Powered by Blogger.

Wa Laa Uffin

Thursday 5 September 2013


Antara tanda-tanda kecil hari kiamat, bila seorang ibu melahirkan tuannya.

Dulu kecil-kecil, saya selalu fikir, apa maksud melahirkan tuannya? Macam mana ibu nak lahirkan bos? Bos kan besar?

Akhirnya, murabbi saya beritahu, maksudnya ialah, ibu melahirkan anak-anak yang jadi tuan, senang cerita anak-anak kurang ajar, tak dengar kata, derhaka, layan ibu macam bibik kutip tepi jalan, si anak berlagak macam bos besar.

Oh gituuu. . .

Nak sembang common sense pun, zaman sekarang sikit sangat orang yang ada sense.

Jadi, ayuh cerita sense dalam islam. Islamic sense. 
Kot-kot ada yang tak tahu dalam islam dah cukup lengkap sempurna cerita tentang akhlak dari langit sampai bumi.

Apa kewajipan (wajib, bukan kesunatan), yang islam gariskan kepada anak-anak untuk ibu-ayah?

1. Setiap anak-anak muslim WAJIB mentaati ibu-ayah selagimana tidak melanggar perintah Allah.
Allah berfirman: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan.” [Al-Ankabut:8]

2. Setiap anak-anak muslim WAJIB menghormati dan berbuat baik kepada mereka dengan kasih-sayang, kesetiaan, dan penuh tanggungjawab.
Nabi S.A.W bersabda, : "Syurga di bawah tapak kaki ibu" [Riwayat An-Nasi'e]

3. Setiap anak-anak muslim WAJIB menyediakan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan tempat ibu-bapa untuk berteduh, apabial mereka sudah tua dan tidak mampu.
Nabi S.A.W bersabda, : " “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). 

4. Setiap anak-anak MUSLIM wajib menghormati rakan-rakan ibu-bapa sepertimana mereka menghormati ibu-bapa mereka sendiri.
“Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.
[Al-Israa':23]

Ayuh jadi anak muslim yang sebenar-benar muslim.
Jangan tunggu mereka pejam mata baru menangis menyesal, berbakti selagi mereka masih ada.
Dan kirim doa bila mereka sduah di sana.

Kita juga akan jadi ibu ayah bi iznillah.
Dan kita juga akan ke sana dengan kehendak Allah. Pasti.


1 comment

  1. " Redha Allah adalah pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah adalah pada murka ibu bapa. "

    Dikeluarkan oleh At-Termidzi dalam sunannya. Hadith no 1899

    (Kitab Al-Birr wa al-Solah, Bab berkenaaan keutamaan pada keredhaan ibu bapa)
    (Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith as-Shahihah)

    ReplyDelete

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)