Powered by Blogger.

Rooftop Stories [PART 1]

Friday 15 March 2013

Aisyah dan Khadijah, teman sampai syurga , rooftop menjadi saksi kasih mereka :)

     Aisyah tenung wajah Khadijah dalam-dalam. Di tenung pula jam di handset. 4.30 pagi. 
"Dija, bangun lah. . , semalam janji nak teman ana. . ". Di goyang-goyangkan sedikit tubuh Khadijah. Senyap. Tidur mati betul ni. 
Aisyah pegang kepala. Sakit kepala dah dua tiga hari tak surut. Kuliah-kuliah pun dah banyak hari tak pergi.

"Dija. . , bangun lah, ana sakit kepala. . ". Senyap lagi. 
"Penat betul la ni . . " Aisyah bisik seorang diri.Semalam kongsi cerita dah pukul 1 pagi baru ingat nak tidur. 
Aisyah tahan sakit di kepala. Perlahan dia melangkah ke katil sebelah, rebahkan badan. Dia pusing badan. Tatap lama-lama wajah kesayangannya itu. Sahabat sampai syurga. Dia teringat hadis yang dia baca dua hari lepas,

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 orang yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

Dia ingin menjadi salah satu dari golongan itu. Berkasih-sayang kerana Allah. Senyum.


Kepalanya berdenyut lagi. Tahan. Hari ni hari Jumaat. Orang kata kalau meninggal hari Jumaat ni tanda husnul khatimah. Senyum lagi. Tiba-tiba rasa bahagia. Rindu rasa nak bertemu Tuhannya.

Amalan-amalan hari jumaat. Alkahf dah semalam. Subuh ni berhajat nak jadi imam nak buat sujud sejadah. Penghulu segala hari. Alhamdulillah.Tenung siling bilik.
Terlelap.

"AllahuAkbar. . AllahuAkbar. . ". 

Terjaga. Dah subuh. 
Dia bangun perlahan. Ambil wudhuk. Segar terasa bila air-air suci menyapu segenap wajah. 
"Allah. . , jadikan wajahku antara-antara wajah-wajah yang di redhoi di hari akhirat kelak". Berdoa perlahan.
Ahli Bayt dah sedia menanti untuk solat jemaah. Dia imam. Dia alunkan perlahan surah asSajdah. Dan sujud merendah. Usai solat, berjemaah alunkan ma'thurat. Entah, Jumaat ini Aisyah rasa sangat bahagia. 
Khadijah tertidur kembali. Letih sangat kelihatan. 

Aisyah renung keluar tingkap. Teringat. "Dija, bangun2! Ana nak bawa enti pergi satu tempat ni. Nak ikut tak? Boleh kita hafaz alQuran kat sana."

Khadijah pantas bangun. "Nak ke mana?" Tanyanya lembut.
"nak ikut tak?"
"Nak lah."
"Ha, jom!, pergi basuh muka".

...........................................................................................


"Bestnyer!!"

"Tadi ana nak ajak awal lagi , boleh tengok matahari terbit. Tapi, enti tidur macam orang mati."
khadijah sengih."Okey, esok ana bangun awal, kita datang sini lagi okey!"
Aisyah senyum. Angguk.
Atas rooftop. Tengok langit. Tengok matahari. Dan masing-masing buka alquran di tangan. mula menghafal.

Tiba-tiba Khadijah sedikit menjerit, "Enti, tengok sana tu"

Aisyah mendekat. "Subhanallah. . "
Hati mereka berlagu tenang. Setenang matahari yang mula menampakkan wajah di balik bangunan-bangunan di bumi Anbiya' itu. Allah. . , 
"Ha. . , kan ana dah kata sempat je tengok matahari naik, tak payah bangun awal pun tak pe", Khadijah mengusik.
"Yelah tuu. . ". Menjuih.

hafazan di teruskan.

"Enti, cuba tengok ayat ni", Aisyah bersuara.
"Mana?"
"Ni."

"orang-orang yang menyakini , bahwa mereka akan menemui Robb-nya dan bahwa mereka akan kembali kepad-Nya ” (AlBaqarah:46)


Aisyah tersenyum. Bahagia.


"Enti, rindu nak jumpa Dia ye. . " Khadijah menggumam.

"Hamba mana yang tak rindukan Tuhannya, Dia je yang kita ada".
Tiba-tiba Aisyah rasa sebak.

Pandang matahari. Senyum. Ah, bahagianya hari ini.


"Nak baring lah,nak tengok langit"

"Baring sini," Khadijah menghulur riba.

Perlahan Aisyah merebahkan kepala di riba Khadijah. Sakit kepala di tahan. Allah.. ,tengok langit. Burung berterbangan. Indahnya dunia. Pasti indah lagi syurga. Indah lagi berteman sahabat yang sungguh di kasihinya itu. Allah, panjangkan ukhuwah ini hingga ke syurga. . .


"Dija, kalau salah seorang dari kita pergi dulu macam mana?"

"Macam mana apa pulak? Dia kena la tunggu yang seorang lagi kat pintu syurga"
Senyum.

Sakit kepala makin menjadi.

Aku punya Allah. Bertahanlah.

"Jadilah pemburu cinta Allah. Cinta manusia sementara je kan?"Khadijah meneruskan bait bicara. Aisyah senyum. Mendengar bicara insan di kasihi itu sudah cukup mendamai jiwa. 

"Hmm. . , ana nak jadi bidadari wildan kat syurga lah, boleh tak? " Aisyah buat-buat tanya.
"Boleh. . "

"Allah. . , mohon sudi sambut hambaMu ini dengan cinta" bisik hati Aisyah.


Aisyah buka lagu "Erti Persahabatan Ini".

Sang bayu bertiup lembut,
Deru ombak yang menyusur pantai,
Sayu hati bila mengenangkan,
memori indah kita bersama,
Dengarkanlah, lagu ku tujukan,
Tanda ingatan tulus buatmu,
Moga abadi di sanubari,
bersemi buat selamanya. .  

"Dija. . , Ana bahagia sangat hari ini. tak tahu kenapa. . . "






1 comment

  1. :")

    aisyah tak tahu..malam tu khadijah tidur lewat sikit..dia selalu intai2 aisyah di sebalik selimut..dia bimbang aisyah sakit lagi..

    tapi silap khadijah jugak..sebab lama sangat tenung air muka sehening sungai nil mengalir pada wajah aisyah..

    tidurlah sayang..tidurlah dalam dakapan cintaNya..moga nanti,rooftop tu bakal menjadi saksi pada Allah akan cinta si Khadijah pd Aisyah..dan kasih Aisyah pada Khadijah..tautan hati atas nama Ilahi.. :')

    ReplyDelete

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)