Powered by Blogger.

Kisah Din dan Wan [ II ]

Thursday 23 May 2013

Ali masuk ke dalam surau.
Ali nampak Wan sedang solat sampai mengalir air mata. Ali kagum.
Di satu sudut lain, Ali nampak Din sedang sibuk main Galaxy Tab 5.0, sambil cicah strawberi dengan cekelat. Ali geleng kepala.

Ali tegur Din,
"Din, apa kau buat ni? Cubalah contohi Wan tu, ni tak habis-habis dengan Galaxy kau tu."

Din pun tenung muka Ali sepenuh hati sambil jawab,
"Kau nak join aku baca pdf tafsir Surah Al-Ikhlas ni tak? Aku baru download tadi"

Ali rasa bahang. Bahang malu.

Tiba-tiba, terdengar suara Wan yang baru usai solat.

"Woaahhh ngantuk sangat haihh. . , sampai berair mata time solat tadi."

Ali terkedu.
Dia buat-buat buka buku teks English dan terjumpa quote,
'Don't judge a book by its cover'. Kepala Ali berpinar.

Dan Din tiba-tiba baca kuat-kuat, ayat 12, surah al-Hujuurat,

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?".





Kisah Din Dan Wan.


walk your talk, guys.

Din pelajar SMK Atas Pokok.
Dia selalu update status fb, tweet kat twitter bahawa dia sayangkan sekolahnya.

Di wajah buku(baca:mukabuku), dan di burung berkicau(baca:twitter), sering berbunyi seperti,
"aku sayang sekolah aku. . ", "sekolah aku sekolah paling macho. . ", "aku rasa bangga ke sekolah", dan sebagainya.

Suatu hari, rakan sekelas Din, namanya Wan, cuba provok Din.
"Din, kau cakap sayang sekolah, tapi ponteng kelas, belajar main-main, exam deret fail, cakap je tak guna, bhai. . "

Din yang sedang mencicah epal dengan budu, tenang menjawab,
"aku cuma ambil kau jadi idol aku"

Wan terasa bingung dan di perbodohkan,
"Maksud kau?"

Din selesai cicah epal. Ketika melangkah keluar kelas, Din jawab selamba,
"Kau pun selalu cakap kau nak masuk syurga, tapi aku selalu tengok kau lambat solat, tak jaga ikhtilat, main bola nampak lutut, qiyamullail malas, puasa sunat mengelat, asyik fb, tweeter, pastu asyik. .bla. . bla. ."

Din terus senaraikan segala perangai Wan seperti baca berita.

Bunyi kerusi jatuh. Dan Wan telah hilang. Sejam selepas itu, Wan di jumpai pengsan di surau sekolah kerana sakit jantung.

Sekian.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(As-Saff 61:2,3)

Mujahid dan Solehah Buat AdDeen

Saturday 11 May 2013




Mujahid,
kalian harapan bangsa,
kalian pelayar bahtera agama,
di bahu kalian ada beban melayar bahtera,
umat perlukan dakwah di jiwa,
Maka, hatiku memendam rasa,
duka dan kecewa,
melihat arRijal yang ku harap dan damba,
bakal menyeri taman syurga,
membawa nama islam ke persada dunia,
Longlai! Lemah mengatur jiwa!
Jatuh dan tak pernah ingin bangkit semula,
Tersimpang ke pelusuk bisikan syaitan dan nafsu durjana,
Terjunam dalam gaung cinta wanita dan dunia,
Mengertilah kalian, hatiku berduka. .

Solehah,
kalian srikandi adDeen tercinta,
kalian bakal penghulu bidadari di syurga,
kalian sebaik perhiasan dunia,
kalian penguat langkah mujahid agama,
Lihat bagaimana Khadijah dan Fatimah azZahra,
setianya mereka pada perjuangan kekasih yang di cinta,
kerana cinta mereka terhadap Allah itu lebih utama.
Sehingga bila dan sampai ke mana,
kalian ingin mengabdikan diri pada dunia,
Lupakah di sana ada kehidupan abadi menanti kita,
Kalian makhluk yang halus jiwanya,
maka bukankah perhatian Allah itu lebih indah rasanya,
dari perhatian Mujahid yang kalian damba.

Mujahid,
berhentilah dari lena yang membuai,
Usah di jentik hati Solehah yang mudah berderai,
Usah menjadi mujahid yang langkahnya longlai.

Solehah,
biarkanlah terus solehah,
dan kamu Mujahid,
mujahid agama.

Moga darah dan keringat si Mujahid dan si Solehah,
mewangi ke taman syurga. .

Kalianlah mujahidnya,
Kalianlah solehahnya.

"Trust HIM, and everything will always turn out fine"



Ahad, 2 Rejab 1434H.
Irbid, Jordan.



 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)