Powered by Blogger.

SELAMATKAN AKU SEKARANG

Thursday, 13 March 2014



Tubuh digerak-gerakkan. Melepaskan sendi-sendi dari rasa letih amat. Tingkap dibuka. Angin sejuk musim dingin menyerbu laju.

Sejuk. Tapi sejuk lagi hati yang dibawa sekarang ini. Ke mana hilang cinta Tuhan yang menghangat dulu?

"Nel, sihatkah?"
Mesej whatsapp masuk. Dari Kak Omai.

Dia kaku. Beku. Telefon dicampak ke katil.
Kak Omai, aku tak sihat. Hati aku lebih lagi tidak sihat. Aku sakit kak Omai. Aku sakit.
Boleh kau beri aku ubat?
Atau sekurangnya secantas doa?

Air mata meluncur laju. Laju lagi daripada jeram sungai yang deras. Dia rindukan aliran setenang dulu.
Dia baru belajar mahu berdiri kenal Tuhan. Lalu mengapa badai ini datang mencantas kaki. Sungguh, sebenarnya hati dia tak mampu untuk bertahan. Hati dia berkecai berkeping-keping diintai cerita-cerita semalam.

Dia masih ingat waktu itu. Waktu dua hati cuma rasa hidup dengan dunia.
"Janji dengan kita ya, tunggu kita lima tahun ini."
"Pasti. Pasti kita tunggu. Kita mahu ubah diri. Kita mahu jadi lelaki baik. Kita mahu yang halal untuk kita berdua."

Itu janji dua tahun dulu. Janji yang disorakkan syaitan.
 Ketika dia merangkak dalam kelam. Terjerumus. Terpalit lumpur.
Itu kisah ketika dia mengagungkan cinta dunia.
Cinta lelaki itu.
Dan ketika lelaki itu yang mengagungkan cinta dia.

Telah lama dia pergi dari masa itu.
Masa itu pun telah banyak ubah segalanya.
Pantaskah gadis berpurdah seperti dia, mengulang kembali jahil gadis yang berskinny dahulunya.
Dia sedang bertatih.

Namun, Tuhan, setelah dua tahun dia belajar melangkah, bertatih penuh payah, mengapa diuji sekali lagi? Dengan jalan yang sama, dengan orang yang sama.
Hati aku belum benar-benar pulih, Tuhan.

"Awak, izinkan saya. . ."
Mesej itu masuk.

Air mata mengalir laju. Dibiar angin sejuk membelai sekujur jasad.
Dicapai telefon,

"Tuhan, aku tak mahu gadaikan cintaMu untuk dunia. Bismillah. . . ."

Aksara ditaip, dengan keredhoan yang diraih, dan tangis yang melirih.

Jika dulu aku pernah diselamatkan, maka selamatkanlah aku sekarang.





 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)