Powered by Blogger.

Khemah anda bagaimana?

Monday 11 February 2013



     Salam serta segala puji bagi Allah, Si Kekasih, yang telah menciptakan berbagai makhluk, dan mengangkat makhluk yang bernama manusia itu sebagai khalifah, lalu mengutuskan insan mulia bergelar Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul dan penunjuk jalan, serta alQuran sebagai nur dan penerang buat mereka yang sungguh2 meyakini.

AllahuRabbi :')

     Perjalanan pulang dari Amman ke Irbid 2 minggu yang lalu, melewati sebuah perkhemahan pelarian Syria. Menyentap hati melihat mereka yang masih bernaung dalam khemah serba dhaif dalam sejuk salji yang menggigit. Sedang kita terlalu banyak menikmati nikmat yang penuh kenimatan , melimpah ruah tanpa di pinta, hingga kadangkala terlupa untuk bersyukur. Ucap Alhamdulillah bangun tidur setiap pagi pun mungkin sering terlupa. Saya lah tu. Bukan anda.

Angkat kening.

     Melihat khemah-khemah serba daif mereka, saya mula membayangkan sebuah khemah. Khemah apa? Khemah islam saya. Lalu , terdetik sebuah kalam bicara Rasulullah s.a.w.,

Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Islam di bina atas lima rukun . Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t, dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan berpuasa pada bulan Ramadhan"

(Bukhari dan Muslim)

        Maka, islam itu wajarlah di ibaratkan seperti khemah, yang padanya ada 5 tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah, manakala yang empat penjuru lagi di pegang oleh empat rukun islam yang lain. Kalau nak berbicara tentang Syahadatul Haqq itu, pastilah masing-masing sudah cukup akur dan faham tentang mulianya dan beratnya dua kalimah itu, penyaksian yang menjadi saksi iman hingga saat kaki menjejak pintu syurga. Wajarlah maqamnya sebagai tiang tengah, runtuh yang tengah , berdirilah macam mana pun tiang yang lain, tetap khemah akan runtuh. Tapi kalau goyah tiang yang penjuru sahaja, khemah tetap dapat di tegakkan, tapi cuba bayangkan macam mana rupanya? Pejam mata. Anda suka eh? Taste anda lah tuh. Saya tak. 

Gelak kejam. Bergegar.

     Tapi, yang ingin saya hikayatkan, adalah hal yang satu lagi itu. Yang mana? Yang bernama solat itu. 

Solat. 

Yang amat berat KECUALI BAGI YANG KHUSYUK DAN SABAR. Gulp. Nak calling2 dengan Tuhan pun rasa berat amat. Khusyuk dan sabar tu boleh lah di anggap macam kad topup untuk memudahkan call Dia, mengadu masalah. Macam call pacaran lah, tak de topup, susah lah nak call, bukan tak boleh, boleh je pinjam henset kawan sejiran setangga, tapi x feel lah, cakap sekejap2 je, kan? Gedebuk sebijik.

      Malah , yang aula selepas iman, yakni Syahadatul haqq itu, adalah solat. Di kuatkan oleh hadis sohih, berbunyi, 
   "Sebaik-baik amalan yang di perintahkan oleh Allah kepada hambaNya adalah solah"

Senyum sampai hujung gigi.

      Jadi, jom kita sama-sama semak khemah islam kita, runtuhkah, senget sebelahkah, condong ke kiri kah, dah nak ranap kah? Erk. Khemah islam. Tempat berehat di Jannah Firdaus sebagai mahligai islam. Khemah di dunia, mahligai di syurga :)

       Atas janji yang terpatri untuk ke syurga bersama-sama, ayuh selamatkan khemah islam kita. Andai khemah islam saya yang hampir roboh, mohon pinjamkan tukul, paku, skru, apa sahaja yang mampu di gunakan untuk menyelamatkan, dan saya pun, in shaa Allah akan berbuat begitu bila tiba giliran khemah anda yang di tiup taufan Katrina dan seangkatan dengannya.

Allahumma solli 'Ala Saiyidina Muhammad.

      Jumpa lagi di syurga!




No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)