Powered by Blogger.

warkah cinta buat Eminence

Thursday 10 January 2013

buat sahabat2 yang ikhlas ku sayangi kerana Allah,

saya kira, bahagia dengan nikmat salji yang Allah hadiahkan itu masih bertakung dalam jiwa-jiwa kita. Alhamdulillah. . ., Salam bahagia dan cinta dari Tuhan di bumi Symas benar2 telah menyentuh hati-hati kita, Terlupa sejenak segala duka. Terlupa sekejap tekanan final exam, bukan? Dalam ketika kita semua biasanya berada di meja study ,menghadap buku, lecture note, muka berkerut, status hapdet semua pasal exam, instag penuh gambar segala buku dan kertas, lalu Tuhan hadirkan rahmat dan cinta, hingga kita bergembira, dalam sejuk itu, segala kenangan terukir, perang salji, snowman, pohon2 memutih, mana mungkin kita terlupa segala kenangan indah itu, bukan?

Tapi, telah kah kita ucapkan syukur kepada Dia? sehingga saat ini berapa ramai yang telah menunduk sujud syukur atas rahmat itu?, sehingga ketika ini, berapa ramai yang telah bangun qiyam untuk menghamba diri pada dingin syita'? sehingga jam ini,berapa ramai yang rela berjalan ke masjid berjemaah ?
 "Bukan, bukan tak nak buat semua tu. . , sejuk lah. . , kalau tak sejuk, dah lama kitorang buat. . .,"
Jadi, bagaimana pula kita mampu bermain salji berjam-jam lamanya? sampai kaki kebas, tangan dah tak rasa tangan,tapi kita gembira, bukan? Tapi, kenapa bila kita tahu, Allah sedang menanti kita di sepertiga malam itu , Allah sedang menunggu kita untuk menyambutnya pada sepertiga malam itu, namun kita lebih memilih untuk berada di dalam hirom. Sedang kita cuma hamba dan Dia itu Tuhan, Tuhan yang Maha Mencipta, sedang terlalu lama menunggu cintaNya berbalas oleh si hamba, dan kita hamba yang hina, terus angkuh dan bongkak. Dan tahukah juga kita, ketika mana kita sedang di ulit lena, di ketika itu ramai lagi hambaNya yang berlari gagah merebut cintaNya, masih ramai yang berjuang pertaruhkan nyawa dan darah untuk bukti cintaTuhannya, dan kita telah jauh tertinggal di belakang. Masih layakkah kita untuk mengucap cinta buat Dia? Namun, Dia masih menunggu setia untuk menyambut kita ,andai kita ingin kembali. Dia masih menunggu dengan cintaNya. . ArRahmannya Dia. . . .

*menangis*

Sahabat, lenyapkanlah egomu, rasakan keindahan diri bertuhan, hidupkan kembali hatimu yang telah lama kau biarkan mati, apa kita gusar pandangan manusia, sehingga sanggup kita abaikan pandangan Dia? Sedang Allah dan Rasulullah pun tak terlepasa dari fitnah dan keji lidah manusia , apatah lagi kita manusia yang hina, lumrah bukan? Berjuanglah ketika sementara ini, untuk yang kekal abadi disana. .  carilah hatimu di tiga tempat, ketika mana dirimu mengahmba diri dalam solat, ketika lidahmu menutur kalam alQuran, dan ketika hatimu mengingati mati, namun jika tidak kau temui hatimu di sana, maka pintalah kepada Tuhanmu hati yang baru kerana itu tandanya hatimu yang telah mati.. , AllahuRabbi. . .:')

muhasabah bicara cinta Dia,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal".  (Al-Anfal;2)

Allah. . , telah berimankah kita? Atau cuma tahu mengucapakan Syahadatul Haqq tanpa mahu bersusah untuk perjuangkannya?

Merendahlah dalam sujud. Andai kita tak mampu memperjuangkan islam hingga saat kemenangannya, biarlah sekurang-kurangnya kita menjadi rantaian tangga untuk generasasi hadapan mendaki untuk perjuangkan kalimah syahadah yang agung.

Hentikan sebentar angan-angan baitul muslimmu, sungguh, untuk saat dan ketika kau masih belum bersedia, angan-angan itu cuma menjauhkan dirimu dari perjuangan. Yang seharusnya kau bina itu adalah individu muslim dalam dirimu, sebelum dirimu layak berbicara soal seterusnya. Yang kau ingin bina itu adalah generasi yang hatinya penuh semangat juang, lalu mampukah andai dirimu sendiri pun tak mampu nak mujahadah melawan nafsu. Pintalah dari Tuhanmu sekeping hati yang kuat untuk melangkah di jalannya, dan ketetapan hingga saat kita bertemu Dia.

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja keras, sekuat-kuat kerja menuju Rabbmu, maka kamu akan menemuiNya" (84:6)

*senyum bahagia*

Dan saya berbicara begini, bukan kerana saya telah begitu sempurna, malah serasanya saya lebih-lebih lagi banyak kekurangannya berbanding kalian, siapalah saya yang baru ingin bertatih-tatih mengenal Tuhan. Tetapi kerana saya ingin mencari kesempurnaan itu bersama-sama kalian. Sungguh. Kerana saya ingin bertemu lagi dengan kalian di syurga sana, kerana saya ingin lagi bermain salji bersama kalian di syurga sana, dan saya tahu saya telah berulang kali bercakap perkara yang sama sebelum ini, malah kalian akan selalu lagi mendengar selepas ini , tetapi saya tetap ingin selalu mengulang dan mengulang, agar kalian mengerti bahawa ini benar2 harapan saya, bahawa jikapun saya yang di pilih untuk ke sana dahulu, saya terlalu ingin menunggu dan menyambut kalian di pintu syurga, meski saya belum pasti benarkah di sana tempat tinggal saya. Mati itu pasti, hidup insyaAllah :)

"Allah, izinkan kami menghadapmu dengan cinta , dan sudilah kiranya Kau menyambut kami dengan cinta juga " Amin. .

-Jundullah-






1 comment

  1. dan sungguh,nikmat TuhanMu yang mana lagikah yang ingin kita dustakan?

    dan sungguh,cukupkah cinta berTuhan hanya sekadar bicara..namun perbuatan jauh dari segala kata..*headshot*

    jazakiLlah duhai bidadari syurga..andai benar Allah izikan kita bergurau senda lagi dalam salji yang memutih,ingin ku pilih di Taman Jannah sana..

    seputih salju,seputih itukah qalbu kita?Allah..Allah..Allah.. :')

    ReplyDelete

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)