Powered by Blogger.

Halimah Sa'adiah: Cinta Si Ibu Susuan

Wednesday 5 June 2013

Kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah, bukanlah suatu nama yang asing lagi buat seluruh umat, baik islam mahupun tidak. Sekurang-kurangnya 5 kali nama baginda bergetar di bibir muazzin dalam setiap kali seruan azan, di tambah azan permulaan ketika subuh, bacaan dalam solat, iqamat, dalam alQuran, selawat, dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Mulianya Baginda di sisi Allah. Setiap kali seiring nama Allah itu, sering menyusul nama Baginda.

Insan-insan yang pernah mencoret nama dalam sejarah kehidupan Baginda begitu banyak. Salah-satunya ialah wanita mulia, Halimah Sa'adiah, ibu susuan kedua Baginda setelah Tsuwaibah.


Halimah bersama suami dan anaknya yang masih kecil, beserta beberapa wanita dari Bani Sa'ad keluar dari negeri mereka untuk mencari bayi-bayi orang Mekah yang boleh di susui. Ketika itu musim kemarau dan tidak banyak kekayaan mereka yang tinggal. Keldai putih yang dinaikinya sangat lemah, untanya pula tidak dapat mengeluarkan susu setitis pun, susunya sendiri juga tidak dapat di harapkan, bayinya terus menangis sepanjang malam kerana kelaparan.

Dalam pencarian bayi susuan itu, tiada siapapun dalam kalangan wanita Bani Sa'ad yang mahukan bayi yatim bernama Muhammad bin Abdullah itu. Hal ini kerana mereka mengharapkan bayaran yang cukup memadai dari bapa bayi yang akan mereka susui.

Perancangan Allah. Akhirnya, semua wanita dalam rombongannya telahpun mendapat bayi susuan masing-masing, kecuali Halimah Sa'adiah. Maka, Halimah Sa'adiah dan suaminya bersetuju untuk mengambil bayi yatim tersebut, iaitu Muhammad bin Abdullah sebagai bayi susuannya, dan mengharapkan moga ada berkatnya pada bayi itu.

Perkara aneh yang memeranjatkan Halimah ialah, apabila beliau menggendong bayi tersebut, beliau tidak merasa penat kerana mendapat beban yang lain. Malah ketika di susukan, bayi yatim bernama Muhammad bin Abdullah itu dapat menyusu dengan sangat puas, begitu juga dengan anak kandung Halimah, yang sebelum ini tidak pernah dapat menyusu dengan kenyang, kerana kekurangan susu pada tubuhnya. Kedua-duanya akhirnya telah tertidur nyenyak. 

Malahan, susu unta mereka yang kering sebelum ini juga telah menjadi sangat penuh, sehingga dapat di perah dan di minum oleh pasangan suami isteri ini sehingga benar-benar kenyang. 

Berkatalah suami Halimah, yang di gelar Abu Kabsyah,
"Demi Allah, tahukah kamu wahai Halimah, dirimu telah mengambil satu jiwa yang penuh berkat."

Dan Halimah menyahut, "Demi Allah, aku pun berharap yang demikian."

Malam itu adalah malam yang sangat indah dalam kehidupan mereka.

Dalam perjalanan pulang juga, keldai mereka yang sangat lemah sebelum ini, menjadi sangat bertenaga walaupun menempuh perjalanan yang sangat panjang, dan membawa beban yang sangat berat. Rakan-rakan Halimah juga menjadi sangat takjub akan perkara tersebut. Mereka telah jauh ketinggalan di belakang kerana laju dan bertenaganya keldai milik Halimah berlari.

Ketika tiba di kediaman, mereka mendapati petak tanah milik mereka sangat subur, keadaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Kambing-kambing mereka pula pulang dalam keadaan kekenyangan, dan kantung yang penuh susu, berbeza dengan kambing orang lain yang tidak dapat diperah susu walau setitis. Hal ini sangat aneh kerana ketika itu adalah musim kemarau, namun berkat yang Allah alirkan buat si bayi, kekasihNya itu sungguh hebat.

Selama dua tahun menyusui Muhammad s.a.w., begitulah tambahan barakah yang sentiasa diperoleh oleh keluarga mereka. Sehinggalah sampai masanya untuk di pulangkan bayi tersebut kepada ibu kandungnya, Halimah dan suaminya menyampaikan hasrat hati mereka dan merayu untuk terus di benarkan mengasuh baginda. Aminah akhirnya membenarkan. 

Lalu, membesarlah Muhammad s.a.w. dalam asuhan Halimah sehingga mencecah usia empat atau lima tahun. Pada ketika ini, terjadinya peristiwa pembedahan dada terhadap Rasulullah (kisah ini ada di ceritakan dengan lebih lanjut di [ SINI ] ). 
Perkara ini telah menimbulkan kerisauan dalam hati Halimah terhadap keselamatan Muhammad s.a.w., dan memutuskan untuk memulangkan Baginda semula ke pangkuan ibunda tercinta, Aminah.

Saudara susuan nabi Muahmmad s.a.w. daripada Halimah Sa'adiah selain anak-anak kandung Halimah, ialah bapa saudara Baginda sendiri iaitu, Hamzah bin Abdul Muttalib yang juga pernah di susui oleh Halimah Sa'adiah.

Kisah cinta yang di nukil dan di rancang Allah buat hati seorang ibu susuan buat bayi susuannya begitu indah dan tersusun sempurna. Halimah adalah antara susuk tubuh yang sangat penting dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. Moga Allah merahmati dan meredhoinya yang selalu melindungi dan menyayangi Rasulullah. Kekasih Allah dan kekasih para penduduk langit dan bumi.



Sumber Rujukan: Raheeq Makhtum (Sirah Nabawiyyah)









No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)