Powered by Blogger.

Disklaimer Tukang Masak Kepada Tukang Jahit.

Wednesday 19 June 2013



Ini pengakuan berani mati kepada tukang jahit saya.

Dia tukang jahit. Dan saya tukang masak. 
Pernah dia cakap dekat saya, 
"enti masak untuk ana, ana jahit baju untuk enti, okey?"
"Bingo!"


Selalu, bila waktu dia tengah sibuk potong kain, saya tengah sibuk selongkar kabinet dapur nak memasak. 
Bila dia mula bunyikan mesin jahit, saya mula menumis bawang, halia dan rakan-rakannya. 
Bila dia mula kelim baju, saya tengah masukkan ayam dalam periuk. 
Bila dia tension benang hilang, saya tension garam tak beli lagi. 
Tapi, bila saya dah selesai masak, dia tak selesai-selesai lagi siapkan baju. 
Wahahaha. . .bab tu saya menang.

Tukang jahit saya,
Ni disklaimer ni, mula-mula dulu kita memang tak sebulu. 
Awak cakap kucing, saya cakap belalang. 
Awak nak berguling, saya nak meniarap. 
Ahahaha. .  .,pernah saya tension sangat dengan awak waktu tu, sampaikan bila dengar suara awak waktu tu pun saya rasa macam dengar bunyi taufan Katrina. Sakit telinga. 
Tengok muka awak pun saya rasa macam nak terjun bangunan. Kehkehkeh. 
Tapi tu dulu lah. . ., sekarang ni saya sayang awak macam gula-gula kapas.

Tukang jahit saya,
Kita sangat kurang dari segi persamaan. Itu takde sape boleh nafi. Haha.
Mana taknya, saya ni jiwang tak semena, tapi awak boleh lagi buat muka cool bergaya. 
Saya buat lawak kononnya, tapi boleh pulak awak tanya, "Enti tengah buat lawak ke?". Cesss!
Saya nyanyi lagu mendayu-dayu, awak nyanyi lagu Negaraku
Tapi, yang berbeza itu yang buat hari-hari kita warna-warna. 
Dan err, saya tahu saya panas baran, tapi sekarang dah kool kan? Eheh!

Tukang jahit saya,
Di jalan dakwah, kita bertemu, berkenalan, dan bersahabat. 
Di lorong tarbiyah, kita selalu tertawa dan menangis bersama. 
Di saat saya terdiam seribu bahasa, awak tahu diam saya itu sedang menahan marah atau menahan sedih.
Di saat saya baring tutup muka dengan selimut, awak tahu saya sedang tidur ke sedang menangis. 
Tapi, maaf lah kalau saya tak dapat nak jadi sahabat untuk awak macam awak jadi sahabat untuk saya. 

Eh. Tapi, saya rasa saya dah jadi sahabat yang berjaya dan berkaliber lah. Sebab sebelum ni, kalau saya cakap "Uhibbuki fillah", awak buat muka kering je. Tapi, sekarang ni, dah pandai balas, "Uhibbuki fillah kaman." 
Kihkih. Awak tak tahu saya gelak guling-guling dalam hati.

Tukang jahit saya,
terima kasih sebab selalu ada waktu saya sedih, menangis, gelak bergolek, terjun bangunan, main sep-sep sama-sama, jahit baju sama-sama(kononnya lah), dan beli benang kat balad sama-sama. 

Jadi. . . . 
 untuk tukang jahit, 
saya bukan nak minta awak belanja saya syumam bil halib lepas baca ni,
saya cuma nak tanya,
"sudi tak awak tolong jahitkan baju raya untuk saya kat syurga nanti?"
Lepas tu, saya masakkan ikan sardin campur kicap dengan telur goreng untuk awak. Nak tak?
Jangan jawab depan saya tau, maluuu. . wahaha.. 
jawab dalam doa eh. . 
:D



P/S: Oh terlupa, awak tak jahit lagi baju kurung raya saya, yang kaler putih bunga kecik-kecik kaler hitam tu. Ehehehe :D




With lots of love,
Tukang masak.










No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)