "balaslah."
"Hah? Balas apa?"
Senyum.
"Wani, kalau orang cakap Yarhamukillah, kena balas,
               'يهديكم الله و يصلح بالكم' (Yahdiikumullah wa Yuslihu baa lakum) "

Saya sengih. Memang selalu terlupa. Mujur ada yang selalu mengingatkan.

"Hmm. . , kalau menguap ada adab tak eh? Just wondering"

"Adab menguap ialah tahan menguap"

"Oh?? Kena tahan ke?"

House-mate angguk kepala.
"Syaitan suka sebenarnya kalau orang menguap ni, sebab itu tanda malas, dan Allah pula tak suka. dalam satu hadis ni sebut,

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:


Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]"



""Erk. . , kalau tak dah tahan sangat, termenguap juga macam mana?"

"Hmm. . . Dalam hadis lain pula sebut, 



Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim] "

Saya terfikir, hebatnya islam. Sampaikan menguap dan bersin pun di gariskan panduan segala.

Lebih mengkagumkan, kajian saintifik juga bersetuju dengan perkara ini, menguap adalah menarik nafas dalam-dalam melalui mulut apabila otak kekurangan oksigen, dan mulut bukanlah jalur yang normal untuk bernafas kerana ia tidak dilengkapi dengan penapis untuk menyaring udara seperti yang ada pada hidung. Jika mulut tetap terbuka selama menguap, maka akan masuk ke dalam tubuh pelbagai jenis kuman, debu, dan kutu bersamaan dengan masuknya udara yang disedut melaui mulut.

Sedangkan jika kekurangan oksigen, maka itu pertanda bahwa manusia jarang bersujud. Mengapa? 

Kerana dengan melakukan gerakan sujud secara rutin, pembuluh darah di otak terlatih untuk menerima banyak kemasukan oksigen. Pada saat sujud, posisi jantung berada di atas kepala yang memungkinkan darah mengalir dengan maksimum ke otak. Bermakna, otak menerima pengaliran darah yang kaya dengan oksigen yang memacu kerja sel-selnya. Dengan kata lain, sujud yang tuma’ninah dan istiqamah dapat meningkatkan peningkatan kecerdasan seseorang.

Dan bersin adalah bertentangan dengan menguap, ia (bersin) kuat dan muncul secara tiba-tiba, bersamaan dengan itu keluar udara dari paru-paru dengan kuat melalui hidung dan mulut. Maka tersapu bersihlah apa yang ada di rongga yang dilalui bersin tersebut berupa debu, kutu, dan kuman yang masuk ke sistem pernapasan. 

Oleh sebab itu Allah mencintai bersin, karena ia memiliki kelebihan bagi tubuh hambaNya, sedangkan menguap dari Syaitan karena ia sangat buruk bagi tubuh.

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
1. Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
2. Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
3. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap
Jelas sejelas-jelasnya, dah ada lampu kalimantang, di suluh lagi dengan spotlight, menguap memang tingkah yang tidak baik. Malah, di benci Allah, di sukai syaitan.
Maka, cuba-cuba lah kurangkan menguap, cuba-cuba lah control, lagi-lagi time sembahyang kan? Solat adalah waktu kita menghadap Dia, waktu kita meminta-minta dari Pencipta kita, dan kita buat pula perkara yang Dia tak suka.
Lepas tu, bising lah, doa nak kahwin dengan Cinderella tak termakbul sampai sekarang.

Hantuk kepala berjemaah.
 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)