Powered by Blogger.

Kita Perlu Lebih Kuat Usaha

Saturday 21 September 2013


Terjaga. Samar-samar lampu jalan menyelit melepasi celahan birai jendela. Gapai handset. Jam 3 pagi. Katil sebelah kosong. Mana dia?

Baru teringat. Sepertiga malam. Berat kaki diatur ke bilik air. Tiba-tiba terhenti di ruang tamu. 

Dia sedang bersujud. Lama. Dahinya rapat ke lantai. Dengar sendunya. Bagai terasa air matanya yang jatuh sebutir demi sebutir di lantai sejuk. Bukan tidak pernah dia begitu. Tapi entah, kali ini bagai terasa beban rasa yang dia tanggung umpama gunung yang menghempap serangkai jiwa.

Kaki bagai terpaku.

Usai dia beri salam. Menghampiri.

" Kenapa? "


BAWAH DAGU ITU AURAT


Kata orang, bila kita diberitahu, kita pula perlu memberitahu.
Ilmu jangan simpan jadi ikan kering sorang-sorang.

Alhamdulillah, sekarang ni, ramai muslimah dah mula ada kesedaran untuk pakai tudung labuh-labuh walau warna pink terang gaya puteri islam, shawl tutup dada walau kena lilit atas bawah semua, baju longgar-longgar walau ada renda-renda.
Tak apa lah. Itu nanti kita cerita lain bagaimana. 
Janji alhamdulillah dah mula rasa nak menutup aurat. Itu pun tahniah, permulaan yang sangat baik.

Tapi, sedar tak sedar. Kita terlepas pandang tentang satu bahagian aurat, yang ramai orang tak tahu itu aurat. BAWAH DAGU.

Tahukah anda bahawa bawah dagu itu aurat yang wajib ditutup, dan tak sah solat kalau tak tutup bawah dagu?


Anak Panah.

Monday 16 September 2013


Pillow talk dengan seorang ukhti tercinta.

" Enti, ana dulu pernah kapel dengan sorang laki ni. "

" Hmm? "
Terangkat kening saya. Macam tak percaya bila itu keluar dari bibir dia. Dengan gaya solehah dia.
Dah macam eh? Series aa?

" Zaman dulu lah, zaman jahiliyyah ana "

'' Ohhh. . "
Saya angguk, tak terkejut lah.
Sebab biasalah, mana ada manusia terlepas dari salah silap.
Bila zaman jahiliyyah tu, konfem lah zaman duduk dalam gua tempurung karat semua.

" Tapi, yang si lelaki tu budak tahfiz waktu tu "

Jatuh rahang.

Kisah Dia dan Tarbiyah.

Sunday 8 September 2013

Jari bertindak lebih dahulu dari akal.

Jiwa si dia dan muzik tak mampu dipisahkan. Ibarat lihat bunga tanpa tangkai. Hilang seri. Ayahnya ustaz ajar budak-budak kampung fardhu ain, ibunya mengajar mengaji di rumah usang mereka. Tapi ah, iman itu bukan benda, boleh letak dalam wasiat untuk diwarisi. 

Minat dia dan abangnya lain. Jiwa mereka jiwa muzik seni. Segala gig dan band yang ada diredah.  Zaman itu, tengah panas dengan westlife. Tapi, jiwa mereka tetap dengan Backstreet Boys. Dari zaman BSB rambut mancis, video klip terbalik-balik kerusi, sampailah zaman matured band tu, zaman dah boleh flip-flip rambut kejung dengan angin sepoi-sepoi. Setia.

Si anak selesa dengan jeans skinny nya di sisi seorang ibu yang bertudung labuh. Biar banyak mata memandang, si anak tak pernah mahu ambil tahu. Dan si ibu dan si ayah masih gagahkan sekelumit bibir usang tersenyum penuh manis. 


Wa Laa Uffin

Thursday 5 September 2013


Antara tanda-tanda kecil hari kiamat, bila seorang ibu melahirkan tuannya.

Dulu kecil-kecil, saya selalu fikir, apa maksud melahirkan tuannya? Macam mana ibu nak lahirkan bos? Bos kan besar?

Akhirnya, murabbi saya beritahu, maksudnya ialah, ibu melahirkan anak-anak yang jadi tuan, senang cerita anak-anak kurang ajar, tak dengar kata, derhaka, layan ibu macam bibik kutip tepi jalan, si anak berlagak macam bos besar.

Oh gituuu. . .

Nak sembang common sense pun, zaman sekarang sikit sangat orang yang ada sense.

Jadi, ayuh cerita sense dalam islam. Islamic sense. 
Kot-kot ada yang tak tahu dalam islam dah cukup lengkap sempurna cerita tentang akhlak dari langit sampai bumi.

Pretty Stranger

Monday 2 September 2013

Aku benci kata pura-pura. Aku benci ungkap sayang yang tak selari jiwa. Biar tak mengungkap, namun rasa itu ada. Kalaupun tak mengungkap, biar dalam doa tak pernah lupa.

Bila engkau boleh menangis dan berhikayat hati di bahu orang yang engkau baru kenal seminit lepas, sedang engkau tak mampu buat yang sama dengan orang yang engkau selisih 24/7, dan say 'hi' hampir setiap ketika. 
Jangan pelik. Dunia memang begitu. Unexpected.

Kerana itu saya percaya, cinta tak bermakna kenal berabad lama. Cukup bila ikhlas rasa, engkau mampu sebarkan pada siapa-siapa, termasuk strangers macam saya. 

Dear pretty stranger, jazakillahu kheir.
Terima kasih ukhti yang bila lihat matanya sahaja, sudah boleh menenang jiwa. Yang bila dia tutur "uhibbuki FiLLah" sahaja, sudah menghumban seluruh derita ke dalam tong sampah dunia.

Elokkan hati, pijakkan benci. 

Islam itu agama berkasih. Tapi berkasih yang ikhlas-ikhlas sahaja.

Jangan Sangka Manis Tentang Aku

Engkau jangan terlalu sangka yang manis-manis tentang aku. Kerana aku juga sedang usaha buang pahit-pahit lama penuh hempedu.

Berhenti cakap kosong.

'Ah, engkau macam malaikat, aku macam iblis, manakan sama'

Kalau engkau suka tahu. Yang engkau selalu gelar malaikat ini pernah ada masa zaman kabur kelamnya.
Pernah ada zaman jeans skinny nya. Pernah ada zaman dating tak ingat dunia. Pernah ada zaman gig sini-sana. Pernah ada zaman yang cuma tahu cari tikar sembahyang bila rasa susah derita.

Dulu yang nama malaikat ini juga pernah kata yang sama,
'Ah, engkau macam malaikat, aku macam iblis, manakan sama'

Tapi, bila Dia kata ya. Semua boleh turn upside down 360'. Jadi, jangan cuba duga-duga masa depan.

Berhenti angan dan bekerja.

Jangan Lupa Pertemuan Sana

- Wahai Insan! Sesungguhnya engkau telah bekerja keras  untuk menuju Tuhanmu, sekeras-keras kerja;
maka akan bertemulah engkau dengan Dia.-
[6:84]

Nampak tanggungjawab manusia dalam ayat ini?

Kerja keras. Banting tulang. Sirami peluh. Jangan kira garis pada dahi. Itu memang kerjamu.

Namun, hati-hati. Yang dituju perlu kena. Yang dituju biar segalanya kerana Dia. Kerana di hujung cerita,ada pertemuan benar antara engkau dengan Tuhan.
Tuhan Yang Satu,Allah.

Semua perlu bekerja keras. Nak hidup senang, kerasnya menggagah tulang itu perlu.

Bezanya, kerja keras itu membawamu kepada manis redho, atau pahit tersia.

Jangan lupa pertemuan sana.

Moga bertemu juga. Di syurga.

Jangan Buat Buta Mata

Tubuhnya disandar pada dinding kaabah. Tanpa jemu, tanpa tahu rasa lesu, gigih berseru mengajak kaumnya menyembah Yang Satu. Ketika-ketika kalimat kebenaran melungsur dari bibirnya yang tidak pernah berdusta, memberi janji Tuhan Yang Pasti,

Fattabiouni! ikutilah ajaranku, agar kalian menjadi satu. Setelah itu, kalian akan menawan Rom dan Parsi.”

Namun, kaumnya membalas dengan sindiran dan lirikan mata yang memandu rasa hati yang angkuh. Dan yang bernama Muhammad bin Abdullah itu takkan pernah mundur. Kalaupun bulan dan matahari di letakkan di kedua-kedua tangannya, namun takkan dibiar kebenaran dari Tuhan jatuh bersujud pada angkuh si kuffar.

Selamat merdeka, Malaysia.

Malaysia. Hampir dua dekad memegang IC warganegara. Siapa tak sayang negara sendiri, tempat pertama menghambur tangis setelah keluar dari rahim wanita bernama ibunda.

31 Ogos 1957. Tarikh keramat bebasnya Malaysia.

Manusia. Semuanya cinta kebebasan sepertimana diludahkan konkongan. Fitrah.

Bezanya, rasa bebas apa yang diberi mahkota.

Yang punya iman itu, cintakan kebebasan hati. Konkongan yang dipalingkan adalah konkongan dunia. Jadi, jangan dijeleki, bila laku mereka selalu bertingkah arus dunia. Mereka cinta menjadi asing di dunia yang mungkar adalah biasa. Sebagaimana mereka cinta menjadi banduan bila yang terlepas hanya yang ingkar durjana.

Merdeka jiwa. Merdeka hati. Merdeka sebenar  bila kedua kaki menjejak pintu syurga abadi. Siapa tahu mungkin engkau orangnya?

Tuhan tak pernah memilih rupa. Yang dipilih cuma takwa.
Senyum.


Selamat merdeka, Malaysia. Moga merdeka ini tak membawa pergi hati manusia.

Hidup Guna Hati

Satu ketika dalam garis masa hidupmu, akan ada saatnya, engkau akan hilang segala peta pada tangan. Engkau jadi buntu memilih jalan. Semuanya kabur. 
Maka pejam mata, berhakimlah dengan hati. Hati akan memandu engkau ke jalan yang benar.

Dan ketika itu, berhentilah dari angan-angan palsu dibalut mimpi malam sejuk berembun muda. Berhenti berharap semuanya menjadi mudah bila engkau memilih jalan betul itu.

Jalan itu tak kan jelas pada mata. Maka, jangan melihat dengan mata, lihat pakai hati.


Jalan itu sarat duri. Maka, berjalanlah berkakikan hati. Baru engkau rasa duri itu terasa macam bunga orkid liar menyeri.

Hidup guna hati, rasa guna hati. Biar fizikal engkau nampak lemah, tapi hati mahu kuat. Gagahi tulang rapuh yang engkau ada. Tak mengapa, selama mana engkau punya sekeping hati yang yakin, engkau akan selalu rasa kerehatan.

Hati yang kuat, Tuhan sayang. Bila Tuhan sayang, ada bahagia.
Bahagia percuma,bukan?


Rebutlah.

Engkau Hidup Untuk Tuhan

Belum cukupkah  bukti untuk jadi saksi bahawa terlalu banyak jasad yang telah terluka untuk tegakkan yang benar ini. 

Pejam mata, lihat jasad syahid Mus’ab al-Khair, renung jasad luka Khalid al-Walid, tenung jasad berdarah Abu Jandal dan Abdullah bin Suhail. 

Buka mata, lihat tangis di Mesir sana. Lihat darah di Palestin juga. Lihat luka siksa di Syria. Lihat yang bergelimpangan di Rohingya.

Dan lihat seperca dirimu yang masih dalam selimut tebal berbantal tawa. Ketawakan diri sendiri yang harap islam di puncak alam, tapi engkau sembunyi dalam kelam. Wahai.


Sejuzuk tubuhmu dirantai tali dunia.

Apa perlu dirunsing hilang puji manusia, bila puji Tuhan untukmu ada. Apa dirisau keji caci manusia, bila yang di langit berbangga. 

Bangun. Percayalah. Jasadmu mungkin terluka, tapi engkau takkan tercela. Kerana engkau hidup untuk Tuhan, dan Tuhan selalu ada.

Kalian Terburu-buru.

Setiap kali rasa mahu jatuh. Setiap kali rasa berat ujian seperti mula mengorat jiwa, ingat kisah Khabbab alArrat. Simpan dalam laci akal dan hati yang paling tinggi, supaya engkau tak sempat merasa rendah bila diuji.

Khabbab, si mahir pembuat senjata daripada besi, yang disiksa dengan besi panas seluruh tubuh dan kepala hingga tertanggal daging-dagingnya.  
Biar. Mereka cuma memiliki sekujur tubuhnya untuk disiksa. Namun, hatinya dia yang punya. Hatinya terbang bebas bahagia.

Dan satu ketika, hadir dia kepada Rasulullah untuk cuma minta keselamatan. Cuma minta selamat untuk bebas menjadi orang yang punya agama yang benar.

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)