Powered by Blogger.

Pemuda Manja Berkrim Lemak Manis

Wednesday 26 June 2013

Nikmati Masa Mudamu [KREDIT]


Suatu ketika Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” 

Khalifah Umar pun berkata:

“Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.

Mengapa dalam sekalian banyak impian, Khalifah Umar megimpikan para PEMUDA(Rijal)? Mengapa Khalifah Umar mengangkat darjat para pemuda lebih tinggi dari segala emas permata, lebih hebat dari segala wang melimpah.

Kerana pemuda yang di impikannya dalah pemuda-pemuda yang di rindui para penghuni syurrga. Pemuda yang di impikannya adalah pemuda yang telah memegang panji-panji agama.

Kita juga pemuda, tapi di mana kita bila islam di pijak?

Hidup pemuda perlu bercita-cita tinggi, perlu memandang sezaman ke hadapan. Tak boleh lembik. Tak boleh manja. Tak boleh sikit-sikit nak give-up, sikit-sikit tak tahan, sikit-sikit dah tension.
Kerana apa?

Pertama, kerana kalian bergelar pemuda. Pemuda perlu ada cita-cita yang paling tinggi dan berusaha ke arah itu. Jauh di atas cita-cita untuk menjadi doktor,dentist dan arkitek berjaya, mahupun menjadi suami dan isteri berkerjaya, kalian perlu kental mengimpikan syahid di jalanNya. Dan mana mungkin syahid dapat di capai dengan pemuda lembik manja berkrim, bukan?

Sepertimana tentera alFatih yang bergelar sebaik-baik tentera, mereka lebih teruja mengimpikan mati syahid, namun Sultan mereka menegaskan berkali-kali, kematian yang di kejar mestilah selepas musuh menyerah kalah. 

Malah, ketika segala idea luar alam yang di lontarkan Sultan alFatih di bangkang dan diprovok pembesarnya, Sultan mehmed alfatih membalas penuh keazaman,
“Aku bukan seperti generasi sebelumku. Aku adalah Sultan Muhammad AlFatih. Padaku ada keazaman yang dahsyat, yang tidak ada pada mereka.”

Kita pula, berangan-angan lebih, konon akulah harapan negara, bangsa dan agama ecehh, tapi baru panas sikit nak ke Jami’ah(university), dah berungut-rungut, ponteng kelas. 
Nak jadi ilmuwan, tapi malas belajar. Nak masuk syurga, tapi malas solat jemaah. Takut masuk neraka, tapi suka berehat-rehat.

Pemuda yang ada matlamat dan misi, akan bergerak laju, langkahnya cepat, tidurnya tidak lena, kerana dia ada sesuatu yang mengejar. Impiannya.
Kalau cuma pandai memasang misi, tapi bekerja malas, itu namanya berangan.

Kedua, kerana bergelar pemuda, kalian sedang melalui fasa tenaga yang sangat memuncak, dan keinginan serta semangat yang sangat tinggi,kehendak yang sangat membara. Masa muda adalah masa paling berharga antara dua masa yang lemah, iaitu masa kecil dan masa tua. Masa muda adalah masa yang paling sedikit tempoh waktunya.
Para pemuda di zaman sahabat menyedari hakikat ini, kerana itulah mereka sanggup berjuang, menuntut ilmu bermati-matian, mengkahtamkan alQuran satu malam, sanggup berpuasa ketika musafir, sering berjaga malam ketika masa muda mereka. Kerana mereka berpegang kepada satu prinsip,
“Biarkan aku ingin menikmati masa mudaku”. Mereka ingin menikati masa muda mereka untuk meraih redho Allah semampu mungkin.

Kisah Sultan Mehmed alfatih dan tenteranya, kisah Muadz bin Jabal, Kisah Mus’ab bin Umair, kisah Abdullah bin Umar, dan para pemuda yang telah menunaikan janji terhadap Allah, semangat dan keazaman mereka bukannya keajaiban, tapi kerana mereka punya kebiasaan yang mendidik. Kebiasaan mereka yang tidak mudah merungut, tidak berputus asa, cintakan berjihad, suka berjuang, sayangkan ilmu, kasihkan sunnah.

Kisah mereka bukan kisah magik, tapi kisah habit yang istiqamah dengan amal mereka.

Kita pula pemuda manja berkrim, tapi berangan nak ke syurga. Ah malunya.

Kita pemuda yang bila dimarah, rajuknya sampai seminggu. Kita pemuda yang bila di uji sedikit, lembiknya sampai berbulan.  Kita pemuda yang bila di goda sedikit, dah cair macam gula-gula kapas. Kita pemuda yang bila penat sedikit, dah merungut macam cicak tersepit. Kita pemuda yang bila di beri nikmat, jarang bersyukur.

Duhai pemuda, bangunlah dari lena panjangmu. Lihatlah dengan mata hatimu. Bekerjalah dengan sepenuh kudratmu. Jika benar kalian mengimpikan untuk berehat di taman syurga, maka beramallah untuk menuju ke sana. Moga di sana, kita akan bertemu dan bersua muka.

Kerana pemuda manja berkrim, bukan pemuda yang di rindukan syurga.



No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)