Powered by Blogger.

eh?? hadaf utama kita tadi apa??

Saturday 22 December 2012

             beberapa hari yang lepas, saya menghantar seorang ahlil bayt merangkap roommate di Jordan ke Queen Rania Airport, flight beliau ke Malaysia akan berlepas pada 5 petang, kurang dari 45 minit lagi masa berbaki. Ketika sahabat2 kami termasuk saya, tgh berjuang separuh nafas dah nak final exam, dia balik rumah pulak?? *HUHU*. .
bukan dia yg minta begitu. . , tapi keadaan. . ,lebih tepat keadaan yang Allah inginkan begitu. . , Ibunya sakit tenat di Malaysia, dan baru beberapa hari yg lepas, saya menerima berita kematian ibu beliau, . . ,hakikatnya memang begitulah hidup manusia. , setiap yang bernyawa itu pasti merasakan mati, kerana itulah permulaan hidup yang hakiki. . ,*tafakur*

Alfatihah.

            Okey lah, jadinya kami ahli rumah makin merindui beliau akibat dah lama sgt beliau ada kat Malaysia, huhu :(. . ,so, seorang akak kat rumah pun nak kol beliau di malaysia, malangnya. . ,ARGGHHHH!! *kredit dah habis*. . ,di sebabkan semangat yg berkobar2 tinggi, kitorang pun siap2 keluar nak beli topup. .

            Alang-alang keluar kami singgah dulu ke Karnival Akademik Mahasiswa Irbid kat Dewan Khindi, Uni Yarmouk. Lepas beli segala makanan yang mengikut hawa nafsu nampak sedap, kitorang pun balik, singgah pasaraya beli susu, dan jalan2 slow balik rumah, sikit lagi nak naik tangga rumah, tiba2. . !!
kakak rumah saya menjerit, ARGHH!!!
    dan saya pun, ARGHHHH!!!

Terlupa.
Hadaf utama kitorang keluar tadi nak beli topup. . ,alahai itu yg terlupa. . ,yg sampingan2 tu pulak yang di buat. . .

Patah balik. Penat.

Saya kerling jam di skrin handset. 45 minit masa prjalanan tadi, saya tergamam, teringat. baru 45 minit prjalanan ni, kami dah terlupa hadaf utama mengapa kami keluar tadi. . ,

BAGAIMANA PULA PERJALANAN HIDUP YANG SUMPAH LEBIH PANJANG, LEBIH SAKIT, LEBIH PERIT???

Andainya perjalanan kami yg 45 minit itu pun boleh terlupa hadaf utama mmbeli topup tu, inikan pula perjalanan hidup dunia yang Tuhan aturkan yang sumpah panjang ini, pastinya kemungkinan utk terlupa hadaf utama penciptaan kita itu lebih2 lagi besar.

Menggeletar.

Maka, saya cukup yakin, dan pasti, utk mengharungi perjalan Tuhan ini, persediaan yang super sempurna itu sangat perlu, apatah lagi saya memang tahu, yang Tuhan saya menyediakan dua perjalanan utk saya memilih, perjalanan yang di redhoi dan perjalanan yang lalai.
Dan lagi, saya sungguh2 tahu perjalanan yang di redhoi itu sangat2 berliku, busuk, super duper tak cantik, penuh duri, sempit, dan sungguh2 berbeza dari jalan yang lagi satu itu.
Namun saya perlu akur, di jalan yang penuh duri itu, ada bahagia yang manis lebih dari madu dan paling penting, kemanisan bahagia itu sifatnya ABADI. Saya takkan pernah mmpu bertahan atas jalan penuh duri dan liku itu, kalau bukan kerana kekuatan yang DIa berikan utk saya.
HANYA KERANA ITU.

        SAya kembali berkata-kata dengan diri, untuk apa saya dan seluruh manusia di ciptakan ?? dan untuk soalan itu, Tuhan saya telah pun menjawabnya. . .

Jawapan Allahu Rabbi.. . :)


1)Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. [Adz-Dzariyat: 56].


2)Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamusecara main-main [saja], dan bahwa kamu tidak akan dikembali-kankepada Kami[Al-Mukminun: 115].

lagi.

3)Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja [tanpapertanggungjawaban][Al-Qiyamah: 36].


moga hadaf utama perjalanan ini tak kan terabai di hujung perjalanan. . 

AKU RINDU. .

Friday 14 December 2012


aku rindu. . 
pada gigihnya perjuangan Rasulullah. . ,
yang tegar berdiri meski di caci, 
yang kuat melangkah biar di sisih, 
yang ikhlas tersenyum tatkala di sakiti,
demi satu mulianya misi, 
menyebarkan cinta Allah. . 
bersama islam yang suci. . 

aku sungguh rindu. . 
pada sebuah nama Umar,
yang hadirnya membawa cahaya buat Islam,
lantangnya dia menggerunkan lawan,
rendah hatinya menggetar iman, 
izzahnya dia dengan islam,
hingga namanya tercatat penghuni syurga. . 

aku teramat rindu.  .
pada mulianya kasih Abu Bakar. . 
rela di sakiti demi kekasih Allah. . 
yang menjadi singa di medan jihad,
yang menjadi pengasih bersama Rasulnya,
yang menghinakan diri bila di hadapan Tuhannya. . 

aku rindu. . 
pada semangat juang Salahuddin alAyubi,
yang bibirnya jarang tersenyum
atas risaunya pada bumi alQuds,
bumi yang masih belum di naungi islam. . 
cita-citanya tinggi,
hingga alQuds pernah menjadi milik islam,
sepenuhnya  . . .

aku bergetar rindu,
pada semangat pemuda alFatih,
yang masa mudanya di serahkan buat perjuangan,
namanya disebut dalam bicara nabi,
dialah sebaik2 ketua,
dan tenteranya sebaik2 tentera,
membuka konstantinople dengan gagah,
takbir kemenangan bergegar gempita. . 

Allah. . ,sungguh aku rindu pada semuanya. . 
rindu saat islam di puncak alam,
saat laungan memujimu bergemersik di setiap ruang semesta,
aku rindu. . 
hadirkan di antara kami pengganti jiwa2 pejuang. ,
andai nya kami tidak berkesempatan melihat kebangkitan islam kembali,
biarlah sebabnya hanya kerana tika itu,
kami telah syahid dalam memperjuangkannya. . 


taatnya "si DNA" pada Rabbnya. .

Saturday 24 November 2012



            Ketaatan makhluk Allah sekecil ini tiada tandingannya. . ,dia terus bekerja. .,tanpa tahu erti ingin berehat walau sesaat, tanpa pernah meminta apapun dari Penciptanya, selama mana nyawa masih bersisa di jasad tuannya, selagi itu dia terus berkhidmat, menjalankan amanat dari ALLAH MAHA KUASA :)
subhanallah. . . .


comelnye chromosome ni. . (DNA)

dia adalah chromosome, atau dalam bahasa mudahnya, DNA.  ,

saya cuba bayangkan , bagaimana agaknya jika dia ni nak berehat sepuluh minit je, memang kucar kacir lah hidup manusia . . 

dia yang menentukan warna rambut manusia, jenis jari manusia, bentuk muka , ketinggian dan sebagainya. . ,malah bila manusia sakit, terluka. . ,dia yang cepat2 menggantikan sel yang rosak itu dengan sel baru. . ,untuk memastikan tuannya terus sihat. . ,bila manusia baru di lahirkan, dia yang terus tegar menghasilkan berbagai sel untuk tuannya terus membesar, dari bayi yang tidak tahu apa2 kepada dewasa yang tahu segalanya. . ,yang tahu berfikir, menilai.  .,namun ada tuannya yang masih belum tahu bersyukur. . . 

namun, "si DNA" tak pernah merungut,  xpernah mengenal erti penat dan lelah, walaupun dia bekerja untuk kepentingan tuannya, tapi dia tahu dia mengikut arahan Tuhannya, tak pernah ingkar. . ,

kadangkala , manusia menghidapi sakit sickle cell, kanser dan sebagainya, , lalu para ahli sains berkata, puncanya apabila "si DNA" tersalah replicate kod protein , atau "si DNA" melakukan proses cell replication secara berlebihan sehingga menyebabkan cell mutation, semuanya seperti di hempaskan kesalahan ke atas "si DNA", namun sebenarnya dia bukanlah sengaja melakukan semua itu jika bukan kerana arahan Tuhannya, dia taat perintah Tuhannya sahaja,  namun dia tidak ambil peduli, biarlah dia di salahkan oleh semua manusia, asal dia tidak salah pada pandangan Tuhannya. . . .taatnya "si DNA". . . 

"wahai manusia, pejamkanlah mata seketika.. ,ucapkanlah Alhamdulillah atas segala perkara yang berlaku dalam hidupmu ini, bersyukurlah atas nikmat mahupun ujian, bukankah "si DNA" dalam dirimu itu pun telah mengajar banyak perkara tentang kesabaran dan ketaatan buat" ALLAH :)

si choki2 dan si mentos :)

Thursday 8 November 2012

               6 bulan berlalu.6 bulan itu, aku masih berpijak di bumi Tuhan. 6 bulan itu, aku masih berlindung di bawah langit Tuhan. Tiada siapa menyangka untuk permulaan 6 bulan itu, aku akan di hadiahkan sebuah nilai hadiah yang bermakna. Sebuah hadiah dari Tuhanku, turun ke hati, mengalir ke jiwa, dan harapnya kekal hingga ke syurga.. . .,cinta dalam hati aku dan dia, makin mekar di bawa seiring waktu 6 bulan ini, makin subur dengan perkongsian hati, ibrah kehidupan. . ,dan yg paling penting kerana cinta aku dan dia semata-mata ku harap kerana Dia, Pencipta Agung.,ALLAH. hadiah bernilai. . . ,bernama sahabat. . .:)


             kisahnya. . . .

pertama kali mata tertancap pada wajahnya, hatiku terusik, bagai ada sesuatu pada segaris senyuman itu yg menyentuh jiwa, dan aku tidak pasti apakah itu, dan untuk ketika itu, ia bukanlah terlalu penting untuk ku ketahui, lalu ku abaikan rasa itu. .

dan kemudian salam perkenalan di hulurkan di laman fb. . , aku mencari siapakah gerangan alfarasyah solehah itu, dan jawapannya,dia. . . .hati berdetik lagi, namun detikan itu ku abaikan sekali lagi. . .

sehinggalah pertemuan seterusnya Tuhan aturkan untuk aku dan dia. . ,bersebelahan dalam kelas di INTEC< MEJ 2 jadi sejarah. . , aku mengenal dia, aku mengenal hatinya, aku mengenal jiwanya, dan dari itu lahirnya kasih yg tertuai hari demi hari. , 
kerana ALLAH :)

dan untuk hari-hari seterusnya, untuk setiap langkah kakiku, hampir semua kisah tertulis namanya, untuk setiap kali kakiku tersungkur, hampir semua tangannya yang memaut, untuk setiap air mata yang menitis, hampir semua dia yang memeluk erat, maka untuk setiap saat itu , terima kasih Allah kerana hadiah ini. . :')

saat wajah Jordan pula menyapa, jarak makin memisahkan kami, namun hati yg tertaut atas nama Allah itu tak pernah jauh dari mengingati, dalam doa dan dalam ingatan. . ,dan tadi, berjalan bersama-sama, saat tangan menggenggam erat tangan dia, aku berdoa moga cinta ini terus mekar hingga syurga, mewangi menjadi penyeri seperti haruman bidadari-bidadari disana, dan andai takdir memisahkan kita di dunia, moga bertemu lagi di syurga firdausi sana,sahabat, , :')



dearest shahirah amalina, sahabat yg saya sayang kerana Allah, saya kini bukan saya yg dulu lagi. saya kini adalah saya yg ingin bersama-bersama berjalan bersamamu, berjuang, berpenat lelah untuk ke pintu syurga Allah. moga Allah menyambut jiwa kita sebagai jiwa yg Dia redhoi sebagai hamba :)

#dan untuk akak housemate baru saya, hadirmu bagai penyuluh ketika saya sedang tergapai mencari rahmat Pencipta. . terima kasih Allah utk hadiah ini juga. . . kak Dhabit, love you too. . . #

"someone who worth for you to spend time and life,
someone who knows how to appreciates you,
someone who knows how to respects you,
someone who knows how to forgives and forgiven,
someone who makes you feels and becomes better,
someone who makes you remember ALLAH more,
 by that, when you have that someone, insyaAllah they really love you,because of ALLAH.
and love because of ALLAH will last forever. . "

                           "RAHMAT ALLAH MAHA LUAS"


KERANA AKU SEORANG HAMBA

Thursday 25 October 2012

sujud seorang hamba. . .

             ya Allah. . . , memiliki sekeping hati serapuh ini mmbuat aku terasa sgt malu di hadapanMu. . ,namun ya Allah. . . .,tuan punya hati ini hanya seorang hamba. . . ,dan memegang gelaran seorang hamba itu kadang-kala membuat diri yg bertahan hebat di hadapan mereka mnjadi terlalu lemah pada ketika-ketikanya. . . ,walau ketika itu tak pernah di pinta. . . ,namun sekali lagi . . , aku hanya seorang hamba. . . . . 

           Tuhan. . ,aku mencuba sekuat tenaga meyakinkan diri bahawa aku ingin menjadi sgt redho. . .,aku ingin menjadi sgt kental utk diri sndiri. . ,ingin mnjadi sgt kuat utk mereka yg aku sayangi. . . ,dan aku brjaya. . ,aku mmpu trsenyum dalam hati yg terluka krana ingin melihat mereka brsenang hati. . ,dan utk itu aku turut bahagia. . . ,namun hati ini bukan tanganku yg memegangnya,. . ,bukan akalku yg mengawalnya. . .. ,maka utk ketikanya hati ini rapuh. . ,aku xmmpu menolak. . .,kerana sekali lagi. . ,aku hanya seorang hamba. . .






          ya Allah. . . ,utk setiap air mata yg menitis tnpa mmpu di kawal ini. . ,bkn brmakna aku tidak redho. . . ,bukan juga brmakna diri tidak menerima aturanMu. . ,jauh sekali ingin mempersoalkan kehendakMu. . . ,namun air mata ini menandakan bahawa sebagai seorang hamba, aku tidak segagah mana. . . , sebagai seorang hamba, aku tidak mampu menahan bibir utk tetap tersenyum pada setiap saat hidupku. . ,kerana air mata ini benar-benar menandakan bahawa aku hanya seorang hamba walau sejauh mana aku ingin terus berdiri dan bertahan. . . . . . . . . . .

         dan untuk kerapuhan ini, aku memohon seikhlas hati, setulus jiwa maafkan jika ada ketidak ikhlasan. . ,dan kuatkan untuk setiap langkah yang masih bersisa. . ,sampai saatnya Engkau berkata, waktunya tiba untuk aku pulang sebagai seorang hamba. . . . . yang Engkau redho. . :')




"SESUNGGUHNYA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI KAN MENJADI TENANG"

bicara admin: iman itu terasa kemanisannya bila kita ikhlas memberi dan melepaskan perkara yg paling di sayangi. . . 

KISAH SI PENJUAL DAN PEMBELI

Thursday 18 October 2012



        kite tahu je kan jual tu ape?? and rasenye kite lagi tahu beli tu ape. . ,ye lahhh tambah2 perempuan ye x. . ,membeli tu mmg cam hobi kan. . :) (tuju kat diri sniri. . ,hikhik), teringat dulu kechik2, sy adalah superhero emak yg paling rajin tolong mak pegi kedai walaupun mak cume nk mkn coklat HACKS. . ,(baik kan?? huu~)

       tapi, atas ni iklan je. . ,entri kali ni bkn nk cite pasal  sale ape yg paling hot kt pasaran skng. . ,ataupun pasal sape pemenang yg menjadi pembeli terbanyak menang kete kancil ke. .  .,tapi saya nk cite pasal jual beli yg lebih superb.. ,maha superbiooo. . :))). . 

        first sekali, saya ade soalan cepuperak. . , korang rase lah kannn. . , ade tak orang yg pnjamkan kt orang lain brg ,pastu die nk beli balik brg yg die pinjamkan tu, dgn harga yg superrr mahal, ishhhh . . dah la brg die kan, die bagi pinjam, pastu die nk beli lak brg tu ,plus dgn harga yg mahal berdengung. . , mmg klw ade mnusia yg wujud cenggitu, boleh kata tahap baik x ingat lah kan. . , tpi penah pikir x, realitinye, yg situasi nih mmg betul2 ade . . ,betull ade. . ,x percaye???

      ok, jom baca surat cinte dari kekasih hati saya. . ,

Surah At-Taubah (Taubat) Ayat 111
9.111 Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.




         SUBHANALLAH. . , indahnya jual beli dgn Allah. . ,jual beli hamba yg hina dgn Penciptanya yg agung. . ,AMAZING!! AWESOME!! entah ayat ape lagi nk mnggambarkan rasa kagum dan takjub. . ,takjub dgn rahmat Dia. . ,

         DIA.ALLAH.THE MASTER OF JUDGEMENT DAY.
         yg memberi segala kurnia, memberi segenggam jiwa, secebis harta. . ,dan kemudian kataNya. . ,
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga. . , 





        besarnya rahmat Allah. . ,jadi mengapa masih ragu2utk sumbang saham ke jalan Nya. . ,saham yg konfem2 untungnya kat kita. . , sikit sebesar zarah pun x rugi. . ,kita menjual sesuatu yg bukan milik kita dan di bayar dgn syurga.. . . 





pegang dada, tanya hati, gali sisa2 iman yg masih ada, dan tanya dgn ikhlas, sebenarnya SIAPA KITA DI SISI ALLAH sehingga Dia mengasihi kita sebegitu hebat. . ,SIAPA KITA??


Allah kurniakan akal, maka berfikirlah. . . 





 
*berapa harga diri kita pada Dia. .* 

bicara admin: apabila kita redho atas sesuatu yg mengecewakan hati, maka Allah akan menggantikan kekecewan itu dgn kegembiraan yg kadangkala di luar jangkaan kita :) salam ukhuwah fillah. . 








       

ZERO TO HERO



  penah x satu ari kite rase kite ni kosong sgt. . ,kite rase yg xde sbb pn kite ade kt dunie ni . . ,nobody needs  us.  .,dalam erti kata lain . . ,ZERO . .,soooo. . , penah tepikir x yg kite sbenarnye cume perlu ubah satu huruf je utk jadikan ZERO tu ke HERO. . , jadi klw dlm prkatan kita boleh ubah semudah petik jari , anggukkan kepala utk kita ubah jugak the whole of ourselves utk jad HERO!!

           Sebenar-benarnye. . ,the first n the most important thing to be HERO is NIAT. . .,cer teka sbb ape niat??? yeap!! sbb niat cume Allah je yg tahu. . , mgkin di pandangan manusia kita adalah hero, tpi blum tntu sama dgn pandangan Allah. . , sbb? manusia menilai kita dari luaran. . , tpi Allah mlihat kita dari dalaman.. ,niat is the first thing. . .,



<----ni yg menentukan HERO atau ZERO seseorang tu di pandangan Allah. . , nmpak mudah kan. . ,tapi sebenarnye PAYAH.









          Bukan mudah menjaga sekeping hati. . , lagi payah utk menjaga ikhlas. . ., RIAK bkn lah di pinta. .RIAK selalu dtg tnpa sngaja kan. .  ,maka pntingnya utk kita selalu perbaharui niat. . ., baru hidup rasa indah. . ,blingbling je kan. . .:)


  penah dngr x org ckp "amalan yg kecil boleh jadi besar di sisi Allah krana niat, dan amalan yg besar boleh jadi kecil di sisi Allah krana niat. . " kan betul. . ,pandangan manusia mmg xsama dgn pandangan Allah. . ,jauhhhhh berbeza. . 


  okey laaa kita amik satu contoh, kite ade 3 org mamat nih . . ,name die ALI, ABU, BAKAR.. ,(huuu~ klasiknye nama. . ) , diorang bwu abes smayang jemaah kt masjid. . ,tetibe ade tabung masjid lalu smpai kt ALI dulu. . ,Ali tnpa pkir pnjang dah ,trus bwk kuar duit dalam poket dia n trus letak lam tabung tu. . ,dan duit tu RM50. . ,n die rilek je sbb dia mmg tahu bila sdekah Allah syg. . ,:) bile smpai kt ABU, die nmpak Ali sdekah RM 50. . ,asalnye die nk sdekah seploh hinggit je.. ,tpi hati die tedetik "haishh jatuh standard lah seploh je, Ali pn bgi 50" , so die pn letak la RM 50 jugak . . , last skali BAKAR. . ,die nk bagi RM 100 sbenarnye, tpi takut lak kwn2 kate tnjuk kaya. . ,sooo RM 50 jugak. . . 


okey skang kite tgok. . ,mnusia pndang sama je kan..  ,smua bagi RM 50. . ,tapi kerana NIAT, adakah amalan diorang sama jugak pada pndangan ALLAH?? tanya iman. .  .:)


jadi, sebelum nk jadi HERO pda pndangan mnusia, jadi la HERO DI PANDANGAN ALLAH. . ,klw di sisi TUHAN, dia di pandang HERO, apatah lagi di sisi hamba kan. .  .





إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى


( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )



#admin: hidup kita masih jauh. . ,jgn kesali apa yg ada skarang, tapi laluilah dgn penuh kesyukuran#



 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)