Powered by Blogger.

Duhai akhowatku sayang. .

Saturday 30 March 2013

    Duhai akhowatku sayang,
Susahkah untuk kalian mengerti
bahawa aku benar-benar menyayangi,
Payahkah untuk kalian memahami
bahawa aku benar-benar mengasihi,
Aku berbicara bukan sekadar ingin kalian menadah telinga,
Menyambut dengan senyuman semata,
Aku sangat terima jika kalian ingin mencaci cerca,
Namun,
melihat esoknya kalian mengubah tingkah,
melalui jalan redho dan taat,
sudah cukup mengubat luka. .

    Duhai akhowatku sayang,
Andainya kalian mengerti,
bahawa bagaimana hari-hari dan fikiranku,
memikirkan kalian,
bagaiman akalku sibuk mencerna,
setiap cara dan usaha
yang masih mampu ku kerah pada tubuh lemah ini,
untuk membawa kalian berjalan bersama,
Namun, setiap kali itu aku tersungkur,
Sakit ngilu di hati,
Serasa telah kering segala air mata. .

     Duhai akhowatku sayang,
Aku sungguh gusar,
Andai kita cuma mampu bersenda ketawa,
Bertanya khabar gembira,
Bersahabat mesra,
di dunia yang sangat sementara,
Lupakah dirimu pada firman Allah kita,

"Pada hari mereka melihat kehebatan hari kiamat,
mereka merasakan hidup mereka di dunia,
cuma seperti waktu pagi dan petang sahaja. . "(AnNaziat:46)
Dunia cuma sementara sayang. .
Berbaloikah untuk mengerah tenaga
semata untuk hidup mengikut acuan dunia?

     Duhai akhowatku sayang,
Sedang aku terlalu ingin bertemu lagi dengan kalian di syurga sana,
Berpegangan tangan. ,
Menghirup air alKauthar,
Bersama para huurun ain dan wildan,
Mendengar ucapan salam dari Tuhan,
Berteduh di pohon yang rendang,
Indahnya tak terbayang di akal fikiran. .

     Duhai akhowatku sayang,
andai kalian menyedari,
betapa aku mengintai gerak kalian dari segenap yang ku mampu,
Bukan kerana ingin mencari salah,
Bukan!
Namun, kerana aku terlalu kasih dan cinta,
Terlalu ingin tahu keadaan kalian,
bagaimana ujian dunia telah membawa hati-hati kalian,
dan setiap kali itu aku selalu kecewa,
Menangis melihat yang aku harapkan, kadang semakin pudar. .

     Duhai akhowatku sayang,
Kembalilah sayang , pegang eratlah tanganku
Genggam kemas jari-jemari kita,
Sambutlah kasihku,
Aku bukanlah si malaikat yang suci dari dosa,
Bukan juga si bidadari yang sempurna,
Aku cuma manusia,
Yang Tuhanku ciptakanku dengan hati,
Punya akal, iamn, dan nafsu,
Yang pada ketika-ketikanya tersasar dalam bertindak,
Namun, doaku. .
jikapun ada dosaku,
Moga itu bukanlah sebab menjadi penghalang,
hidayah buat kalian. . .

     Akhowatku sayang,
Sudikah kalian berjanji,
bahawa jika salah satu dari kita yang pergi dahulu,
tunggulah yang lain di pintu syurga,
untuk itu,
genggamlah tanganku. . .
Andai ada yang sudi. .
berteman di kampung akhirat sana yang abadi. .




No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)