Powered by Blogger.

Nikmati Hujan Sebelum Pelangi

Wednesday 13 November 2013


"Apa yang buat kau tsabat dengan jalan juang yang kau pilih ini?"

Sungguh. Soalan ini sama beratnya seperti memikul beban kerikil-kerikil yang bersatu menjadi gunung. 
Soalan 'why', bukanlah semudah menjawab soalan 'what?'. Jawapan untuk soalan why nampak tempangnya jika cuma direka-reka.

Makanya, untuk menjawab soalan ini, diamlah sebentar, dan tanya lapis hati yang paling tersorok.

Kenapa aku masih teguh berdiri, walau ditadah seribu caci, walau ditelan sejuta pedih, dan perlu dihamburkan madu manis, apa difikir mudah.

Salah seorang teman seperjuang yang saya hormati pernah memberitahu,

SAYA MAHU HIDUP DALAM PERJUANGAN YANG SAYA CINTAI

Jujur dan semanis rasanya, semuanya cintakan perjuangan. Bezanya, perjuangan apa yang kita bawa. 

Berjuang ertinya terkorban. Ada orang yang sanggup tidak tidur malam untuk tengok bola, itu pun namanya perjuangan. Ada yang sanggup berhabis ringgit untuk decorate rumah, itu pun perjuangan. Mereka telah korbankan tenaga, waktu rehat, duit ringgit untuk sesuatu yang dicinta. Tapi cuba tanya mereka bahagia atau tidak, mereka bahagia. Hebat bukan? 

Maka, para da'ie juga perlu mencintai perjuangan yang dibawa. Kerana hanya dengan cinta, kita tidak akan rasa terkorban dalam perjuangan. Tambah pula, perjuangan yang dibawa, untuk mengejar redho Pencipta. Sebagaimana nafsu buatkan kita rasa senang jika kita berkorban untuk hidup dunia,maka kita perlu tundukkan nafsu untuk rasa senang berkorban untuk hidup abadi di akhirat.

Lebih perit durinya, lebih manis rasanya. 

SAYA MAHU SETIAP JIWA MERASAI MANIS DAKWAH

Cuba koreksi diri. Sejauh mana dakwah dan tarbiyah ini telah menyelamatkan kita dari hidup berbantal nafsu dunia semata. Sekarang, lihat pula satu demi satu wajah di sekeliling kita, sayangilah mereka yang belum merasa manis yang pernah kita rasa. Tadahlah madu di pinggir bibir mereka biar sejauh mana mereka mengetap menolak. Sabarlah sehingga satu saat mereka mahu membuka mulut merasa manisnya madu yang kita bawa. Kita membawa manis islam. Dan kita mahu sebarkan kemanisan itu. Maka, bersabarlah. 

Kita tidak punya kuasa. Tetapi, kita punya sabar dan doa. Jangan berhenti sampai nyawa kita diminta. Biar di sana, kita merasai pula manis sabar yang kita pernah junjung bersama-sama. Yakini, hidup abadi kita, kita mahu habiskan di syurga Allah. Inshaa ALlah.

SAYA MEYAKINI JANJI ALLAH SAYA

Mana mungkin adanya janji yang paling ditepati melainkan janji dari Pencipta sendiri, 
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan bermacam-macam cubaan sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, :

"bilakah datangnya pertolongan Allah?"

"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
(2:214)

Wanginya janji Allah. 
Sunnatullah telah mengajar, telah berlalu para pejuang yang disakiti dengan pelbagai ribut cubaan, namun kata Allah, pertolongan ALlah itu dekat.

Dan kita wajib meyakini ayat ini. 

Perit mengajar kita kuat, dan makin teguh berdiri berlari, melompat ke langit. Sama seperti muscle-muscle kita, jika tak dikenakan beban, ia takkan membesar dan kuat, dan lemak-lemak malas yang akan berkumpul ambil-alih.

Bila terasa perit diuji, berbahagialah, kerana kita terpilih untuk menduduki ujian ke syurga!
Berjuang, dan jangan berhenti. Boleh jadi Allah rindu untuk mendengar tangis kita di sepertiga malam, memohon kekuatan dari Dia Yang Maha Kuat. 
Kita punya Dia, maka bertahanlah, sampai ketikanya kedua belah kaki menjejak pintu syurga denagn senyuman kemenangan, inshaa Allah.

SAYA MAHU MENJADI GHURABA'

Hayati syair ini,

Orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekeliling asyik bermain-main,
dan tetap berjaga ketika manusia di sekeliling asyik tidur dengan lenanya,
dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatan tanpa arah,

berkata kepadaku seorang sahabat, 
"aku melihatmu sebagai orang asing, diantara banyak orang ini, engkau tanpa teman "

maka aku berkata,
"Sekali-kali tidak! bahkan orang itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan, dan inilah jalanku"

Inilah orang asing itu. Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia diantara manusia.

Tetapi disisi Rabbnya, mereka berada di tempat yang mulia.

Rasulullah yang mulia yang kita cinta, moga kita bertemu Baginda, berpesan,
"Islam datang secara asing, dan akan kembali secara asing, maka beruntunglah buat orang yang asing" [Hadis Muslim]

Dan kita tidak bersendiri, kita berjalan bersama-sama. Ketika satu terkena duri, yang kedua akan hadir mencabut, yang ketiga akan datang memapah, yang keempat membawa bendera semangat. Kita junjung ukhwah fiLLah sebenar-benarnya.

Jangan patah semangat, kita mulia di sisi Rabb kita, jika kita membawa hati yang kental ikhlas berjuang.

NIKMATI HUJAN DAN NANTIKANLAH PELANGI, WAHAI DA'IE

Mana mungkin hadirnya pelangi sebelum datangnya hujan bukan? :)

Dan kita inshaa Allah akan bersabar untuk pelangi itu.
Dan kita pun sebenarnya cintakan hujan sebelum pelangi itu, kerana hujan sifatnya menyuburkan, 
dan pelangi itu membahagiakan.

"It is difficult to be patient, but to waste the rewards of patience is worst" -Abu Bakr(r.a.)


No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)