Powered by Blogger.

Rooftop Stories [ENDING]

Tuesday 19 March 2013

Rooftop saksi kasih Aisyah dan Khadijah


     Aisyah pandang jauh langit. Semua tinggal kenangan. Kisah-kisah indah dia bersama Khadijah yang di cintai itu, hampir setahun berlalu. Aisyah pandang tepat ke barat. Tunggu dengan sabar, saat mentari yang menenangkan itu akan tenggelam di sebalik bangunan-bangunan usang itu.

 

Aisyah masih ingat peristiwa 10 bulan lalu. . .

...........................................................................

"Aisyah, jom naik rooftop, rindu lah kat enti"
Aisyah bahagia. Dah lama mereka tidak bersua. Aisyah selalu mengintai peluang , kalau-kalau ada masa untuk mereka bertentang mata. Tapi, tanggungjawab syahadatul Haqq yang satu itu, sangat perlukan masa-masa luang mereka.

"Jom, tak sabarnya, lepas Asar ni tau"
"Okey,I love You".
"I Lo. . " Belum sempat Aisyah balas, Khadijah telah meletak telefon. Aisyah tergelak kecil.Geleng kepala.

Petang itu, Aisyah tunggu Khadijah di rooftop. Setia.
Dah dua jam. Tapi, wajah Khadijah tak juga muncul. Aisyah tetap menanti. Dia pasti Khadijah orangnya menepati masa. Pasti ada urusan yang menghalanginya, dia jarang begini. Kalau seminggu lagi menanti pun, dia sanggup. Dia terlalu rindu menatap wajah itu. Dia terlalu ingin mendakap erat-erat tubuh itu.

Matahari mula perlahan terbenam.
''Mana Khadijah ni?'' Aisyah kecewa. Dia mula ingin melangkah turun. Hati luluh. Sedih. Bila tiba-tiba handset berbunyi.
Khadijah!

"Assalamualaikum Dija, enti kat mana? Dah lama ana tunggu tau, sampai hati. . "

Dan khabar itu benar -benar menusuk jiwa. Merobek seluruh hati dia.

"Aisyah. . ,sabar ye sayang, Dija kemalangan, sekarang ni Dija ada kat Hospital X" suara kak Mit menyapa. Lembut, tapi kuat menerjah perasaannya.

Aisyah tergamam. Dia tak sempat menangis. Yang dia tahu, dia mahu cepat-cepat sampai ke sana.

Dan bila sampai, dia tak jangka, berita yang paling di takutinya itu yang di terima,

"Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un. . ."

Aisyah tahan air mata. Dia tatap lama-lama wajah kesayangan itu. Wajah itu seakan tersenyum. Dia kucup lembut dahi Khadijah.
Air mata mengalir perlahan.

"Khadijah kesayangan hati Aisyah, berbahagialah, terbang tinggilah rohmu, ana menjadi saksi bahawa enti telah pun menunaikan janji enti padaNya, Khadijah sayang. . , tunggu ana  di syurga, kita pernah berjanji, bukan? Uhibbuki filLah. . ." bisik Aisyah perlahan. Dia tak mampu menahan air mata lagi. Laju. Senyum. Menangis.

Kak Mit menyentuh bahu Aisyah,
"Aisyah, ni untuk Aisyah, ada dalam beg Khadijah"
Aisyah sambut lemah kotak kecil berbalut kemas itu. Di buka. AlQuran. Dan sekeping gambar mereka di rooftop. Aisyah teresak .
'Ya Allah. . , andai ini ujian, sungguh saya benar-benar teruji.'

Belakang gambar, ada tinta buat Aisyah.
'Aisyah habebty, ana hadiahkan alQuran sebagai penjaga dan peneman hidup enti, jangan pernah rasa sendiri, Allah selalu ada, bukan? Selamat hari lahir, sayang :) '

Hari lahir? Oh, baru Aisyah teringat , hari ini hari lahir dia. Dia sendiri terlupa,tapi Khadijah memang tak pernah terlupa.

"Khadijah. . ." . Air mata mengalir. Deras.

..............................................................................................


Kenangan.

Kepala Aisyah tiba-tiba berdenyut.Aisyah baring . Menghadap langit. Di letakkan ke dada alQuran pemberian Khadijah. Dulu,  ada Khadijah yang akan ikut baring di sisi dia. Berkongsi cerita. Mendengar cerita-cerita hidup dia. Tapi, kini, rooftop itu sunyi. Cuma , kadangkala bila dia rindu, Aisyah akan bercakap, tapi bukan dengan Khadijah. Dengan Allah. Aisyah selalu meminta Allah sampaikan rindunya buat Khadijah.

"Uhibbuki Fillah. ukhti ", Aisyah bisik. Perlahan. Tanpa sedar air mata mengalir. Air mata kerinduan.

Dia teringat ayat Alquran yang pernah mereka kongsi bersama,
"orang-orang yang menyakini , bahwa mereka akan menemui Robb-nya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya ” (AlBaqarah:46)

Senyum.

Dia teringat lagi , dia pernah tanya Khadijah, kalau salah seorang pergi dulu macam mana, dan Khadijah jawab,
"Dia kena la tunggu yang seorang lagi kat pintu syurga"

Senyum lagi. 
Khadijah. . ,tunggu Aisyah ya. .  . 


Dia teringat pula, dia pernah berjanji kepada Khadijah, kalau dia sakit lagi, dia akan ke hospital, tapi yang dia janji itu jika pergi bersama Khadijah, bukan sendiri. .

Dia terimbau, Khadijah pernah cakap,

"Aisyah. . , mak ana pernah cakap, orang yang baik selalu Allah akan ambil muda-muda"

Betullah , Khadijah. ., enti memang orang baik . . 

Dan ayat terakhir yang pernah Khadijah hadiahkan buat dia, di rooftop ini, masih berbekas di hati Aisyah,


ا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redho lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku 


Aisyah senyum. Khadijah, ana sangat rindu. . ,air mata menitis. Aisyah lihat matahari belum terbenam. Dia baring kembali. Mengantuk. Di pejamkan mata. Membawa rindu. Dia rasa sangat tenang. Angin menyapa sekujur tubuhnya. Lembut.

Aisyah terjaga. Terhidu bau harum. 

Khadijah!
Khadijah bersimpuh di sisi dia. Aisyah bingkas bangun. Di peluk erat.Kejap.

"Dija. . , ana rindu enti. . "

Dia terlihat Khadijah tersenyum. Manis yang belum pernah terlihat sebelum ini.

"Dija, jangan tinggal ana lagi. . . "


Khadijah angguk. Dia bacakan sebuah sajak yang pernah di hadiahkan buat Aisyah, 

sajak Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim ,


Saudaraku,
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.


Saudaraku,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana


Saudaraku,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar.


Khadijah pegang tangan dia. Khadijah pimpin dia. Aisyah bahagia. Kali ini, dia yakin, Khadijah tak kan tinggal dia seorang diri lagi.


...............................................................................................................


"Kak Rabit, nampak Aisyah tak?" Zaf, house-mate Aisyah tanya ketua rumah mereka.

"Aisyah, kalau tiba-tiba tak de macam ni, cari kat rooftop je lah,"

Zaf daki tangga. Buka pintu ke rooftop. Bau wangi semerbak menerjah. dia kenal bau minyak atar Aisyah ini. Dia lihat Aisyah sedang baring.


"Ya Rabb, boleh dia tidur kat rooftop ni"


"Aisyah, bangun, nak maghrib dah ni. . "


Kaku.


"Aisyah. . "


"Aisyah. . " 


Risau.


................................................................................................................


"kak Rabit. . .!! naik rooftop ni. . , cepat!" Zaf jerit dari tangga. Sendu.


Kak Rabit lihat Aisyah. Rasa di pergelangan tangan. 


"Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un. . "

"Berbahagialah dikau, Aisyah. . "

Perlahan matahari terbenam. Rooftop menjadi saksi.

[PART 1] [PART 2]

5 comments

  1. biarkan rooftop itu menjadi saksi..biar kita terbang menuju Ilahi melalui rooftop itu..biar selamanya kita hidup dalam perjuangan kerana mencari cintaNya yang hakiki..

    sungguh,Siti Khadijah sentiasa di sisi Nabi..membenarkan Baginda walau apa yang terjadi..kasih seorang isteri..hidup mati demi Ilahi..

    Siti Aisyah setia menyebar ilmu demi agama yang suci..walau pernah difitnah dan dikeji..tapi beliau yakin akan janji Allah yang pasti..pantas untuknya sebuah mahligai di syurgawi..

    dan kita duhai syazwani yg disayangi,biarlah langkah kita mengikut jejak para bidadari..masa pantas berlari..namun jangan pernah leka menyebarkan haruman Islami..

    cinta kita adalah sebuah tautan hati..atas dasar keimanan yang membentuk sinergi..demi menegakkan kalimah syahadah yang tinggi..

    rooftop itu..akan ku pegang erat setiap bait bicaramu..untuk sama2 kita tunggu,di depan mahligai Jannah yang terbentang luas menyahut sebuah rindu..rindu sang hamba hina kepada Tuhan Yang Satu..insyaAllah.. :)

    ana syggg nti liLlah!abadan abada till Jannah..insyaAllah.. :")

    ReplyDelete
  2. subahanalllah,terharu + sedih + xtau nak kata apa....persahabatan yg sememangnya berlandaskan Allah sbg keutamaan...teringt pulk lagu nasyid kt mktab dulu,wani..."akan ku tunggumu..dipintu syurga.."
    mendalam.terharu.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. najwa, Moga dapat jumpa kat syurga, sungguh2, ayuh melangkah :)

      Delete

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)