Powered by Blogger.

Tetamu Yang Dinanti

Monday 8 July 2013


Tok. Tok.

"Assalamualaikum, wahai penghuni rumah. "

Aku kaget. Rumah yang sekian lama sunyi didatangi tetamu.

"Waalaikumsalam. Siapa?"

"Aku tetamu yang diutuskan untukmu."

"Apa tujuanmu?"

"Aku datang membawa cinta yang dikirimkan buatmu.
Juga beserta hadiah-hadiah bernilai."

"Hadiah apa yang engkau bawa?"

"Hadiahku adalah janji yang pasti, bahawa dengan kehadiranku, akan terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka. Syaitan-syaitan terbelenggu. Beramal ketika kehadiranku digandakan ganjarannya. Malah, para malaikat sentiasa menyerumu untuk mengerjakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. 
Dan aku juga membawa hadiah paling istimewa untukmu, bernama Lailatul Qadr jika engkau benar-benar menginginkannya.
Dia yang mengutuskanku menyampaikan pesan agar engkau tetap bersabar, bersedekah, beramal dan beristighfar sepanjang kehadiranku. Agar aku dapat menjadi saksi untukmu. 
Tidakkah engkau senang mendengarnya?"

"Aku senang sekali. Namun, siapakah yang begitu pemurah mengutuskanmu bersama hadiah-hadiah ini?"

"Yang mengutuskanku adalah Tuhanmu. Aku diutuskan oleh Allah untukmu.

Dan namaku Ramadhan."

Menangis gembira. Rumah yang sunyi telah kembali serinya.

"Allahu Akram. Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem. Aku telah terlalu lama menanti kehadiranmu."

Peluk erat. Tetamu yang dinanti-nanti telah menghulur salam cinta. Dari Tuhan.

1 comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)