Powered by Blogger.

Silalah pergi wahai jahiliyyah !

Friday 1 March 2013

Apa khabar cinta hati :)
Apa khabar iman :)
Apa khabar kerinduan buat Tuhanmu :)

Pertanyaan-pertanyaan sebegini sebenarnya lebih banyak menumbuk diri sendiri. Pedas. Pedih.

"Wahai Pemilik jiwa, peliharalah kami dari kejahatan diri kami sendiri"

Hmmm sebenarnya. . . .
Saya ada penyakit kritikal.

Doakan saya pelisss.

Saya gentar untuk membicarakan penyakit yang satu ini. Manakan tidak, penyakit ini adalah penyakit saya. Ya, saya tak malu mengaku. Memang saya berpenyakit. Maaf semua, mungkin masa saya dah tiba. Tsskk.Tsskk. Eh sori overacting.

Sebenarnya penyakit yang satu ini makin membarah pada ramai orang saya kira, cumanya. . .mungkin saya yang paling kritikal.
Penyakit apa hoi!
Penyakit hati.
Penyakit hati? Kanser hati mungkin??
Bukanlah.
Habis?? Cepatlahh!! Sakit apa???

.......................................

(talian hayat terputus)

......................................


haha. geram tak? baik2 saya nak beritahu lah ni, penyakit ape tu?

Penyakit Ujub.

Erk.

Anda. . . , anda pernah rasa diri anda baik tak? Pernah rasa yang semua orang kagum dengan anda tak? Rasa seperti ohh. .  andalah rijal yang hebat berjalan menyebar dakwah dan cinta, sedang orang lain anda pandang seperti 'elehh. . ,baru susah sikit dah mengeluh, cuba tengok dan contohi haku ni haa'. Pernah macam tu? Rasa seperti anda sahaja sedang berada di puncak Gunung Everest sementara orang lain masih di bukit Bendera? Wahhhhh Hebatnya anda ! Kagumnya saya !

Anda. . ., pernah tak terfikir, sejenak sahaja keburukan anda? Ambil pen, ambil kertas , listkan segala keburukan anda pada hari ini? Hari ni je. Segala. Sama ada yang orang tahu atau tak. Dari rasa tak puas hati kat orang, dengki, rasa diri best, pandang rendah kat orang, mengumpat, malas, solat main-main, tak menjaga pandangan, dan rakan-rakan jahiliyyah yang sama waktu dengannya. Silalah list sekarang. Eh, kenapa senyap. Buatlah. Ke dah rasa tak mampu?? Ohoii, waktu anda rasa hebat tu, mampu pulak anda?

Dush!
Tunggu. Tu baru penumbuk pertama. Jangan menangis lagi. Ada lagi lepas ni. Tahanlah. Anda kan hebat.

Gelak keji.

Baru sedar, kan. . Orang pandang dan bisik-bisik sama mereka,
 "tuuu. . tengok ikhwah tu. . , tsiqoh sungguh. . , solat jemaah selalu, pastu memang dia lah imam, bacaan pun mmg sedap amat lah, kalau majlis-majlis ilmu, daurah macam ni , memang dia lah paling on-time, banyak pulak tu ilmu yang dia kongsi, ohsem dan gojes betullah beliau".


Haha.

Dan kita pun kembang hidung yang sedia kembang. Tambah pula bila akhowat sebelah rumah mula berangan untuk letakkan kita sebagai calon pertama ehem nya. Hai lagilahhh. .

Makin bersemangat berdakwah. Makin bersemangat berbulatan gembira dan main tepuk amai-amai
Makin kuat ke daurah ilmiah segala. Niat yang awalnya lurus, dah mula bercabang-cabang.

Kerana manusia.

Kerana rasa anda lah yang terbaik. Ohhh ramainya yang mengagumi kehebatan dan ke'super'an anda. Hebatnya anda.

Nangis laju-laju.

Andakah begini? Saya? YA, saya mengaku saya memang begitu, anda mungkin tak.

Moga-moga Tuhan maafkan saya. Moga-moga Allah masih sudi menilai amalan saya walaupun sangat sedikit. yang sedikit itu pun banyak calar dan buruknya. Alahai. . . , masih adakah syurga buat saya?

Anda, jangan risau, ini bukan penyakit anda. (baca dalam nada perli)

Srraaappp!! Kilat sambar.Rentung.

Anda? Tunggu. Ada lagi penangan maut lepas ni.

Sebenarnya, kita nampak hebat dan baik, kerana Allah yang telah sembunyikan segala keburukan kita. Sungguh. Kalaulah setiap kali kita buat dosa, Dia calit satu calitan hitam , bagaimana agaknya? Sekali rasa menyampah kat orang, satu calitan. Sekali dengki, satu calitan. Sekali malas, satu calitan. Sekali ujub, satu calitan. dan lagi. . lagi. . lagi. . . , kalau begitu, saya rasa tak kan ada istilah orang putih kat dunia ni. Nak berjalan depan ramai orang pun malu.

Maka, ucaplah Alhamdulillah. Bukan bermegah.

Kunyah kaca. Krik.Krik.Krik.

Ada satu kisah zaman dahulu-kala. Ini kisah benar.

Ada seorang hamba Allah yang soleh. Dia beribadat dan terus beribadat setiap hari, setiap detik, dan cuma merayakan hidupnya pada hari sabtu. Dan, keadaan ini berlangsung selama 70 tahun. 70 tahun ye, kengkawan. Bukan 7 hari. Bukan 7 tahun. Bukan 7 purnama. Kemudian, beliau minta lah hajat dari Tuhannya, tapi tak di tunaikan. Lalu, dia berfikir dan bermuhasabah, "pasti ada kejahatan padaku, kerana, kalaulah padaku ada kebaikan , pasti Tuhan telah tunaikan hajatku".
Maka, ketika itu, Allah turunkan malaikatNya kepada hambaNya itu, dan berkatalah malaikat, "Wahai anak Adam,  sesungguhnya sesaat ketika dirimu bermusahabah tentang keburukanmu itu lebih baik dari ibadahmu selama 70 tahun itu".

Gulp. Pucat muka.


Berkata al-Syahid Sayyid Qutb : 
“ Orang-orang yang tidak dapat membersihkan jiwa mereka oleh Islam diserata pelusuk bumi dahulu dan sekarang, akan terus jatuh dan bergelumang di dalam paya yang busuk yang penuh dengan penyakit hawa nafsu yang menjatuhkan darjat insaniyyah manusia dan mengangkat darjat haiwan. Malah haiwan jauh lebih bersih dari manusia yang jatuh tanpa iman itu”

Maka, bersihkanlah . Sementara pintu kebersihan itu masih terbuka.



Sahabatku sayang,

Tanda kasih-sayang Allah padamu, ialah bilamana Dia hadirkan satu rasa sedih dalam hatimu, satu rasa tidak selesa, tidak tenteram, tatkala kita melakukan dosa, sedar atau tidak. Lalu, kita mencari di mana ada ketenangan itu, sehingga Dia mentakdirkan kita berjumpa Dia. Dan di sana , Dia hadirkan pula ketenangan, sehingga kita tak mahu berpaling lagi. Itulah namanya cinta :)


Semuanya dari Dia. Hatta, kita mampu bersolat, mampu ber'happy cycle'(bulatan gembira), mampu menutup aurat, mampu membaca alQuran, menghafaz, berqiyammullail, serasamu siapa yang memberimu kekuatan untuk semua itu? Siapa yang menggerakkan hatimu untuk ke arah itu?

Bukan. Bukan dirimu yang hebat , sayang. Tapi, Allah yang telah memilihmu dari sekelian hambaNya yang lain untuk di beri kekuatan melakukan kebaikan. Bukankah itu nikmat? Tidakkah kau merasa nikmat itu perlu kau sebar dan kongsikan dengan yang lain, bukan untuk bermegah merasa dirimu yang hebat dan suci ?

Maka, ucapkanlah Alhamdulillah. Bukan berbangga.

Dirimu bukan sesiapa jika bukan kerana rahmat Tuhanmu. Malah, ucapan Alhamdulillah itu pun adalah satu nikmat .Bukankah Allah telah menggerakkan hatimu untuk mengucapkan alhamdulillah atas nikmat itu, sedang yang lain tak menyedari pun itu satu nikmat, malah ramai lagi yang kurang bersyukur. Namun, dalam sekelian hambaNya, Dia memilih engkau yang hina untuk di gerakkan hati agar bersyukur. Bukankah itu pun nikmat? Dan, atas belas kasihan Dia memilihmu itu, Dia beri pula ketenangan dan pahala. Bukankah itu nikmat? Alhamdulillah lagi buat Alhamdulillah itu. Alhamdulillah lagi. Lagi dan lagi. Rendahkan hatimu dan teruslah bertahmid.




Oleh itu ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu kufur. (Al-Baqarah 2:152) 

Kata Tuhanmu, "ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu."

Kata Tuan Alam ini, "Aku akan mengingati kamu."

Indah bukan, bila kita berada di dalam ingatan Si Pencipta. Tidakkah kau dambakan itu, wahai si hamba yang hina? Tidakkah kau dambakan kebahagiaan di alam abadi sana?

Maka, bersihkan lah hatimu. Luruskan niatmu. Rendahkan jiwamu. Berkasih-sayanglah kerana Tuhanmu. Berbuat baiklah lah kerana Tuhanmu. Berilah peringatan kerana Tuhanmu. Menjadi kecintaan Allah jauh berganda manisnya dari menjadi kecintaan manusia.

Anda. . . ,
jom jumpa lagi di syurga.

                                                                                                                        -Jundullah-































No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)