Powered by Blogger.

Yang setia di ingatan

Saturday, 6 April 2013

thank you mak ! [KREDIT]

Ramadhan dah hampir tiba. Tak sampai seratus hari pun lagi :') . Selain bulan penuh berkat, bulan ini lah yg selalunya punya banyak kenangan , kan? Sama lahh. Kenangan yang telah berjaya buat saya nangis sedu-sedu, sembunyi bawah selimut, takut orang nampak. Hehe. Malu.

Whatsapp dengan along, abang sulung saya, korek kisah-kisah lama, benar2 membuat air mata saya menitis laju.

Teringat Ramadhan dulu-dulu, saya dan abang2 sangat suka biskut almond london yang mak buatkan. Sampai kitorang sanggup tak puasa curi biskut tu makan waktu siang. Haha giann. Tak pe, tak baligh lagi waktu tu. Hehe.

Waktu duduk asrama, mak selalu telefon, suruh cepatlah balik, nak minta tolong kemas rumah, tukar langsir, cat rumah, buat biskut, beli baju raya sama-sama, saya kan satu-satu je anak perempuan mak, memanglahhh. . .

Teringat mak cakap waktu saya kat asrama, "Alang, kalau alang ada seronok sikit, mak boleh pegi terawih dengan alang ". Hehe. Tapi sekarang, saya pula yang pergi terawih tak de mak, kan? Tak pe mak, nanti kita terawih sama-sama kat syurga ye. . :')

Dulu kecil-kecil, gaji ayah tak banyak lagi macam sekarang, makan cukup-cukup je, kadang-kadang nasi ngan kicap je, tapi kami sangat bahagia. Beli burger pun potong empat. Share ramai-ramai. Tu pun dah nikmat sangat. Kerana kami ada seorang ibu, yang selalu ajarkan kami erti syukur. Erti cukup dengan apa yang ada. 

Nak cari duit lebih, maka kami ramai-ramai tolong mak buat kacang, buat barang kilang kat rumah. Dapat lah kami duit belanja nak ke sekolah macam orang lain :'). Seronok. Susah itu memang mendidik kami. Dan susah itu lah yang memberi kenangan paling indah dalam hidup kami.

Walaupun kami jarang dapat baju baru dulu-dulu, tapi mak akan selalu pastikan anak-anaknya nampak kemas. Kebersihan memang mak sangat titik-beratkan. Banyak yang kami belajar dari dia.

Saya dan abang-abang pula sangatlah ohsemm nakal kecil-kecil dulu, selalu sampai tadika lewat walaupun keluar rumah awal. Sampai cikgu report kat emak. Satu hari, emak mengintip kitorang, dan kantoilah kitorang lepak bawah pokok tepi jalan makan bekal yang mak masak untuk waktu rehat. Lari kelibut bila nampak mak dari jauh. 

Senyum.

Terlalu banyak sebenarnya kenangan untuk di ungkapkan. Tambah pula, saya satu-satunya anak perempuannya. Bila setiap malam, dia lah yang menjadi pendengar setia saya. Sampai saat dia dah tak mampu nak cakap apa-apa waktu sakit tu pun, saya akan tetap baring sebelah dia waktu malam, dan bercerita seluruh perkara yang berlaku dalam hidup saya pada hari itu. Walaupun dia diam tanpa balasan, saya tetap bahagia. Saya tahu dia mendengar.

Bahagia.

Maka, duhai ibu yang tak pernah lekang dari ingatan saya, jujur, saya sesungguhnya sangat redho dengan pemergianmu. Apalah sangat dengan dunia, yang akhirnya saya akan tinggalkan juga , dan akan ke 'sana' juga. 
Saya kini, cuma melihat syurga untuk kita berehat bersama. Jika saya mampu meminta, saya terlalu ingin meminta untuk hidup di kampung akhirat sana, untuk segera meninggalkan dunia yang melenguhkan jiwa ini, memenjarakan hati ini, malah tiada apapun yang saya harapkan lagi di dunia ini. Namun, saya tahu perancangan Allah kita itu yang terbaik, kan mak? Maka, selama mana umur saya masih bersisa, saya cuma berharap dapat mengumpul sebanyak mana bekalan, untuk saya bawa ke sana, walau kadangkala saya akui, saya terleka. 

Duhai ibu yang saya cinta, tunggulah saya. Saya selalu ingat doa emak waktu sakit dulu, 
" ya Allah, semoga anak perempuanku yang seorang ni dapat kebahagiaan dunia akhirat, jadi anak yang solehah". Dan saya terasa berkatnya doa itu. Ibu, saya tak pernah menjangka suatu ketika dahulu, bahawa saya akan menjadi seperti hari ini. Terima kasih, duhai ibu.

Dan ya Allah, terima kasih untuk segala ketentuan. Andai kampung akhirat lebih baik buatku, maka mohon segeralah pimpinku ke sana dengan rahmat dan redhoMu, namun jika belum sampai masanya, kuatkan aku untuk terus beramal.

Amin.




 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)