Powered by Blogger.

Jangan Buat Buta Mata

Monday 2 September 2013

Tubuhnya disandar pada dinding kaabah. Tanpa jemu, tanpa tahu rasa lesu, gigih berseru mengajak kaumnya menyembah Yang Satu. Ketika-ketika kalimat kebenaran melungsur dari bibirnya yang tidak pernah berdusta, memberi janji Tuhan Yang Pasti,

Fattabiouni! ikutilah ajaranku, agar kalian menjadi satu. Setelah itu, kalian akan menawan Rom dan Parsi.”

Namun, kaumnya membalas dengan sindiran dan lirikan mata yang memandu rasa hati yang angkuh. Dan yang bernama Muhammad bin Abdullah itu takkan pernah mundur. Kalaupun bulan dan matahari di letakkan di kedua-kedua tangannya, namun takkan dibiar kebenaran dari Tuhan jatuh bersujud pada angkuh si kuffar.

Bermula dengan kebenaran tanpa jemu dari Pesuruh Allah yang seorang, hingga islam yang mulia dipegang oleh sekian ramai makhluk manusia. 
Kerana usaha teguhnya yang seorang, kita dapat rasa rahmat islam.  
Kerana sabarnya yang tak tertandingkan, maka kita diberi peluang hidu harum syahadah. 
Kerana cintanya yang tak terperikan, kita diberi rasa manis iman.

Kerana apa lagi, jika bukan dari usaha kerasnya dan bantuan tidak putus dari Dia.
Usaha keras yang dimaksudkan benar-benar keras.

Ironi.
Sedang kita hanya suka dirahmati, tanpa mahu kuat usaha. 
Kita hanya suka tanam cita-cita ke syurga, sambil hirup secawan nescafe regular sambil menghadap Batman dalam tv.
Ceh.


Jangan buat buta mata. Tuhan ada. 

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)