Powered by Blogger.

Kisah Dia dan Tarbiyah.

Sunday 8 September 2013

Jari bertindak lebih dahulu dari akal.

Jiwa si dia dan muzik tak mampu dipisahkan. Ibarat lihat bunga tanpa tangkai. Hilang seri. Ayahnya ustaz ajar budak-budak kampung fardhu ain, ibunya mengajar mengaji di rumah usang mereka. Tapi ah, iman itu bukan benda, boleh letak dalam wasiat untuk diwarisi. 

Minat dia dan abangnya lain. Jiwa mereka jiwa muzik seni. Segala gig dan band yang ada diredah.  Zaman itu, tengah panas dengan westlife. Tapi, jiwa mereka tetap dengan Backstreet Boys. Dari zaman BSB rambut mancis, video klip terbalik-balik kerusi, sampailah zaman matured band tu, zaman dah boleh flip-flip rambut kejung dengan angin sepoi-sepoi. Setia.

Si anak selesa dengan jeans skinny nya di sisi seorang ibu yang bertudung labuh. Biar banyak mata memandang, si anak tak pernah mahu ambil tahu. Dan si ibu dan si ayah masih gagahkan sekelumit bibir usang tersenyum penuh manis. 


Ayah dan ibu itu juga setia. Setia dengan nasihat tak pernah jemu menjengah telinga. Biar cuma dibalas anggukan kepala, si ibu tetap juga setia mengetuk pintu hati si anak, si ayah tetap juga setia dengan rotan di tangan bila sesekali terpaksa. 

Si anak itu patuh. Tak pernah membantah. Tak pernah meninggi suara. Tapi patuhnya cuma pada kata, bukan pada tingkah.

Sehinggalah, tahun berganti tahun. Si anak makin menginjak usia dewasa. Si ayah semakin bertambah kerutan pada sebidang dahi, lekuk pipi, dan garis-garis usia pada sekitar wajah tua. Si ibu telah dijemput berjumpa Tuhannya, bersama doa yang tak pernah putus dan nasihat yang tak pernah jemu buat si anak biarpun pada hari-hari terakhirnya. Setia.

Hati si anak penuh dengan kasih-sayang. Doa tak pernah lupa dikirim. Kasihnya buat orang tua tidak berbelah bahagi, namun tak kalah juga cintanya kepada gig, band indie, dan BSB nya. Tak kurang juga cintanya kepada jeans skinnynya, dan t-shirt tak cukup kain. Siapa peduli. Asal hati dia bahagia dengan caranya.

Sehinggalah suatu ketika, entah dari mana datangnya suara memanggil penuh lembut. Suara itu penuh cinta. Dia ingin berpaling, namun terasa sayang untuk biar suara itu hanya sendiri. Dan entah dari mana kekuatan yang Tuhan sudi pinjamkan juga, dia mampu pergi ke arah suara itu, melangkah dari segala kenangan semalam. 

Suara tarbiyah. Suara hidayah. 

Yang cuma kenal di hari ini, tak kan pernah sangka dia punya masa jatuhnya dalam lubang kelam. Tapi ada yang sudi memeluknya saat itu. Ada yang sudi memegang tangannya penuh debu. Menyelamatkan.

Hari ini dia lihat segaris senyum bahagia dari bibir penuh garis tua si ayah. Dia lihat sejernih wajah arwah ibu dalam mimpi. Meredhoi langkah-langkah hidup kini.

Andai dia mampu meminta, dia cuma mahu Tuhan maafkan dia. Dia cuma mahu berterima kasih buat dua jiwa yang terlalu berjasa. Dia cuma mahu merendahkan diri bersujud pada malam hari. Supaya Allah teguhkan seperca hati dan ubati sejuzuk jasad diri dia yang penuh dosa.

Jika dulu dia pernah dipeluk, maka hari ini dia ingin memeluk. 

Dia ialah empunya jari yang sedang menaip, empunya mata yang sedang menangis, empunya hati yang sedang mengharap.

Close your eyes, make a wish. That this could last forever.
If only time could stay with me now. -BSB-








No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)