Powered by Blogger.

Cerita Cinta Semalam

Saturday 16 February 2013

     Rindu Malaysia.

     Kemas2 brg dalam luggage , segala bau serai, belacan , bunga kantan, daun kesum, semua keluar menarI-nari kat lubang hidung. Bau Malaysia. Haihhh. . , rindu sangat nih. Tetiba. . .
tangan terpegang sesuatu, sekeping , sekeping gambar. Gambar yang pernah mengisi sebahagian hati saya.

Saya pegang lama. Pedih. Luka hati saya belum terubat sebenarnya. Saya malu dengan diri sendiri. Andai mereka tahu saya , si gadis berniqab ini masih di belenggu kenangan lama. Dan terlebih malu pada Si Dia, Si Tuhan , yang makin mengisi kekosongan hati saya akhir-akhir ini. Yang lebih mengetahui segala detik hati saya.

Tapi, untuk ketika-ketika yang saya tak mampu nak menghalangi, cerita-cerita cinta kosong saya dahulu kerapkali menjentik tangkai hati. Saya mungkin tak kuat menjaga hati. Hanya dengan Dia saya dapat meminta, moga saya di beri kekuatan. Saya cuma ada Dia untuk saya meminta.

      Bukan mudah untuk saya melupa, tambah pula dia adalah insan yang pernah mengisi hari-hari semalam saya. Ya. Saya akui hari-hari semalam itu penuh calar dosa dan kejahilan. Untuk itu, saya sangat menyesali. Andai dapat saya undurkan, biarlah semua itu dapat saya lenyapkan dari kisah-kisah hidup saya. Saya tidak mahu. Saya benar-benar teruji dengan cinta palsu ketika itu. Saya elak untuk menangisi, tetapi saya juga manusia. Merasa sedih itu di luar batas saya untuk mengawal.

Pejam mata. Tahan air mata.

     Tiba-tiba saya rindukan dia yang bernama ibu. Arwah ibu saya setepatnya. Andai saat-saat saya sedang lemah dan mencari bahu untuk bersandar begini, dia selalu ada dan menenangkan , membelai hati dan jiwa. Namun, belaian dia telah lama hilang dari sisa-sisa hidup saya. Tapi, bicara-bicara terakhir dia masih terngiang di telinga ,

     "Akak, mak rasa mak dah tak lama, siapa lah nak tengok-tengokkan anak mak lepas ni"

Dan saya tatap mata dia dalam-dalam,
      "Mak, bukankah mak telah tinggalkan Allah untuk tengok-tengokkan saya. Saya kan ada Dia. Mak janganlah risau". Dan saya ukir senyum pahit. Melihat wajah emak yang makin mencengkung di makan kanser usus, saya akur dan faham, saya sangat perlu menerima segala kemungkinan.

Dan , itu janji saya, janji yang saya pernah lafazkan kepada dia, 
"Saya kan ada Allah, mak janganlah risau". 
Dan, janji itu yang saya mungkiri setelah dia pergi. Air mata menitis. Maafkan. . .

    Biarpun saya cuba menjadi sangat redho, namun perginya arwah ibu yang sangat saya cinta, sebenarnya sangat-sangat menampar jiwa saya, saya mula rasa kekosongan dalam mencari pengubat jiwa, saya tergapai. Mencari tangan berpaut. Dan, cinta dunia telah menyapa jiwa saya. Dalam jiwa yang dahaga itu, cinta manusia itu saya sambut dengan penuh bahagia. Serasa jiwa yang kosong telah di isi. Saya mula hanyut dalam bahagia palsu. Saya lupa segala benar dan batil. Saya lupa segala didkan si arwah ibu. Dan, saya lupa pada janji saya,
"mak janganlah risau, kakak kan ada Allah untuk tengok-tengokkan kakak."

"Kakak kan ada Allah"

Kaku. Air mata makin laju.

Bukan. Bukan salah dia. Dia cuma datang untuk memberi bahagia dengan caranya. Saya yang salah  kerana membenarkan bahagia itu bertamu. Segala detik hari di isi bersama. Manakan mungkin saya terlupa. Kami pernah mengukir angan untuk membina mahligai. Mahligai yang di anyam bersama cinta yang penuh noda dan dosa. Maafkan Allah. Maafkan ibu. . , Saya terlupa.

Sehinggalah Allah mentakdirkan kaki saya menjejak bumi anbiya' ini. Sehinggalah bumi Syams telah menyapa kehidupan-kehidupan saya seterusnya. Saya tersedar dari lena yang panjang. Bagai di kejutkan dengan penuh cinta oleh Dia. 
Allah masih sayang saya. Allah masih ingin saya tahu bahawa dia sedang menanti cintaNya berbalas oleh saya. Dia masih ingin saya tahu bahawa, ya, janji saya di hadapan arwah ibu dulu benar,
"Allah kan selalu ada untuk tengok-tengokkan saya"

Allah. . . 

Lalu, saya tinggalkan dia kerana Dia. Perit. Tapi, saya sungguh-sungguh yakin. Sungguh.

Senyum dalam menangis.

Allah, akhirnya baru saya sedar, yang saya cari selama ini adalah cintaMu, kekosongan yang saya cari selama ini adalah bahagia bila bersamaMu, saya telah tersalah memilih untuk beberapa ketika dalam hidup saya, yang kesannya benar-benar membekas dalam hati saya sehingga kini. 

Allah, maafkan untuk segala tingkah, untuk segala kejauhan antara kita , izinkan saya menjadi kecintaanMu. Saya terlalu ingin bila saya kembali ke sana, Engkau akan menyambutku dengan rahmat, dan memanggilku dengan panggilan, 
"wahai hamba yang Aku sayangi". 
Saya terlalu mengimpikan.

Menitis dan terus menitis.

Tapi, perlu juga saya akui, bukan mudah membuang segala kenangan dia, yang pernah menjadi sebahagian besar dalam hati saya. maka untuk itu, duhai Allah, pemilik hati saya, izinkan saya meminjam kekuatan untuk melenyapkan segala cerita semalam. Mengingati itu sangat pedih. Saya sangat ingin berkhidmat untuk agama ini. Biar menitis air mata dan darah kerana perjuangan atas namaMu. Bukan lagi untuk segala cinta sementara ini. 

Beri hamba secebis kekuatan, agar nanti bila kita berjumpa, si hamba yang hina ini mampu mempersembahkan hati yang cantik buat Tuhannya.

Tatap kembali gambar kenangan itu. Sayaa nyalakan lilin. Perlahan-lahan saya biarkannya di makan api. Biarlah. Saya takkan berpaling lagi. DemiMu, ya Allah :')






-Jundullah-






Khemah anda bagaimana?

Monday 11 February 2013



     Salam serta segala puji bagi Allah, Si Kekasih, yang telah menciptakan berbagai makhluk, dan mengangkat makhluk yang bernama manusia itu sebagai khalifah, lalu mengutuskan insan mulia bergelar Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul dan penunjuk jalan, serta alQuran sebagai nur dan penerang buat mereka yang sungguh2 meyakini.

AllahuRabbi :')

     Perjalanan pulang dari Amman ke Irbid 2 minggu yang lalu, melewati sebuah perkhemahan pelarian Syria. Menyentap hati melihat mereka yang masih bernaung dalam khemah serba dhaif dalam sejuk salji yang menggigit. Sedang kita terlalu banyak menikmati nikmat yang penuh kenimatan , melimpah ruah tanpa di pinta, hingga kadangkala terlupa untuk bersyukur. Ucap Alhamdulillah bangun tidur setiap pagi pun mungkin sering terlupa. Saya lah tu. Bukan anda.

Angkat kening.

     Melihat khemah-khemah serba daif mereka, saya mula membayangkan sebuah khemah. Khemah apa? Khemah islam saya. Lalu , terdetik sebuah kalam bicara Rasulullah s.a.w.,

Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Islam di bina atas lima rukun . Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t, dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan berpuasa pada bulan Ramadhan"

(Bukhari dan Muslim)

        Maka, islam itu wajarlah di ibaratkan seperti khemah, yang padanya ada 5 tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah, manakala yang empat penjuru lagi di pegang oleh empat rukun islam yang lain. Kalau nak berbicara tentang Syahadatul Haqq itu, pastilah masing-masing sudah cukup akur dan faham tentang mulianya dan beratnya dua kalimah itu, penyaksian yang menjadi saksi iman hingga saat kaki menjejak pintu syurga. Wajarlah maqamnya sebagai tiang tengah, runtuh yang tengah , berdirilah macam mana pun tiang yang lain, tetap khemah akan runtuh. Tapi kalau goyah tiang yang penjuru sahaja, khemah tetap dapat di tegakkan, tapi cuba bayangkan macam mana rupanya? Pejam mata. Anda suka eh? Taste anda lah tuh. Saya tak. 

Gelak kejam. Bergegar.

     Tapi, yang ingin saya hikayatkan, adalah hal yang satu lagi itu. Yang mana? Yang bernama solat itu. 

Solat. 

Yang amat berat KECUALI BAGI YANG KHUSYUK DAN SABAR. Gulp. Nak calling2 dengan Tuhan pun rasa berat amat. Khusyuk dan sabar tu boleh lah di anggap macam kad topup untuk memudahkan call Dia, mengadu masalah. Macam call pacaran lah, tak de topup, susah lah nak call, bukan tak boleh, boleh je pinjam henset kawan sejiran setangga, tapi x feel lah, cakap sekejap2 je, kan? Gedebuk sebijik.

      Malah , yang aula selepas iman, yakni Syahadatul haqq itu, adalah solat. Di kuatkan oleh hadis sohih, berbunyi, 
   "Sebaik-baik amalan yang di perintahkan oleh Allah kepada hambaNya adalah solah"

Senyum sampai hujung gigi.

      Jadi, jom kita sama-sama semak khemah islam kita, runtuhkah, senget sebelahkah, condong ke kiri kah, dah nak ranap kah? Erk. Khemah islam. Tempat berehat di Jannah Firdaus sebagai mahligai islam. Khemah di dunia, mahligai di syurga :)

       Atas janji yang terpatri untuk ke syurga bersama-sama, ayuh selamatkan khemah islam kita. Andai khemah islam saya yang hampir roboh, mohon pinjamkan tukul, paku, skru, apa sahaja yang mampu di gunakan untuk menyelamatkan, dan saya pun, in shaa Allah akan berbuat begitu bila tiba giliran khemah anda yang di tiup taufan Katrina dan seangkatan dengannya.

Allahumma solli 'Ala Saiyidina Muhammad.

      Jumpa lagi di syurga!




Coretan Cinta Duka Malaysia

Thursday 7 February 2013


Assalamualaikum sejuta kasih,
Assalamualaikum berjuta cinta,
Assalamualaikum berbillion segala rasa yang bertandang di jiwa.

      Sejujurnya ana kaku utk menulis buat kali ini. Kaku kerana ana terasa dgn jiwa dan cinta ana. Jiwa dan cinta buat Si Kekasih yg ana rasa kian pudar dari hari ke hari. Lemahnya ana. Serasa malu utk ana memberi, sedang ana terasa ana yang patut perlu banyak di beri.

      Namun, ke mana lagi ana ingin terus berlari, bila ana tahu di sana Dia akan persoalkan tanggungjawab ana. Bukankah jalan dakwah dan tarbiyah ini yang telah menyelamatkan ana suatu ketika dahulu. Bukankah jalan dakwah dan tarbiyah ini yang telah banyak mendidik ana dari sekecil-kecil angka hingga ke sebesar-besarnya? Ketika-ketika ana sedang leka berjalan dengan asyik dan ghairah di jalan murka, lalu dakwah dan tarbiyah memimpin ana ke jalan cinta. Maka, haruskah ana berhenti memberi , bila ana tahu lebih ramai yang memerlukan dari di perlukan?

        Malaysia. 2 minggu ana pulang bercuti. Meninggalkan bumi Syams dan menjejak kaki di tanah air sendiri telah mengajar ana tentang banyak perkara. Jujur, hampir ana menangis melihat segalanya. Mana mungkin ana dapat tersenyum bahagia, menikmati udang masak lemak cili api masakan ayah ana, bila ana melihat satu demi satu insan2 yg ana sayangi tersungkur , jatuh berguling dari tingkat dua puluh pada hebatnya cinta dunia. Dan, yang paling ana sedihkan, ialah ana hanya mampu melihat, meski iman ana memberontak hebat. Sepertilah ana berkata, ana sayangkan kucing peliharaan ana, tapi ana biarkan dia lemas di hadapan ana tanpa ana berbuat apa2 utk membantu? Kejamkah ana?

Pejam mata.

         Hati ana terguris pedih. Terluka. Rupanya selama ini ana yang syok sendiri. Konon diri dah betul2 ingin berjumpa Tuhan dengan penuh cinta. Konon diri dah tak sabar tahap petala dragon ball nak jalan2 di syurga. Konon diri dah rasa jatuh cinta, beriang gumbira berbulatan cinta, berukhwah segala dengan para bidadari syurga. Dan , pulang ke Malaysia dua minggu menyedarkan ana banyak perkara, dan satu perkara yang paling mencalar-balarkan degup jantung ana ialah, ana tak layak pun untuk mengimpikan itu semua. Mana mungkin ana boleh berkhayal, berimpian sakan sampai JannahNya, sedang mereka2 yang ana cinta ana biar tergapai tanpa ana sedikitpun mahu menghulur tangan. Ana kononnya bergembira dengan dakwah dan tarbiyah di bumi Anbiya', namun bumi Malaysia ana biar gersang tanpa kalimah Pencipta utk di daulatkan. Kerdilnya ana selama ni.

          Ana mula menangis di hari-hari ana. Bukan menangis kerana mengaku kalah. Tangis ini, tangis syukur. Kerana Tuhan masih memberi lorong dan jalan kesempatan buat ana faham dan sedar, menggalas tugas Syahadatul Haqq ini bukan seperti menuai padi cuma, bukan seperti mengkaji cuaca, menduga-duga. Ana terlalu banyak bermimpi rupanya.

          Maka, ana cuma berharap pada nama Tuhan ana. Allah. hanya nama itu ana bergantung. Hanya nama itu ana memohon secebis kekuatan. Hanya nama itu ana berharap dapat thabat dalam jalan berjuang. Kerana kini, ana mula memahami, sunnah berjuang itu, peritnya cuma dapat di tanggung dengan berteman sabar, iman , dan taqwa.

          Moga dengan nama Allah juga, ana dapat bertemu kalian di syurga. Sementelah ana sendiri terasa terlalu jauh lagi untuk melangkah ,menghampiri gerbang syurgaNya pun ana terasa siapalah ana utk bermimpi seindah itu. Dan andai nafas ana setakat ini cuma, apalah jawapan yang ana mampu berikan buat segala hak-hak mereka yang ana abaikan. Namun, kerana ana cuma seorang hamba yang hina kepada Penciptanya yang Maha Agung, maka tempat manalah lagi yang ana ingin  harapkan untuk ana huni pada kehidupan abadi ana di kampung akhirat sana, melain syurga yang penuh redho dan cintaNya. Wahai Rasulullah, tunggu kami di sana. Sambut kami di pintu syurga. Hadiahkan kami sebuah senyuman pengubat luka. Kerana saya terlalu rindukan anda :') Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad wa Aalihi Muhammad. .

Menangis. Sujud. Merendah.



-Jundullah-
 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)