Powered by Blogger.

Kita Perlu Lebih Kuat Usaha

Saturday 21 September 2013


Terjaga. Samar-samar lampu jalan menyelit melepasi celahan birai jendela. Gapai handset. Jam 3 pagi. Katil sebelah kosong. Mana dia?

Baru teringat. Sepertiga malam. Berat kaki diatur ke bilik air. Tiba-tiba terhenti di ruang tamu. 

Dia sedang bersujud. Lama. Dahinya rapat ke lantai. Dengar sendunya. Bagai terasa air matanya yang jatuh sebutir demi sebutir di lantai sejuk. Bukan tidak pernah dia begitu. Tapi entah, kali ini bagai terasa beban rasa yang dia tanggung umpama gunung yang menghempap serangkai jiwa.

Kaki bagai terpaku.

Usai dia beri salam. Menghampiri.

" Kenapa? "


Dia toleh. Butiran jernih masih bergenang di hujung bibir matanya. Kesan hujung telekung putihnya basah,

Dia senyum segaris.
"Kita digelar penjenayah dan dilayan umpama sampah masyarakat hanya kerana kita terlalu ingin menyampaikan dakwah di setiap rumah yang ada."
Sayu. Gemersik sebak.

Aku pandang matanya, "Sakitkah engkau diuji begini? "

Entah di mana salahnya, hingga soalan itu buat dia tersedu menangis kembali.

"Tidak. Aku tidak sedih kerana itu. Namun, aku terbayang entah bagaiman dulu Rasulullah bertahan dan bersabar dengan ujian yang lebih beban. Pada setiapnya, dia tetap tak pernah putus asa. Demi menyebarkan cahaya islam ini pada setiap jiwa hingga akhir zaman dunia. Sedang aku?"

Dan ketika itu, pipi terasa hangat. Basah.

Kita perlu lebih kuat usaha.

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)