Powered by Blogger.

Ucap dan Buktikan Cinta

Tuesday 4 June 2013

Cinta.
Tanyalah mana-mana insan yang bergelar sebaik-baik kejadian itu, siapa yang tidak faham atau tidak pernah merasa erti cinta. Malah, hidup dan bernafasnya di bumi itu pun atas cinta Tuhannya.


Cinta itu suatu nikmat yang sangat indah dari Allah buat hambaNya. Dari cinta, maka si ibu sanggup berjaga malam dan berlapar demi anaknya. Kerana cinta, si sahabat terasa bahagia dengan sahabatnya. Atas nama cinta, para mujahid islam sanggup kehilangan keluarga, harta, mempertaruh nyawa dan jiwa demi mendaulatkan islam. Cinta membuat si hartawan Abdurrahman al-Auf sanggup melaburkan hartanya ke jalan islam demi memperoleh janji Tuhannya. Cinta menjadikan Bilal bin Rabah rela di siksa di tenagh bahang panas demi meraih redho Rabbnya. Cinta menukarkan Mus'ab bin Umair daripada si kacak bergaya kaya menjadi si miskin demi mendaulatkan adDeen tercinta.

Namun, andai benar cinta itu anugerah, mengapa masih ramai anak luar nikah yang terlahir atas nama 'cinta'? Mengapa masih bertimbun kes zina dan khalwat yang termaktub atas nama 'cinta'? Mengapa masih berbukit insan yang sanggup terjun bangunan kerana putus 'cinta'? Anugerahkah jika begitu?

Maka, cinta yang hakiki itu, cinta yang bernama nikmat dan anugerah itu, bukanlah cinta yang menurut nafsu, yang menurut kata hati berpandu bisikan syaitan. Sandarkanlah kembali cinta atas nama Tuhanmu, Allah arRahman arRahim. Di sanalah nikmat cinta.
Bercintalah untuk memperoleh cintaNya.

erk kak. . tapi cemana nak memperoleh cinta Allah?

Allah Ta'ala berfirman:
"Katakanlah- wahai Muhammad, jikalau kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku,
nescaya Allah mengsihi dan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang," (ali-lmran: 31)

Dan, kalian boleh memilih untuk memiliki cinta Allah atau cinta dunia. Pilihan di tangan anda. Tapi, baca ni dulu,


"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."  (QS. 5:54)

Gulp. Eh dik, jangan nangis lagi. Tahan sikit.

Di cintai Allah ini sangat hebat nikmatnya. Allah bila mencintai hambaNya, maka sesiapapun yang memusuhi hamba yang di cinta itu, akan turut di benci oleh Allah. Subhanallah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhya Allah ta’ala berfirman: "Sesiapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrub seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi "- hadis riwayat Bukhari.

siapakah wali Allah yang di sebut-sebut ni?

kalamullah sekali lagi menjawab:
“Tidak ada yang dianggap sebagai kekasih Allah, melainkan orang-orang yang bertaqwa kepadaNya.”

Ringkas. Menyeluruh. Wali Allah itu ialah mereka yang bertakwa.

Maka, mengikut hadis ini, anak tangga pertama untuk di chentai Allah ialah mendekatkan diri dengan Allah dengan menunaikan segala kewajipan yang fardhu dengan sesungguh hati, jiwa dan raga dan penuh feeling.
Setel yang tu dulu, kemudian sempurnakanlah pendekatan diri kepada Allah ini dengan menaiki anak tangga kedua, iaitu melakukan perkara-perkara yang sunnah.
Andai kedua-dua ini berjaya di laksanakan, maka akan ternyatalah cinta Allah pada hambaNya.
Bila seorang hamba telah dekat dirinya dengan Allah(taqarrub biLLah) dan Allah pun telah menyatakan cintaNya buat hamba ini, maka baik pendengarannya, penglihatannya, 
tindakan tangan dan kakinya semuanya selalu mendapatkan petunjuk dari Allah, selalu 
diberi bimbingan dan hidayat serta pertolongan oleh Allah.

Senyum. Nangis sedu-sedu.

Hidup akan terasa lapang dan mudah bila tujuannya cuma cinta Allah. Bila hati lapang dan bebas dari hal-hal kecintaan terhadap dunia, bukankah Rasulullah telah bersabda:

Maksudnya:"Jika Allah mencintai seorang hambaNya, Dia memberitahu kepada Jibril:'Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia'. Jibril pun mencintai si fulan tersebut dan kemudian dia menyeru di kalangan penduduk langit:' Sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan, maka cintailah dia'. Seluruh penduduk langit pun mencintai si fulan tersebut. Kemudian, seluruh penduduk bumi juga di jadikan mencintai si fulan tersebut."  
(AlBukhari dan Muslim)

Indah bukan? Di cintai Allah bererti di cintai oleh seluruh alam semesta. Sedangkan meraih cinta manusia takkan bawa ke mana.

Siapakah Diantara Manusia Yang Dicintai Oleh Allah itu?

1. Attawabin Orang-orang yang bertaubat (2:222)
2. Almutatohirin Orang-orang yang suka bersuci (2:222)
3. Al-Muqsitin Orang-orang yang adil (5:42)
4. Al-Mutaqin Orang-orang yang taqwa (3:76)
5. Al-Muhsinin Orang-orang yang suka berbuat kebaikan (3:134)
6. Al-Mutawakilin Orang-orang yang bertawakal kepada Allah (3:159)
7. As-Sobirin Orang-orang yang sabar (3:146)


Jadi, mengapa masih berlengah malas duhai mujahid-mujahidah sekalian? Bukankah kita ingin berehat di taman syurgaNya? Bukankah kita ingin bertemu mesra di pasar SyurgaNya? 

Bangunlah! Qum! 
Peganglah obor agama ini ikhlas kerana Tuhanmu. Janji Allah sentiasa bersama mengiringi setiap langkahmu. 
Usah gelisah dan gentar. Perlindungan Allah sentiasa menaungimu sehingga ke syurga sana.

Satu hadis ini benar-benar berjaya mencucuk jiwa, hati, dan peparu saya,


Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah pernah mengutuskan seseorang untuk mengetuai pasukan perang. Ketika solat, beliau gemar mengakhiri bacaan solatnya dengan surah al-Ikhlas. Ketika telah kembali, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda:


Maksudnya:"Cuba kamu tanyakan kepadanya mengapa dia melakukan perbuatan sedemikian." Ketika mereka menanyakannya, dia menjawab,"Aku melakukan hal itu kerana surah tersebut mengandungi sifat Allah yang Maha Rahman dan kerana itu aku suka membacanya." Mendengar jawapan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;"Khabarkan kepadanya bahawa Allah mencintainya." (Bukhari dan Muslim)


Bahagialah jiwa si hamba bila menerima khabar cinta dari Pencipta. 


Cinta dari Allah buat hambaNya Maha Indah. Sungguh. 



Rujukan: Riyadhus Solihin





No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)