Powered by Blogger.

Demi Cinta Zainab Binta Rasulullah

Saturday 8 June 2013







Di kiri kekufuran di kanannya iman

Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah

Ketika suamimu masih jahiliyah



Romeo & Juliet mungkin menjadi sejarah cinta yang mengkagumkan. Shah Jehan & Mumtaz Mahal mungkin menjadi bukti cinta yang di agungkan. Antony & Cleopatra mungkin mampu menitiskan air mata jutaan manusia dengan sejarah cinta yang di nukilkan. Semuanya di akhiri dengan pengorbanan besar buat kekasih yang di cinta. Bunuh diri, telan racun, monumen yang mengerah ribuan keringat insan, bagai sebuah keagungan untuk di kagumi. 
Namun, hanya kisah cinta yang satu ini yang mengajar bahawa cinta manusia bukanlah segala-galanya. Kisah cinta yang satu ini yang membawa erti pengorbanan si isteri mempertahankan iman di sisi suami yang masih kufur. Kisah cinta si suami yang setia mempertahankan cinta buat si isteri yang telah beriman dengan islam. 

Demi cinta Zainab yang beriman buat suami yang belum di peluk hidayah. Demi cinta Abu Al-'As yang masih kufur, namun masih setia melindungi si isteri dari segala ancaman kaumnya. 


Bukan mudah menjadi puteri sulung Rasulullah, Zainab binti Muhammad. Di lahirkan ketika Rasulullah berumur 30 tahun. Di asuh oleh si ibu dan si ayah yang bakal di pilih oleh Allah membawa risalah agung bernama islam. Peribadinya memikat hati, sejak kecil, telah tegar menggalas tanggungjawab mengasuh adik-adik yang masih kecil kerana usia Siti Khadijah yang telah tua. Di tambah pula susuk wajah yang menawan, dan gelaran sebagai puteri Muhammad al-Amin, tidak hairanlah ramai pemuda Quraisy tergila-gilakannya. 

Sehinggalah beliau di pinang oleh ibu saudaranya sebelah ibu, Halah binti Khuwailid, buat puteranya, Abu Al-'As bin Ar-Rabi'. Abu Al-'As bin Ar-Rabi' adalah salah seorang pembesar di Mekah dan seorang pedagang yang terkenal dengan kekayaan dan kejujurannya. Kedua-duanya telah di kahwinkan sebelum wahyu pertama di turunkan kepada Muhammad s.a.w., ayah Zainab.

Hiduplah kedua-duanya dengan warna-warna cinta yang membahagiakan. Sehingga suatu hari, Abu Al-'As pergi keluar berdagang. Dalam perjalanan pulang, beliau terdengar sebuah rombongan yang bercakap tentang kemunculan seorang lelaki bergelar Rasul di Mekah. Beliau bertanya kepada mereka siapakah lelaki tersebut, dan alangkah terkejutnya beliau bila jawapan yang di hidangkan adalah satu nama yang begitu di kenali,

"Muhammad bin Abdullah."

Si suami terus pulang ke rumah untuk mendapatkan penjelasan dari si isteri, puteri kepada lelaki mulia bergelar Muhammad bin Abdullah itu. Lalu, si isteri membenarkan segalanya, dan mengakui keimanannya dengan agama islam. Abu Al-'As sangat terkejut apabila mengetahui si isteri telah memeluk islam. Namun, apabila di ajak si isteri dengan kebenaran untuk menganut islam, beliau menolaknya. Beliau mengakui kebenaran islam, malah sangat mempercayai ayah mertuanya, namun beliau keberatan kerana gusar sekiranya di ejek oleh kaumnya bahawa beliau memeluk islam kerana akur dengan isterinya. Perkara ini adalah perkara yang sangat memalukan dalam kalangan bangsa Arab.

Maka, terlukalah hati si Zainab. Namun, perbezaan agama tidak pernah menguburkan cinta mereka.    Orang-orang Quraisy yang membenci Muhammad kerana risalah yang di bawanya, telah meminta Abu Al-'As menceraikan Zainab, dan akan di kahwinkan dengan mana-mana wanita Qurays yang di kehendakinya. Adik-adik Zainab, iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum, juga telah di ceraikan oleh suami-suami mereka. Perkara ini di lakukan untuk menjatuhkan semangat Rasulullah.

Namun kata Abu Al-'As, 
"Lupakan permintaan kalian! Aku tidak akan sekali-kali menceraikan isteriku, ataupun menggantikannya dengan mana-mana wanita Quraisy lain."

Ketika berlaku hijrah umat islam ke madinah, Zainab tidak turut serta demi setianya buat si suami. Terasinglah Zainab di tengah bangsa yang memusuhi agamanya. Bersendirilah beliau menjaga iman di hati. Si suami, Abu Al-'As walaupun bukan islam, namun setia menjaga keselamatan isterinya dari gangguan dan ancaman kaum musyrikin yang sangat memusuhi islam. 

ketika Perang Badar meletus, Rasulullah berada di pihak orang islam, sementara Abu Al-'As di pihak orang musyrik. Umat islam telah menang meskipun dengan jumlah yang sedikit, lalu Abu Al-'As telah di tawan. Setiap tawanan yang ingin di bebaskan perlu di bayar dengan tebusan. 

Maka, Zainab menghantar tebusan bagi menebus si suami tercinta. Apabila barang tebusan tersebut di persembahkan di hadapan Rasulullah, menitislah air mata kekasih Allah itu. Barang tebusan di tangannya itu ialah kalung milik isterinya, Khadijah yang di hadiahkan kepada Zainab pada hari perkahwinan puteri mereka itu. Bergetarlah rindu Rasulullah buat isterinya yang telah wafat. Bagai terlihat Khadijah, si isteri yang setia di bening matanya. 

Rasulullah meminta persetujuan para sahabat untuk membebaskan Abu Al-'As dan memulangkan kembali kalung tersebut kepada Zainab. Lalu, para sahabat sangat bersetuju. 
Kemudian, Rasulullah bertemu menantunya itu, dan menceritakan kepadanya, bahawa telah turun perintah yang melarang umat islam berkahwin berlainan agama. Lalu, Rasulullah meminta penuh hemah agar Abu Al-'As mengembalikan Zainab ke pangkuannya di Madinah. Sebagai seorang lelaki yang berbudi pekerti, malah sangat menghormati ayah mertuanya, Abu Al-'As bersetuju dengan berat hati.


[ BERSAMBUNG ]



No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)