Powered by Blogger.

Kalian Terburu-buru.

Monday 2 September 2013

Setiap kali rasa mahu jatuh. Setiap kali rasa berat ujian seperti mula mengorat jiwa, ingat kisah Khabbab alArrat. Simpan dalam laci akal dan hati yang paling tinggi, supaya engkau tak sempat merasa rendah bila diuji.

Khabbab, si mahir pembuat senjata daripada besi, yang disiksa dengan besi panas seluruh tubuh dan kepala hingga tertanggal daging-dagingnya.  
Biar. Mereka cuma memiliki sekujur tubuhnya untuk disiksa. Namun, hatinya dia yang punya. Hatinya terbang bebas bahagia.

Dan satu ketika, hadir dia kepada Rasulullah untuk cuma minta keselamatan. Cuma minta selamat untuk bebas menjadi orang yang punya agama yang benar.

"Wahai Rasulullah, pohonlah pertolongan dari Allah buat kami?"

Rasulullah saw lalu duduk, mukanya menjadi merah, lalu sabdanya:
"Telah berlalu sebelum kalian, seorang lelaki yang disiksa, tubuhnya dikubur kecuali leher dan ke atas, lalu diambil sebuah gergaji untuk menggergaji kepalanya, tetapi siksaan edemikian itu tidak sedikit pun dapat memalingkannya dari agamanya ...  Ada pula yang disikat antara daging dan tulang-tulangnya dengan sikat besi, juga tidak dapat menggoyahkan keimanannya .... Sungguh Allah akan menyempurnakan hal tersebut, hingga setiap pengembara yang bepergian dari Shan'a ke Hadramaut, tiada takut kecuali oleh Allah  'Azza wa Jalla, walaupun serigala ada di antara haiwan gembalaannya,  tetapi kalian  terburu-buru……!!"

Terburu-buru. Buat sound effect yang gema seribu seratus kali dengan perkataan ini.

Siapa kata Rasulullah tidak cinta umatnya. Cintanya melebihi cinta kepada diri sendiri. Rasulullah menitis air mata beberapa kali melihat sakit umatnya mempertahan izzah iman dalam diri.

Namun,kerana baginda tahu, susah akan menjadi seseorang kuat. Payah akan membentuk yang hebat. Dan kemenangan agama ini akan dicapai dengan usaha keras.

Jika engkau enggan, masih ramai yang Allah teguhkan hatinya buat agama ini. Mereka akan pergi, dan engkau takkan ditunggu.
Kerana mereka tahu, jika dunia itu seindah ucapan, maka dunia akan menjadi syurga. Sedang syurga sebenar ada di kehidupan sana.



No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)