Powered by Blogger.

Wa Tazawwadu.

Tuesday 30 July 2013


Kampung kita di sana.


Din, ni ambil bekal ni bawa ke sekolah, nanti lapar.” Ibu bungkus bekal makanan cantik-cantik untuk Din.

Din rasa malas sangat nak bawa bekal tu ke sekolah, tapi ye lah, kat sekolah dia tak de kantin, tak de jual makanan, satu-satunya bekalan yang dia perlu bawa ialah bekalan makanan dari rumah. Walaupun beg nampak besar, berat, tapi tak kisah lah, asal perut kenyang. Asal tak sengsara lapar kat sekolah nanti.

Itu baru perjalanan yang pendek. Perjalanan dari rumah ke sekolah, belajar 5 jam , lepas tu dah balik rumah.

Kalau perjalanan dari Kedah ke Johor ke, Malaysia nak ke Jordan ke, lagi banyak bekalan kena bawa kan? Expired date kena fikir juga, kualiti bekalan yang nak di bawa, kuantiti mesti mencukupi.

Bagaimana pula kalau perjalanan yang lagi jauh? Jauh sungguh-sungguh ni. Kita pun tak tahu bila kita nak tiba ke destinasinya. Boleh jadi seminit dua lagi, boleh jadi juga sepuluh, dua puluh tahun lagi. Kita tak tahu. Jadi, bagaimana kita nak bawa bekal perjalanan kalau tempoh masa, destinasi pun tak jumpa dalam kompas?

Perjalanan hidup meuju kampung akhirat. Perjalanan aturan Allah. Pemandunya kita. Boleh pilih nak berpandukan kompas iman atau nafsu. Dan pilihan kompas yang kita guna ini, yang akan bawa kita ke rumah abadi kita di sana. Syurga. Atau neraka.

Tuan punya perjalanan beritahu kita dalam suratnya,

“Wa tazawwadu! “ (Berbekallah)

Sebagaimana si ibu tadi yang sayangkan Din, yang minta Din bawa bekal ke sekolah, supaya kat sekolah nanti Din tak lapar sengsara, begitu juga Allah, yang lebih-lebih lagi sayang dan cinta kepada hamba-hambaNya. Allah minta kita bawa bekal untuk perjalanan ini.  Allah minta kita jangan berlengah. Allah beritahu kita, perlu bersiap-sedia, bawa bekal, perjalanan ni adventure,

Tapi, nak bawa bekal apa?

“ Dan sebaik-baik bekal ialah bekalan takwa “

Cliché. Sentap. 
Berapa ramai dah bawa bekalan takwa untuk perjalanan ke sana? 
Takwa bukan macam bawa nasi dengan ikan asam pedas dalam Tupperware, bukan macam isi air masak dalam botol, bukan macam bawa jem butterscotch dengan roti keping.

Bekalan takwa perlukan pengorbanan. Bekalan takwa perlukan keringat, tenaga, air mata, darah demi nama syiar islam. Bekalan takwa perlukan mujahadah melawan raja nafsu dalam diri demi meraih redho Raja segala raja. Takwa itu seluruh kehidupan. Dari bangun pagi bagaimana, sehinggalah masuk tidur kembail bagaimana?

Kerana apa? Kerana kita ada dua destinasi di sana. Boleh jadi kita tergolong dalam mereka yang mendapat untung, boleh jadi juga dalam golongan rugi. Bergantung. Bergantung bekalan apa kita bawa, kompas apa yang kita guna.

Kata orang, kalau bijak, kalau berakal, buatlah pilihan yang tepat. Supaya tidak rugi.

Kata Allah pula, ciri-ciri ulul albab (orang yang berakal), ialah, orang-orang yang berbekal takwa.

“ Maka, bertakwalah kepadaKu, wahai orang-orang yang berakal “. [ 2:197 ]

Jadi, kalau bertuhankan nafsu, biar bijak dan fofuler bagaimana pun kita di mata manusia, kita masih di kira tidak berakal.

Kerana hanya yang berakal sahaja yang tahu, di sini, di dunia, cuma tempat transit sahaja, tempat bercucuk tanam pohon takwa untuk di petik buahnya di destinasi abadi sana.

Hanya orang yang berakal sahaja yang tahu dan bersiap-sedia dengan peringatan Tuhan mereka,

“ Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasa seakan-akan hanya tinggal (di dunia), pada waktu petang atau pagi hari “ [79:46 ]




*P/S: Ini hanya sesi tadabbur dari hati penulis. Ibrah yang saya dapat ketika pertama kali bertemu ayat ini. Moga ada manfaat. Sebarkan bahagia.

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)