Powered by Blogger.

SELAMATKAN AKU SEKARANG

Thursday 13 March 2014



Tubuh digerak-gerakkan. Melepaskan sendi-sendi dari rasa letih amat. Tingkap dibuka. Angin sejuk musim dingin menyerbu laju.

Sejuk. Tapi sejuk lagi hati yang dibawa sekarang ini. Ke mana hilang cinta Tuhan yang menghangat dulu?

"Nel, sihatkah?"
Mesej whatsapp masuk. Dari Kak Omai.

Dia kaku. Beku. Telefon dicampak ke katil.
Kak Omai, aku tak sihat. Hati aku lebih lagi tidak sihat. Aku sakit kak Omai. Aku sakit.
Boleh kau beri aku ubat?
Atau sekurangnya secantas doa?

Air mata meluncur laju. Laju lagi daripada jeram sungai yang deras. Dia rindukan aliran setenang dulu.
Dia baru belajar mahu berdiri kenal Tuhan. Lalu mengapa badai ini datang mencantas kaki. Sungguh, sebenarnya hati dia tak mampu untuk bertahan. Hati dia berkecai berkeping-keping diintai cerita-cerita semalam.

Dia masih ingat waktu itu. Waktu dua hati cuma rasa hidup dengan dunia.
"Janji dengan kita ya, tunggu kita lima tahun ini."
"Pasti. Pasti kita tunggu. Kita mahu ubah diri. Kita mahu jadi lelaki baik. Kita mahu yang halal untuk kita berdua."

Itu janji dua tahun dulu. Janji yang disorakkan syaitan.
 Ketika dia merangkak dalam kelam. Terjerumus. Terpalit lumpur.
Itu kisah ketika dia mengagungkan cinta dunia.
Cinta lelaki itu.
Dan ketika lelaki itu yang mengagungkan cinta dia.

Telah lama dia pergi dari masa itu.
Masa itu pun telah banyak ubah segalanya.
Pantaskah gadis berpurdah seperti dia, mengulang kembali jahil gadis yang berskinny dahulunya.
Dia sedang bertatih.

Namun, Tuhan, setelah dua tahun dia belajar melangkah, bertatih penuh payah, mengapa diuji sekali lagi? Dengan jalan yang sama, dengan orang yang sama.
Hati aku belum benar-benar pulih, Tuhan.

"Awak, izinkan saya. . ."
Mesej itu masuk.

Air mata mengalir laju. Dibiar angin sejuk membelai sekujur jasad.
Dicapai telefon,

"Tuhan, aku tak mahu gadaikan cintaMu untuk dunia. Bismillah. . . ."

Aksara ditaip, dengan keredhoan yang diraih, dan tangis yang melirih.

Jika dulu aku pernah diselamatkan, maka selamatkanlah aku sekarang.





Nikmati Hujan Sebelum Pelangi

Wednesday 13 November 2013


"Apa yang buat kau tsabat dengan jalan juang yang kau pilih ini?"

Sungguh. Soalan ini sama beratnya seperti memikul beban kerikil-kerikil yang bersatu menjadi gunung. 
Soalan 'why', bukanlah semudah menjawab soalan 'what?'. Jawapan untuk soalan why nampak tempangnya jika cuma direka-reka.

Makanya, untuk menjawab soalan ini, diamlah sebentar, dan tanya lapis hati yang paling tersorok.

Kenapa aku masih teguh berdiri, walau ditadah seribu caci, walau ditelan sejuta pedih, dan perlu dihamburkan madu manis, apa difikir mudah.

Salah seorang teman seperjuang yang saya hormati pernah memberitahu,

SAYA MAHU HIDUP DALAM PERJUANGAN YANG SAYA CINTAI

Jujur dan semanis rasanya, semuanya cintakan perjuangan. Bezanya, perjuangan apa yang kita bawa. 

Berjuang ertinya terkorban. Ada orang yang sanggup tidak tidur malam untuk tengok bola, itu pun namanya perjuangan. Ada yang sanggup berhabis ringgit untuk decorate rumah, itu pun perjuangan. Mereka telah korbankan tenaga, waktu rehat, duit ringgit untuk sesuatu yang dicinta. Tapi cuba tanya mereka bahagia atau tidak, mereka bahagia. Hebat bukan? 

Maka, para da'ie juga perlu mencintai perjuangan yang dibawa. Kerana hanya dengan cinta, kita tidak akan rasa terkorban dalam perjuangan. Tambah pula, perjuangan yang dibawa, untuk mengejar redho Pencipta. Sebagaimana nafsu buatkan kita rasa senang jika kita berkorban untuk hidup dunia,maka kita perlu tundukkan nafsu untuk rasa senang berkorban untuk hidup abadi di akhirat.

Lebih perit durinya, lebih manis rasanya. 

SAYA MAHU SETIAP JIWA MERASAI MANIS DAKWAH

Cuba koreksi diri. Sejauh mana dakwah dan tarbiyah ini telah menyelamatkan kita dari hidup berbantal nafsu dunia semata. Sekarang, lihat pula satu demi satu wajah di sekeliling kita, sayangilah mereka yang belum merasa manis yang pernah kita rasa. Tadahlah madu di pinggir bibir mereka biar sejauh mana mereka mengetap menolak. Sabarlah sehingga satu saat mereka mahu membuka mulut merasa manisnya madu yang kita bawa. Kita membawa manis islam. Dan kita mahu sebarkan kemanisan itu. Maka, bersabarlah. 

Kita tidak punya kuasa. Tetapi, kita punya sabar dan doa. Jangan berhenti sampai nyawa kita diminta. Biar di sana, kita merasai pula manis sabar yang kita pernah junjung bersama-sama. Yakini, hidup abadi kita, kita mahu habiskan di syurga Allah. Inshaa ALlah.

SAYA MEYAKINI JANJI ALLAH SAYA

Mana mungkin adanya janji yang paling ditepati melainkan janji dari Pencipta sendiri, 
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan bermacam-macam cubaan sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, :

"bilakah datangnya pertolongan Allah?"

"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
(2:214)

Wanginya janji Allah. 
Sunnatullah telah mengajar, telah berlalu para pejuang yang disakiti dengan pelbagai ribut cubaan, namun kata Allah, pertolongan ALlah itu dekat.

Dan kita wajib meyakini ayat ini. 

Perit mengajar kita kuat, dan makin teguh berdiri berlari, melompat ke langit. Sama seperti muscle-muscle kita, jika tak dikenakan beban, ia takkan membesar dan kuat, dan lemak-lemak malas yang akan berkumpul ambil-alih.

Bila terasa perit diuji, berbahagialah, kerana kita terpilih untuk menduduki ujian ke syurga!
Berjuang, dan jangan berhenti. Boleh jadi Allah rindu untuk mendengar tangis kita di sepertiga malam, memohon kekuatan dari Dia Yang Maha Kuat. 
Kita punya Dia, maka bertahanlah, sampai ketikanya kedua belah kaki menjejak pintu syurga denagn senyuman kemenangan, inshaa Allah.

SAYA MAHU MENJADI GHURABA'

Hayati syair ini,

Orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekeliling asyik bermain-main,
dan tetap berjaga ketika manusia di sekeliling asyik tidur dengan lenanya,
dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatan tanpa arah,

berkata kepadaku seorang sahabat, 
"aku melihatmu sebagai orang asing, diantara banyak orang ini, engkau tanpa teman "

maka aku berkata,
"Sekali-kali tidak! bahkan orang itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan, dan inilah jalanku"

Inilah orang asing itu. Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia diantara manusia.

Tetapi disisi Rabbnya, mereka berada di tempat yang mulia.

Rasulullah yang mulia yang kita cinta, moga kita bertemu Baginda, berpesan,
"Islam datang secara asing, dan akan kembali secara asing, maka beruntunglah buat orang yang asing" [Hadis Muslim]

Dan kita tidak bersendiri, kita berjalan bersama-sama. Ketika satu terkena duri, yang kedua akan hadir mencabut, yang ketiga akan datang memapah, yang keempat membawa bendera semangat. Kita junjung ukhwah fiLLah sebenar-benarnya.

Jangan patah semangat, kita mulia di sisi Rabb kita, jika kita membawa hati yang kental ikhlas berjuang.

NIKMATI HUJAN DAN NANTIKANLAH PELANGI, WAHAI DA'IE

Mana mungkin hadirnya pelangi sebelum datangnya hujan bukan? :)

Dan kita inshaa Allah akan bersabar untuk pelangi itu.
Dan kita pun sebenarnya cintakan hujan sebelum pelangi itu, kerana hujan sifatnya menyuburkan, 
dan pelangi itu membahagiakan.

"It is difficult to be patient, but to waste the rewards of patience is worst" -Abu Bakr(r.a.)


fatnursha :)

Thursday 7 November 2013

da owner :)

3 hari lepas, jadi saksi, kami mahu bidadari mencemburui kami.

Sehari sebelum itu, duduk bertiga bawah pohon tepi tangga jami'ah, pegang segulung roti. Dingin musim sejuk belum benar-benar terasa. 

Tengok orang-orang yang baru pulang dari kedai buku, kedai runcit universiti, balik dari hospital kendong kot putih. Macam-macam cerekarama.

Tak tahu kenapa Fat pilih tempat terbuka untuk makan. Aku dan Sha mata-pandang-mata. Lecehnya makan kalau pakai purdah tempat terbuka ni.

Dah hampir setengah roti disua ke rongga tekak,
" Ehlaa terlupa korang pakai purdah, kesiannya susah nak makan" Fat baru perasan. Eloklah tinggal sesuap terakhir dah pun.

Aku suara, "Takpe Fat, hari ni je, last Fat boleh lupa ceni, esok-esok kalau susah makan, susah sama-sama, kan?"

Fat gelak. Esok 1 Muharram. Esok hari bahagia. Esok hari hanya-mataku-jadi-tatapanmu. Ecewahh.

Esok seperti hari biasa yag kami ada, jadi luar biasa, bila dari dua menjadi tiga pasang tangan yang menggapai sehelai kain kecil, dan dirapatkan ke tulang pipi bawah mata.
Ada tiga pasang tangan yang mengenakan kain tebal warna hitam itu menghijab setipis kulit wajah.
Ada tiga keping-keping senyuman yang cuma terlindung di balik sehelai penghijab tebal.

Dan ada tiga cantuman pecahan hati, yang mahu dihijab dari dosa, sebagaiman dihijab wajah mereka dari pandangan manusia.

Ahlan wasahlan ya Fat, merasai hari-hari yang pernah Sha dan aku mengharung dalam liku bergelar gadis-tak-nampak-muka.

Hati-hati sayang membawa nama gadis islam. Hati-hati sayang menggalas cita-cita iman. Jangan tersungkur tak boleh bangun lagi. Bawalah kerusi roda takwa, risau tersadung nanti boleh siap sedia atas kerusi roda, dan aku boleh tolakkan.

Senyum.

1 Muharram. Dan aku cinta-kasih-sayang FiLLah.

Fat-Nur-Sha.


Sirap Cinta

Friday 1 November 2013


"Odi, kau tak tengok membe kamcing kau ke? "

"Hah, kenapa ngan dia? "

"Aku nampak ada darah bawah pintu bilik dia, aku ketuk tapi diam je. "

Lari. 

Ben, apa nak jadi dengan kau? Takkan sebab result exam final merudum, kena back-for-good, nak durjanakan diri. Sedih boleh terima, tapi kalau sampai darah bawah pintu, ketuk-ketuk tak buka? Sudah.

Odi panjat tangga tiga tingkat, kalut-kalut serbu ke bilik paling hujung. Dingin musim sejuk mencucuk sendi paling dalam, dirapatkan winter coat ke rangka tubuh.

Odi gelabah nampak ada bekas darah sipi-sipi di bawah pintu bilik. Guguh pintu bilik Ben.

" Ben, buka pintu ni "

Diam.

" Ben... "

Sepi.

" Ben, Tuhan tak pernah hilang kasih terhadap hamba. Kenapa nak celakakan diri sebab benda-benda macam ni. Aku tahu harapan kau tinggi, kau dah usaha habis baik. Tapi, Ben, boleh jadi jalan ni bukan terbaik untuk kau. Kau tak yakin dengan janji Allah, Ben?"

Odi terduduk bersandar pintu. Hampa.

" Ben, aku dulu pun pernah rasa camni. Aku pernah hilang orang paling aku sayang. Ayah aku accident, meninggal dua bulan sebelum SPM. Aku down tahap dewa.

But look, sebab rasa down tu, aku mula tahu selak alQuran, aku mula tahu cari tikar sejadah, aku mula join usrah. Aku yakin, Tuhan uji, kerana Dia rindu dengar rintihan hambaNya. "

Terbayang muka ayah yang penuh garis-garis tua. Odi berteleku. Satu air mata jatuh. Dua, tiga. Mujur dia sempat bangun semula. Kalau tak, ke longkang tepi rumahlah result SPM dia.

Bunyi pintu bilik gerik. Odi bangun. Terjengul muka Ben, dengan serabut rambut mancis, dibalut comforter tebal. Air liur basi.

Odi kaku. Rakus lap air mata. Jatuh maruah jantan kalau Ben perasan.

"Ben, kau buat apa? Aku ketuk pintu kenapa tak buka? "

"Sorry, tadi aku tertidur dengan headphone "

" Ni apa?" tuding cecair merah pekat bawah lantai.

" Laa cemane air sirap ni boleh tumpah. Ciss "
Ben tarik kain dari belakang pintu, lap.

Tiba-tiba terhenti. Dongak pandang muka tak ketahuan Odi.

" Odi, kau ingat aku nak bunuh diri sebab fail exam ke? "

"Aaaaa. . , eh bukan, aku nak ajak kau gi skating "

" Nak ajak gi skating kenapa sampai nangis cite ayah accident? "
Ben muka ala-ala Detective Conan. Jejungkit kening.

" Kau kata dengar headphone?"

Ben sengih nampak gusi belakang third molar.
" Kau pernah beritahu aku, jangan buat spekulasi sebelum selidik. Sirap dan darah jauh bezanya, Odi. Takkan aku nak bunuh diri sebab kena repeat year.

Emm. . and Odi, i never know 'bout your father. Sorry for not being a good friend "

Odi jatuh rahang.

" Wanna to share? "
Ben hulur skateboard. 

Kau betul-betul ok ke, Ben? "

Geleng kepala.
Tuhan uji sebab Dia rindu, kan? "

Odi angguk. 
"Kalau macam tu. . . ," Odi tarik skateboard dari tangan Ben.

"Nah. "
Hulur sejadah.



Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)



Afalaa Ta'qilun?


Cerita qiyam semalam.

"Semua orang duduk sebelah-sebelah dengan orang yang tak kenal"

Riuh-rendah. Mahu simpulkan ukhuwwah, asasnya perlu taaruf. Tak 'aruf, maka taaruf. Kalau tahu laga pipi, tapi tak tahu cerita dalam hati, heh susah juga.

Ukhti di hadapan beri arahan,
"perlu tahu nama, dan apa yang dia mahu jadi antara anggota badan."

Mula sesi taaaruf. Soksek-soksek. Juai ayaq liuq, orang kedah kata gitu.

Aku Peah. Nak jadi mata.
Aku Bedah. Nak telinga.
Aku Gayah. Nak kaki.

Akhowat kalau boleh bertaaruf, macam takkan jumpa dah dua-tiga-giga tahun lagi. Dari taaruf yg perlu, dah tiba-tiba dengar,

"eh ukhti hari tu ana tengok ukhti ceramah, mantopp!"

"ukhti, ingat tak adik yang cecomel tu, dia dah join usrah!" kekening.

Selesai sesi-menyesi.

Akhowat A taaruf akhowat B taaruf akhowat C taaruf akhowat D sampai hujung semesta. Alhamdulillah. Makin tertaut hati-hati atas nama dakwah.

Paling terfamousa, ramai yang nak jadi mata, atas sebab mata adalah pemula segala dan pintu aula ke hati. Dari mata turun ke hati gituu.
Ada mahu jadi jantung, katanya, jantung organ pertama yang diciptakan sebelum semuanya, dan paling terakhir hilang fungsinya.
Ada mahu jadi kaki untuk dibawa berlari mencari redho Rabbi.
Ada mahu jadi telinga untuk mendengar setiapnya duka akhowat terchenta.

Semuanya mahu menjadi sesuatu memanfaatkan.

Lalu kholasah dari akhowat di hadapan.

" Hakikatnya, setiap organ yang dipilih ini perlu bergabung untuk melumatkan cita-cita. 

Mana mungkin mata yang melihat dapat bertindak tanpa tangan, dan bergerak tanpa kaki, dan bernafas tanpa jantung yang berdegup setia sampai mati."

Korek-koreksi diri.
Hadamkan rasa semua adalah satu. Dan lunyaikan rasa kita yang paling tera-giga dari semua.

Kalau soghang-soghang, tak pi ke mana hampa tau dak? Kalau pi pun, tak pi jauh. Habaq sungguh.

Contoh paling mudah, kenapa solat jemaah lebih menjulang darjatnya dari solat bentang sejadah sendiri-menyendiri. Sedangkan kita agungkan Tuhan yang sama bukan? Jadi kenapa perlu ada beza?

Sebab beramai-ramai itu manis, dan hebat. 
Allah Yang Maha Menciptakan, Maha Tahu hal itu.

Fikir. Tuhan tak cipta seekor kuman pun dengan suka-suka.

"Afalaa ta'qilunn?"

Sentaplah duhai hati. 
Terbanglah laju helang-helang agama, dengan kedua sayapmu. 
Tinggi bersama-sama, tanpa merendahkan yang berbeza.


Melaut.

Thursday 3 October 2013


Rasa pendaman yang kian bersawang
Debu lama berusang.

Bibir tak mampu meniti kalimah hatiku
Terkakukan pada corong suaraku
Biar hati bersepai memedih malamku.

Ku mahu berlari menjerit suara rasa
Ku mahu perikan cerita
Ku mahu khabarkan cinta
Ku mahu ceritakan sayang di jiwa
Ku mahu mereka tahu setiapnya segala.

Namun, aku terhenti berlari kini
terdongakkan ke langit kaki
bernafaskan dengan sebelah hati
sesakkan jiwa ku beritakan disetiap hari-hari.

Wahai seulas nafas yang ku berdiri masih
teruslah terhela biar nian selisih
walau sedutan rasa melirih
moga keramat membawa yang pedih
kuasa Tuhan kau tak mampu memilih.

Moga nanti kau tidak lupa,
satu rasa ini kau minta bersama
moga terus tertuai selama
sabar kan ku junjung sampai bila-bila.

Moga setiap lukaku pada tohmah dunia, 
akan ada seribu jiwa bersinar dengan petunjukNya.

Moga selamat kita di sana.

Kita Perlu Lebih Kuat Usaha

Saturday 21 September 2013


Terjaga. Samar-samar lampu jalan menyelit melepasi celahan birai jendela. Gapai handset. Jam 3 pagi. Katil sebelah kosong. Mana dia?

Baru teringat. Sepertiga malam. Berat kaki diatur ke bilik air. Tiba-tiba terhenti di ruang tamu. 

Dia sedang bersujud. Lama. Dahinya rapat ke lantai. Dengar sendunya. Bagai terasa air matanya yang jatuh sebutir demi sebutir di lantai sejuk. Bukan tidak pernah dia begitu. Tapi entah, kali ini bagai terasa beban rasa yang dia tanggung umpama gunung yang menghempap serangkai jiwa.

Kaki bagai terpaku.

Usai dia beri salam. Menghampiri.

" Kenapa? "


 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)