Powered by Blogger.

Kerana Aku Telah Jatuh Cinta :)

Thursday 10 January 2013

                                          Kerana aku telah jatuh cinta.

Ya. kerana itu. Kerana aku telah jatuh cinta , aku merasa dunia yang di jejaki hampir ke angka 20 tahun ini baru terasa rohnya, Kerana sebuah cinta , nafas yang aku sedut selama berdekad ini baru terasa nikmatnya, Dan kerana sebuah cinta , segumpal daging yang bernama hati ini baru terasa indahnya.

Betapa Kekasihku selalu ada, tatkala terluka, ayat cintaNya memujuk jiwa. Bila hampa, kasihNya datang menyejuk jiwa. Bagaimana mungkin si hamba yanng hina ini tak terjatuh cinta lagi, pada Tuhannya yang setia memberi bahagia.


Paginya, hati terkenang dia yang telah lama pergi. Hening pagi yang seharusnya di isi cuma antara aku dan Dia, di cemar dengan ingatan kenangan semalam.

Hati mula merintih. Betapa aku hamba tak tahu bersyukur. Sungguh. Tak sedar diri berpijak di bumi Tuhan. Tak kenang bahawa jantung yang berdegup itu pun dengan izin Tuhan. Lalu , surat cinta dariNya di baca untuk menyembuh luka. Dan. . , benar, seperti DIa berbicara untuk memujuk hambaNya yang hina ini,  ayat pertama yang di baca benar2 menyentuh hati, mengalir bersama tangisan cinta. . ., Al-Insaan:22

firmanNya: "Inilah balasan untukmu, dan segala usahamu di terima dan di akui oleh Allah. "

Allah. . .  :')

Esoknya, jam 3 pagi , Dia mengejutkan aku dari lena, 3 pagi, dengan berita menggugah jiwa, memberi hampa, final exam di tangguh, cuaca di Irbid, Jordan terlampau sejuk, hati memberat,  dalam hening pagi itu, aku berdoa,
"Allah. . ,pujuklah hatiku dengan kasihMu. . , turunkan lah salji agar hadirnya dapat memberi secebis bahagia. . "
Walau hati tahu harapan sangat tipis, Irbid telah 5 tahun tidak di hadirkan salji dalam musim sejuknya. . ,namun kuasa Kekasihku itu mengatasi segala, petang hingga ke malam, salji cukup lebat, sejenak memegang salji di celahan jari benar2 telah membahagiakan. terlupa segala duka. Sungguh.Bagaimana lagi mungkin hatiku tidak jatuh cinta?


yuhuu. . ,salji. . . !

Alhamdulillah. . ,terima kasih Allah memujuk jiwa. . 


Malamnya pula, berita itu benar2 menggugah jiwa, benar2 membuat hati kecewa, kerana cinta manusia, bila hati benar2 ingin berlari dengan bergaya ke syurga, cinta manusia datang menguji, kasih yang dipendam sedalamnya, di tahan dari dibicarakan oleh kata bicara, demi menjaga sebuah kesucian syariat ,akhirnya benar2 telah menusuk jiwa , buat pertama kalinya, semalam. Lalu Dia datang memujuk lagi, bila tiba2 mata tertancap pada sebuah kata di laman fb,

"Jika dirimu redho dengan kekecewaan yang Allah uji, maka yakinlah, bahawa Allah akan hadirkan hadiah yang lebih baik untukmu sebagai ganti." (lebih kurang macam tu lah bunyiknya. . xingat sebijik sangat)

Dan buat dia,


 Dan jika kita tidak bertemu di dunia, moga bertemu di syurga. Atau ada yang lebih baik untuk kita. Kerana , maaf, aku telah jatuh cinta dengan Tuhanku. . 


AllahuRabbi. . ,cintaNya benar2 memujuk jiwa.. ., .Menangis.

-Jundullah-

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)