Powered by Blogger.

Coretan Cinta Duka Malaysia

Thursday 7 February 2013


Assalamualaikum sejuta kasih,
Assalamualaikum berjuta cinta,
Assalamualaikum berbillion segala rasa yang bertandang di jiwa.

      Sejujurnya ana kaku utk menulis buat kali ini. Kaku kerana ana terasa dgn jiwa dan cinta ana. Jiwa dan cinta buat Si Kekasih yg ana rasa kian pudar dari hari ke hari. Lemahnya ana. Serasa malu utk ana memberi, sedang ana terasa ana yang patut perlu banyak di beri.

      Namun, ke mana lagi ana ingin terus berlari, bila ana tahu di sana Dia akan persoalkan tanggungjawab ana. Bukankah jalan dakwah dan tarbiyah ini yang telah menyelamatkan ana suatu ketika dahulu. Bukankah jalan dakwah dan tarbiyah ini yang telah banyak mendidik ana dari sekecil-kecil angka hingga ke sebesar-besarnya? Ketika-ketika ana sedang leka berjalan dengan asyik dan ghairah di jalan murka, lalu dakwah dan tarbiyah memimpin ana ke jalan cinta. Maka, haruskah ana berhenti memberi , bila ana tahu lebih ramai yang memerlukan dari di perlukan?

        Malaysia. 2 minggu ana pulang bercuti. Meninggalkan bumi Syams dan menjejak kaki di tanah air sendiri telah mengajar ana tentang banyak perkara. Jujur, hampir ana menangis melihat segalanya. Mana mungkin ana dapat tersenyum bahagia, menikmati udang masak lemak cili api masakan ayah ana, bila ana melihat satu demi satu insan2 yg ana sayangi tersungkur , jatuh berguling dari tingkat dua puluh pada hebatnya cinta dunia. Dan, yang paling ana sedihkan, ialah ana hanya mampu melihat, meski iman ana memberontak hebat. Sepertilah ana berkata, ana sayangkan kucing peliharaan ana, tapi ana biarkan dia lemas di hadapan ana tanpa ana berbuat apa2 utk membantu? Kejamkah ana?

Pejam mata.

         Hati ana terguris pedih. Terluka. Rupanya selama ini ana yang syok sendiri. Konon diri dah betul2 ingin berjumpa Tuhan dengan penuh cinta. Konon diri dah tak sabar tahap petala dragon ball nak jalan2 di syurga. Konon diri dah rasa jatuh cinta, beriang gumbira berbulatan cinta, berukhwah segala dengan para bidadari syurga. Dan , pulang ke Malaysia dua minggu menyedarkan ana banyak perkara, dan satu perkara yang paling mencalar-balarkan degup jantung ana ialah, ana tak layak pun untuk mengimpikan itu semua. Mana mungkin ana boleh berkhayal, berimpian sakan sampai JannahNya, sedang mereka2 yang ana cinta ana biar tergapai tanpa ana sedikitpun mahu menghulur tangan. Ana kononnya bergembira dengan dakwah dan tarbiyah di bumi Anbiya', namun bumi Malaysia ana biar gersang tanpa kalimah Pencipta utk di daulatkan. Kerdilnya ana selama ni.

          Ana mula menangis di hari-hari ana. Bukan menangis kerana mengaku kalah. Tangis ini, tangis syukur. Kerana Tuhan masih memberi lorong dan jalan kesempatan buat ana faham dan sedar, menggalas tugas Syahadatul Haqq ini bukan seperti menuai padi cuma, bukan seperti mengkaji cuaca, menduga-duga. Ana terlalu banyak bermimpi rupanya.

          Maka, ana cuma berharap pada nama Tuhan ana. Allah. hanya nama itu ana bergantung. Hanya nama itu ana memohon secebis kekuatan. Hanya nama itu ana berharap dapat thabat dalam jalan berjuang. Kerana kini, ana mula memahami, sunnah berjuang itu, peritnya cuma dapat di tanggung dengan berteman sabar, iman , dan taqwa.

          Moga dengan nama Allah juga, ana dapat bertemu kalian di syurga. Sementelah ana sendiri terasa terlalu jauh lagi untuk melangkah ,menghampiri gerbang syurgaNya pun ana terasa siapalah ana utk bermimpi seindah itu. Dan andai nafas ana setakat ini cuma, apalah jawapan yang ana mampu berikan buat segala hak-hak mereka yang ana abaikan. Namun, kerana ana cuma seorang hamba yang hina kepada Penciptanya yang Maha Agung, maka tempat manalah lagi yang ana ingin  harapkan untuk ana huni pada kehidupan abadi ana di kampung akhirat sana, melain syurga yang penuh redho dan cintaNya. Wahai Rasulullah, tunggu kami di sana. Sambut kami di pintu syurga. Hadiahkan kami sebuah senyuman pengubat luka. Kerana saya terlalu rindukan anda :') Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad wa Aalihi Muhammad. .

Menangis. Sujud. Merendah.



-Jundullah-

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)