Powered by Blogger.

AKU RINDU. .

Friday 14 December 2012


aku rindu. . 
pada gigihnya perjuangan Rasulullah. . ,
yang tegar berdiri meski di caci, 
yang kuat melangkah biar di sisih, 
yang ikhlas tersenyum tatkala di sakiti,
demi satu mulianya misi, 
menyebarkan cinta Allah. . 
bersama islam yang suci. . 

aku sungguh rindu. . 
pada sebuah nama Umar,
yang hadirnya membawa cahaya buat Islam,
lantangnya dia menggerunkan lawan,
rendah hatinya menggetar iman, 
izzahnya dia dengan islam,
hingga namanya tercatat penghuni syurga. . 

aku teramat rindu.  .
pada mulianya kasih Abu Bakar. . 
rela di sakiti demi kekasih Allah. . 
yang menjadi singa di medan jihad,
yang menjadi pengasih bersama Rasulnya,
yang menghinakan diri bila di hadapan Tuhannya. . 

aku rindu. . 
pada semangat juang Salahuddin alAyubi,
yang bibirnya jarang tersenyum
atas risaunya pada bumi alQuds,
bumi yang masih belum di naungi islam. . 
cita-citanya tinggi,
hingga alQuds pernah menjadi milik islam,
sepenuhnya  . . .

aku bergetar rindu,
pada semangat pemuda alFatih,
yang masa mudanya di serahkan buat perjuangan,
namanya disebut dalam bicara nabi,
dialah sebaik2 ketua,
dan tenteranya sebaik2 tentera,
membuka konstantinople dengan gagah,
takbir kemenangan bergegar gempita. . 

Allah. . ,sungguh aku rindu pada semuanya. . 
rindu saat islam di puncak alam,
saat laungan memujimu bergemersik di setiap ruang semesta,
aku rindu. . 
hadirkan di antara kami pengganti jiwa2 pejuang. ,
andai nya kami tidak berkesempatan melihat kebangkitan islam kembali,
biarlah sebabnya hanya kerana tika itu,
kami telah syahid dalam memperjuangkannya. . 


No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)