Powered by Blogger.

Luarnya sama. Dalamnya berbeza.

Thursday 11 July 2013

P/S: Saya menulis sambil berharap tiada orang yang akan perasan entri kali ini. Ahha! Tetiba rasa tangan nak tulis tiada tujuan. Tapi, kalau terjumpa, bacalah sambil buat-buat tak kenal siapa saya, bagi siapa yang kenal. Ehhe :) Maaf. Entri ini mungkin kurang manfaatnya. Sengaja.



Aku masih di sini. Di tanah yang sama. Di bawah langit yang sama.
Tapi entah. 
Bagaimana rasa yang di dalam boleh jadi berbeza.

Dulu.
Aku lihat langit, aku tahu langit itu biru.
Sekarang.
Aku lihat langit itu tetap biru yang sama.
Cuma aku tahu di sebalik biru itu, 
ada kuasa Tuhanku yang menetapkannya menjadi saksama.

Dulu, 
Jika kau masih ingat,
Ketika aku duduk-duduk di celah tingkap.
Engkau tanya,
"Tengok apa tu?"

Aku jawab,
"Tengok pohon ni. Aku bingung lihat pohon yang cuma tahu ikut arah angin bertiup."

Engkau senyum sebaris membalas,
"Engkau akan faham nanti."

Kini, 
aku harap engkau akan tanya yang sama,
dan aku akan jawab,
aku sudah faham maksudmu,
aku temuinya dalam surat cinta Tuhanku,
[56:71]

Tapi, kini engkau sepi.
Engkau hilang dari bertanya itu ini
Engkau diam dari menjawab separuh kehidupanku.

Biar engkau tiada,
biar engkau aku tahu akan berhenti bertanya bersuara,
Biarlah.
Aku cuma ingin engkau tahu.

Engkau pernah berkata dulu,
"Berdoa itu percuma,
tinggal tadah tangan dan meminta sepenuh hati."
Engkau tahu apa aku minta?
Aku minta agar Dia beri aku kefahaman atas apa yang aku tidak tahu.
Dan benar katamu.
Dia berikan aku dengan percuma atas doaku yang percuma.
Dia kurniakan aku faham atas sesuatau yang aku tidak faham dulu.
Terima kasih untuk Dia.
Alhamdulillah.
untuk Dia.
Tuhanku, Allah.

Untukmu?
Aku tidak ingin berterima kasih.
Kerana aku cuma ingin berdoa.
Agar Dia mencintaimu dan mencintaiku.
Agar Dia pertemukan aku dengan mu sekali lagi.
Entah bila aku tak pasti. 

Tidak mengapa.
Kan katamu, berdoa itu percuma.
Berdoalah. :)




No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)