Powered by Blogger.

Hero Kacak

Saturday 13 July 2013



"Aku dah cukup hensem kot, apa kes nak solat jemaah segala"

"Eh tak hilang pun la kekacakan aku ni kalau tak pegi usrah pun."

"Dah la tak habis-habis ngan daurah la, tadarus la, xpayah pun xpe, aku dah cecomel dah"

Tunggu. Sila baca ini dan fikir sekali lagi.

Saya ada seorang hero yang lebih hebat dan kacak dari anda. Jika anda dapat menandingi beliau ataupun sampai ke tahap setaraf dengan dia, maka baru saya akan mengakui kekacakan anda. Tercabar?


Beliau bernama Mus'ab bin Umair. Pemuda paling kacak, paling cantik pakaiannnya, paling cukup keperluannya, paling dituruti segala kemahuannya oleh orang tuanya, paling mejadi kegilaan para gadis rumaja yang cantik mahupun tidak. Er.

Namun, ketika sinar islam sampai kepada hatinya, beliau rela meninggalkan segala kemewahan dan kemegahan yang pernah beliau miliki. Beliau rela menggantikan pakaian mewahnya dengan ikat pinggang dari kulit kambing yang belum di samak.
Lalu kata Rasulullah,
" Kalian lihatlah lelaki yang Allah SWT terangi hatinya. Sesungguhnya aku menyaksikan ketika dia masih di sisi kedua orang tuanya, mereka sentiasa memberikannya sebaik-baik makanan dan minuman. Akan tetapi semua itu ia tinggalakan lantaran cintanya kepada Allah SWT dan rasulnya, sebagaimana yang kalian sendiri saksikan. "

Malah, ketika mana ibu yang dicintainya mogok lapar kerana mahu beliau kembali menyembah berhala, dan ibunya ketika itu sedang sangat lemah nyawa-nyawa ikan, namun tahu apa kata beliau,

"Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali."

Hati si ibu hancur luluh. Lalu, Mus'ab dihalau dari rumah. Beliau hidup dalam kemiskinan, namun ke'izzahannya terhadap islam tidak pernah berkurang.

Ketika perang Uhud, Mus'ab adalah pemegang panji(bendera) islam. Ketika umat islam tewas di peringkat pertama dalam perang itu dan keadaan kucar-kacir, dan berita tentang Rasulullah telah syahid tersebar, Mus'ab masih di tempatnya memegang dan mengibarkan panji islam sambil melaungkan dengan penuh keimanan,
'Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul'.

Ibnu Qamiah dari tentera Quraisy datang lalu menetak tangan kanannya yang memegang panji islam, lantas Mus'ab menyambut panji islam itu  dengan tangan kirinya. Lalu, tangan kirinya pula di tetak, Mus'ab tangkas memeluk panji islam dengan kedua tangannya yang kudung. Biar sampai ke hujung nyawa, namun untuk membiarkan panji islam jatuh rebah takkan sesekali.
Lalu, akhirnya syahidlah beliau setelah ditusuk dengan tombak.

Ketika ingin menutup tubuh syahid beliau, umat islam tidak mendapati sebarang kain milik beliau yang mencukupi. Jika ditutup bahagian kepala, akan terbuka bahagian kaki, dan begitulah sebaliknya. Sehingga bercucuran air mata Rasulullah.

Mus'ab bin Umair telah menunaikan janji kepada Allah. Beliau rela mengorban nyawa demi memastikan islam didaulatkan. Beliau rela pertaruhkan jiwa demi memastikan islam sampai kepada kalian pada hari ini.

Sungguh saya menitis air mata ketika menulis ini. Saya dan kalian belum kacak anggun bergaya, jika tidak mampu menjadi seperti Mus'ab.


Fikir sekali lagi.

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)