Powered by Blogger.

Demi Cinta Zainab Binta Rasulullah [ II ]

Thursday 13 June 2013


P/S: Kalau tak baca lagi kisah Zainab bahagian pertama, jemputlah baca dulu di [ SINI ]. Senyum.

....................................................

Zainab sangat bahagia menyambut si suami yang di rindui telah pulang ke rumah. Baru terasa ingin melepaskan rindu, Abu Al-'As lalu melontar bicara,

"Saya perlu menjauhi awak, duhai kekasihku, Zainab."

Hati si isteri ketika itu sungguh terluka, lalu membantah,
 "Tetapi, awak baru sahaja pulang. . ,"

Namun, Abu Al-'As membalas dalam ketegasan yang turut melukakan hatinya,
"Bukan saya yang perlu pergi kali ini, tetapi awak, wahai Zainab."



Lalu di ceritakan lah tentang permintaan si ayah yang sedang menunggu puterinya di Madinah, dan turunnya perintah larangan dari Rabb Pencipta. Hati si suami sungguh pedih, namun bukanlah namanya Abu Al-'As jika tidak berpegang pada janjinya.
Zainab pula bercampur-baur rasanya, bahagia dan gembira kerana hijrahnya yang tertahan selama ini dapat di tunaikan, dan kecewa kesedihan kerana suami yang di cintai masih belum terbuka hatinya untuk memeluk islam.

Segala persiapan telah di buat untuk berangkat. Abu Al-'As tidak sanggup untuk menghantar isterinya pergi. Lalu, diamanahkan kepada adiknya, Kinanah bin Ar-Rabi', untuk menghantar Zainab ke suatu tempat sejauh 8 km di luar Mekah, dan di sana Zaid bin Harithah akan mengambil Zainab untuk di bawa ke Madinah, bersatu dengan umat islam di sana.

Namun, dalam perjalanan ke sana, lelaki-lelaki daripada kalangan kaum Quraisy yang masih berdendam terhadap umat islam atas kekalahan mereka dalam Perang Badar, telah mengejar Zainab dan adik iparnya, Kinanah. Habbar telah menombak unta yang di naiki Zainab, sehingga terjatuhlah Zainab dari atas unta itu. Zainab yang ketika itu sedang hamil, telah keguguran. Kinanah pantas bertahan di hadapan Zainab, dan mengeluarkan panahnya, lalu berkata,
"Jika ada sesiapa berani menghampiriku, maka akan ku tusuknya dengan panahku ini"

Ketika itu, datanglah Abu Sufyan, dan menjelaskan bahawa jika mereka tidak menghalang penghijrahan Zainab yang terang-terangan di siang hari, sangatlah kelihatan bahawa kaum mereka adalah pengecut, setelah kekalahan besar dalam Perang Badar. Keangkuhan masih berakar umbi dalam jiwa mereka. Lalu, Abu Sufyan meminta agar di hantar Zainab pada waktu malam dan secara tersembunyi.

Maka, pulanglah Zainab kembali ke rumahnya dalam kesakitan akibat pendarahan ketika gugur. Abu Al-'As setia merawat isterinya yang tercinta dengan penuh kasih-sayang. Lalu, setelah sembuh, Zainab dihantar ke Madinah dalam pekat malam. Terpisahlah dua jiwa yang saling mencinta, namun atas cinta Yang Lebih Utama, maka di korbankan rasa di jiwa. Zainab rela berpisah dengan si suami, asalkan tidak berpisah dengan iman di hati.

Pada suatu hari, rombongan dagangan Abu Al-'As telah di tangkap oleh umat islam, dan dirampas segala harta dagangannya. Beberapa orang telah di tawan, namun Abu Al-'As telah berjaya meloloskan diri. Dalam pekat malam yang sunyi, Abu Al-'As ke rumah bekas isterinya, Zainab untuk meminta perlindungan. Zainab sangat terkejut dengan kehadiran insan yang sekian lama menjadi kerinduannya. Namun, Zainab tahu bahawa di antara mereka telah ada garis pemisah. Mereka bukan lagi suami isteri yang sah.

Berkatalah Zainab dalam suara yang payah,
"Selamat datang wahai sepupuku, selamat datang wahai ayah kepada anak-anakku, Ali dan Umamah."
Lalu, Zainab telah memberi perlindungan kepadanya. Keesokan harinya, Zainab telah mengumumkan bahawa beliau telah melindungi Abu Al-'As kepada seluruh penduduk islam Madinah.
Rasulullah sangat terkejut, namun akhirnya membenarkan,
"Wahai anakku, berilah perlindungan kepadanya, namun jangan sesekali melebihi batas, kerana kamu bukan lagi yang halal untuknya."

Dan berkatalah Rasulullah kepada para sahabat,
"Jika kalian ingin memulangkan kembali harta dagangan itu kepada Abu Al-'As, itu lebih baik dan lebih aku sukai. Namun, jika kalian enggan, itu adalah hak kalian."

Akhirnya, para sahabat bersetuju untuk memulangkan seluruh harta rampasan itu, walaupun harta yang sekecil-kecilnya. Indahnya kecintaan para sahabat terhadap apa yang di cintai Rasul mereka.

Abu Al-'As telah merasa sesuatu di hatinya apabila melihat qudwah para sahabat, dan keindahan islam. Namun, di tahan perasaan itu. Lalu, kembalilah Abu Al-'As ke Makkah dan memulangkan segala harta penduduk Mekah yang di amanahkan kepadanya untuk di niagakan.

Setelah itu, beliau memanjat bukit yang tinggi, dan berkata,
"Wahai kaum Quraisy, bukankah aku telah menjaga kepercayaan kalian terhadapku?"

Mereka menajwab,
"Ya, kamu telah melakukannya."

Lalu,dengan tegas dan penuh keberanian, di hadapan orang ramai ketika itu, Abu Al-'As telah mengucapkan kalimah syahadah, lalu berkata,
"Tidak ada yang menghalangku untuk memeluk islam, setelah aku memulangkan harta kalian, dan menjaga amanah kalian terhadapku."

Lantas, beliau terus memacu kudanya ke Madinah, dan berkumpul bersama orang-orang isalm membina kekuatan di sana.

Bercucuranlah air mata Zainab menerima kembali kehadiran suami tercinta ke pangkuannya. Doanya saban waktu tidak di sia-siakan Allah. Bergembiralah Rasulullah dan seluruh umat islam tatkala Abu Al-'As mengungkap kalimah syahadah yang telah sekian lama mengetuk tangkai hatinya.

Takdir Allah mendahului segala. Setahun selepas itu, Zainab di panggil menghadap Allah, akibat kesan-kesan kegugurannya suatu ketika dahulu.

Ketika ingin mengebumikan Zainab, Rasulullah telah turun ke kuburan anaknya yang menghadapi masalah, lalu berdiri di hujungnya dengan wajah yang lega, sambil berkata,
"Aku telah meminta kepada Allah untuk tidak menyempitkan dan meyusahkan alam kuburnya, atas segala kelemahan dan kesusahannya didunia, lalu Allah telah mengkabulkan doaku."

Pergilah Zainab meninggalkan dua cahaya matanya, yang sangat di sayangi Rasulullah. Pergilah Zainab meninggalkan suami tercinta, yang sering mengenang masa-masa indah mereka. Kerana cinta, akhirnya Allah satukan mereka kembali atas nama islam. Cinta mereka lebih hebat dari Romeo dan Juliet, mereka tidak mudah mengalah membunuh diri kerana cinta. Malah, mereka menjadi kuat dan bertahan kerana cinta. Kerana cinta mereka bukan sekadar cinta untuk bersama di dunia, namun untuk terus bercinta hingga ke syurga.

Cinta Zainab Binta Rasulullah.


No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)