Powered by Blogger.

taatnya "si DNA" pada Rabbnya. .

Saturday 24 November 2012



            Ketaatan makhluk Allah sekecil ini tiada tandingannya. . ,dia terus bekerja. .,tanpa tahu erti ingin berehat walau sesaat, tanpa pernah meminta apapun dari Penciptanya, selama mana nyawa masih bersisa di jasad tuannya, selagi itu dia terus berkhidmat, menjalankan amanat dari ALLAH MAHA KUASA :)
subhanallah. . . .


comelnye chromosome ni. . (DNA)

dia adalah chromosome, atau dalam bahasa mudahnya, DNA.  ,

saya cuba bayangkan , bagaimana agaknya jika dia ni nak berehat sepuluh minit je, memang kucar kacir lah hidup manusia . . 

dia yang menentukan warna rambut manusia, jenis jari manusia, bentuk muka , ketinggian dan sebagainya. . ,malah bila manusia sakit, terluka. . ,dia yang cepat2 menggantikan sel yang rosak itu dengan sel baru. . ,untuk memastikan tuannya terus sihat. . ,bila manusia baru di lahirkan, dia yang terus tegar menghasilkan berbagai sel untuk tuannya terus membesar, dari bayi yang tidak tahu apa2 kepada dewasa yang tahu segalanya. . ,yang tahu berfikir, menilai.  .,namun ada tuannya yang masih belum tahu bersyukur. . . 

namun, "si DNA" tak pernah merungut,  xpernah mengenal erti penat dan lelah, walaupun dia bekerja untuk kepentingan tuannya, tapi dia tahu dia mengikut arahan Tuhannya, tak pernah ingkar. . ,

kadangkala , manusia menghidapi sakit sickle cell, kanser dan sebagainya, , lalu para ahli sains berkata, puncanya apabila "si DNA" tersalah replicate kod protein , atau "si DNA" melakukan proses cell replication secara berlebihan sehingga menyebabkan cell mutation, semuanya seperti di hempaskan kesalahan ke atas "si DNA", namun sebenarnya dia bukanlah sengaja melakukan semua itu jika bukan kerana arahan Tuhannya, dia taat perintah Tuhannya sahaja,  namun dia tidak ambil peduli, biarlah dia di salahkan oleh semua manusia, asal dia tidak salah pada pandangan Tuhannya. . . .taatnya "si DNA". . . 

"wahai manusia, pejamkanlah mata seketika.. ,ucapkanlah Alhamdulillah atas segala perkara yang berlaku dalam hidupmu ini, bersyukurlah atas nikmat mahupun ujian, bukankah "si DNA" dalam dirimu itu pun telah mengajar banyak perkara tentang kesabaran dan ketaatan buat" ALLAH :)

si choki2 dan si mentos :)

Thursday 8 November 2012

               6 bulan berlalu.6 bulan itu, aku masih berpijak di bumi Tuhan. 6 bulan itu, aku masih berlindung di bawah langit Tuhan. Tiada siapa menyangka untuk permulaan 6 bulan itu, aku akan di hadiahkan sebuah nilai hadiah yang bermakna. Sebuah hadiah dari Tuhanku, turun ke hati, mengalir ke jiwa, dan harapnya kekal hingga ke syurga.. . .,cinta dalam hati aku dan dia, makin mekar di bawa seiring waktu 6 bulan ini, makin subur dengan perkongsian hati, ibrah kehidupan. . ,dan yg paling penting kerana cinta aku dan dia semata-mata ku harap kerana Dia, Pencipta Agung.,ALLAH. hadiah bernilai. . . ,bernama sahabat. . .:)


             kisahnya. . . .

pertama kali mata tertancap pada wajahnya, hatiku terusik, bagai ada sesuatu pada segaris senyuman itu yg menyentuh jiwa, dan aku tidak pasti apakah itu, dan untuk ketika itu, ia bukanlah terlalu penting untuk ku ketahui, lalu ku abaikan rasa itu. .

dan kemudian salam perkenalan di hulurkan di laman fb. . , aku mencari siapakah gerangan alfarasyah solehah itu, dan jawapannya,dia. . . .hati berdetik lagi, namun detikan itu ku abaikan sekali lagi. . .

sehinggalah pertemuan seterusnya Tuhan aturkan untuk aku dan dia. . ,bersebelahan dalam kelas di INTEC< MEJ 2 jadi sejarah. . , aku mengenal dia, aku mengenal hatinya, aku mengenal jiwanya, dan dari itu lahirnya kasih yg tertuai hari demi hari. , 
kerana ALLAH :)

dan untuk hari-hari seterusnya, untuk setiap langkah kakiku, hampir semua kisah tertulis namanya, untuk setiap kali kakiku tersungkur, hampir semua tangannya yang memaut, untuk setiap air mata yang menitis, hampir semua dia yang memeluk erat, maka untuk setiap saat itu , terima kasih Allah kerana hadiah ini. . :')

saat wajah Jordan pula menyapa, jarak makin memisahkan kami, namun hati yg tertaut atas nama Allah itu tak pernah jauh dari mengingati, dalam doa dan dalam ingatan. . ,dan tadi, berjalan bersama-sama, saat tangan menggenggam erat tangan dia, aku berdoa moga cinta ini terus mekar hingga syurga, mewangi menjadi penyeri seperti haruman bidadari-bidadari disana, dan andai takdir memisahkan kita di dunia, moga bertemu lagi di syurga firdausi sana,sahabat, , :')



dearest shahirah amalina, sahabat yg saya sayang kerana Allah, saya kini bukan saya yg dulu lagi. saya kini adalah saya yg ingin bersama-bersama berjalan bersamamu, berjuang, berpenat lelah untuk ke pintu syurga Allah. moga Allah menyambut jiwa kita sebagai jiwa yg Dia redhoi sebagai hamba :)

#dan untuk akak housemate baru saya, hadirmu bagai penyuluh ketika saya sedang tergapai mencari rahmat Pencipta. . terima kasih Allah utk hadiah ini juga. . . kak Dhabit, love you too. . . #

"someone who worth for you to spend time and life,
someone who knows how to appreciates you,
someone who knows how to respects you,
someone who knows how to forgives and forgiven,
someone who makes you feels and becomes better,
someone who makes you remember ALLAH more,
 by that, when you have that someone, insyaAllah they really love you,because of ALLAH.
and love because of ALLAH will last forever. . "

                           "RAHMAT ALLAH MAHA LUAS"


 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)