Powered by Blogger.

Buat Mujahid

Wednesday 14 August 2013

AlHafiz, AsySyahid

Moga bertemu di syurga

Buat Mujahid,
Senyummu telah hilang dari bening mata,
Tangismu telah disapu angin cinta,
Darahmu menjadi bukti mahar jiwa,
Pedihmu telah terubat dengan janji-janji Pencipta.

Aku cemburu kepadamu, para mujahid.

Mujahid,
Kalian untaikan titis peluh dan darah kalian menjadi senjata,
Lalu senjata itu kalian angkat menjadi benteng agama,
Kalian hamparkan jiwa kalian sebagai laluan menuju syurga,
Lalu dengan laluan itu kalian pertaruhkan nyawa menagih redhoNya.

Duhai Mujahid,
Roh-roh kalian telah berterbangan dengan gembira,
Menemui Yang Esa dengan penuh cinta,
Membawa hati dan jiwa yang bahagia,
Mengubat rindu akan pertemuan kasih Tuhan di sana,
membawa jejak-jejak perjalanan abadi ke syurga.

Mujahid,
Wahai insan terpilih,
Doakan kami yang masih lalai menguntai waktu lirih,
Sedang kalian berhadapan laknatullah dengan langkah gigih.

Aku mengaku islam agamaku.
Kalian juga mengaku islam agama kalian.
Kita, sama-sama di bawah payung kebenaran akidah yang haq dan satu.

Namun, yang membezakan kita,
Kalian bergerak laju ke hadapan tentera,
menghantar darah, nyawa, keringat, air mata,
demi islam tercinta,
sedang aku sedang berselimut tebal menghayati indah malam penuh lena.

Moga jika aku tidak terpilih untuk berada di barisan hadapan seperti kalian,
Doakan aku menjadi benteng kalian di barisan belakang sana.
Tidak mengapa, asal aku masih berada dalam golongan kalian.

Aku malu dengan kalian.
Aku cemburu dengan kalian.
Malu dan cemburuku ini menghantar cinta.
Cinta ini, aku harap dapat membawa langkah kakiku ke syurgaNya,
bertentang mata dengan kalian yang aku rindu.

Mujahid,
tetaplah sebagai mujahid agama.

In shaa Allah, 
selama-lamanya aku, doaku, jiwaku,
BERSAMA KALIAN.

# Jemput like page Mesir Kini di fb untuk update khabar-khabar terbaru saudara kita di Mesir.
HasbunAllahu Wa ni'mal Wakil. 

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)