Powered by Blogger.

Bersin dan Menguap

Sunday 2 June 2013

   

 Islam itu agama akhlak. Islam itu agama yang penuh pekerti. Malah, utusan tercinta Rasulullah s.a.w. itu juga hadir untuk menyempurnakan adab manusia. Maka, tidak hairanlah, dari perkara sekecil-kecil bakteria, sampailah yang sebesar Ultraman, semuanya ada adab yang di gariskan dalam islam.

Kerana itu islam adalah agama garis panduan. Satu-satunya agama yang bercerita penuh teliti bagaimana untuk masuk ke tandas, sehinggalah bagaimana nak menuntut ilmu. Agama yang menggaris penuh sempurna adab bagaimana jika berjumpa sahabat, sehingga cara ingin makan dan tidur dengan sihat.

Hebat, bukan? Islam bukan agama magik. Bukan agama ajaib. Tapi, islam menjadikan umatnya ajaib. Ajaib dengan akhlak yang membunga seperti bunga sakura yang menjadi kekaguman di musim spring. Ecewahhh.

Suatu hari saya terbersin. Saya ucapkan 'Alhamdulillah'.
Dan house-mate saya membalas, 'Yarhamukillah'.
Saya diam.
Tiba-tiba house-mate buka suara, "balaslah."
"Hah? Balas apa?"
Senyum.
"Wani, kalau orang cakap Yarhamukillah, kena balas,
               'يهديكم الله و يصلح بالكم' (Yahdiikumullah wa Yuslihu baa lakum) "

Saya sengih. Memang selalu terlupa. Mujur ada yang selalu mengingatkan.

"Hmm. . , kalau menguap ada adab tak eh? Just wondering"

"Adab menguap ialah tahan menguap"

"Oh?? Kena tahan ke?"

House-mate angguk kepala.
"Syaitan suka sebenarnya kalau orang menguap ni, sebab itu tanda malas, dan Allah pula tak suka. dalam satu hadis ni sebut,

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:


Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]"



""Erk. . , kalau tak dah tahan sangat, termenguap juga macam mana?"

"Hmm. . . Dalam hadis lain pula sebut, 



Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim] "

Saya terfikir, hebatnya islam. Sampaikan menguap dan bersin pun di gariskan panduan segala.

Lebih mengkagumkan, kajian saintifik juga bersetuju dengan perkara ini, menguap adalah menarik nafas dalam-dalam melalui mulut apabila otak kekurangan oksigen, dan mulut bukanlah jalur yang normal untuk bernafas kerana ia tidak dilengkapi dengan penapis untuk menyaring udara seperti yang ada pada hidung. Jika mulut tetap terbuka selama menguap, maka akan masuk ke dalam tubuh pelbagai jenis kuman, debu, dan kutu bersamaan dengan masuknya udara yang disedut melaui mulut.

Sedangkan jika kekurangan oksigen, maka itu pertanda bahwa manusia jarang bersujud. Mengapa? 

Kerana dengan melakukan gerakan sujud secara rutin, pembuluh darah di otak terlatih untuk menerima banyak kemasukan oksigen. Pada saat sujud, posisi jantung berada di atas kepala yang memungkinkan darah mengalir dengan maksimum ke otak. Bermakna, otak menerima pengaliran darah yang kaya dengan oksigen yang memacu kerja sel-selnya. Dengan kata lain, sujud yang tuma’ninah dan istiqamah dapat meningkatkan peningkatan kecerdasan seseorang.

Dan bersin adalah bertentangan dengan menguap, ia (bersin) kuat dan muncul secara tiba-tiba, bersamaan dengan itu keluar udara dari paru-paru dengan kuat melalui hidung dan mulut. Maka tersapu bersihlah apa yang ada di rongga yang dilalui bersin tersebut berupa debu, kutu, dan kuman yang masuk ke sistem pernapasan. 

Oleh sebab itu Allah mencintai bersin, karena ia memiliki kelebihan bagi tubuh hambaNya, sedangkan menguap dari Syaitan karena ia sangat buruk bagi tubuh.

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
1. Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
2. Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
3. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap
Jelas sejelas-jelasnya, dah ada lampu kalimantang, di suluh lagi dengan spotlight, menguap memang tingkah yang tidak baik. Malah, di benci Allah, di sukai syaitan.
Maka, cuba-cuba lah kurangkan menguap, cuba-cuba lah control, lagi-lagi time sembahyang kan? Solat adalah waktu kita menghadap Dia, waktu kita meminta-minta dari Pencipta kita, dan kita buat pula perkara yang Dia tak suka.
Lepas tu, bising lah, doa nak kahwin dengan Cinderella tak termakbul sampai sekarang.

Hantuk kepala berjemaah.

No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)