Powered by Blogger.

Kenapa, Ukhti?

Wednesday 12 June 2013

 

Telah lama rasanya tidak membiarkan jari-jemari menari di atas papan berkunci(keyboard) ini. Telah lama rasanya tidak membiarkan telinga di sapa bunyi petikan-petikan huruf demi huruf yang di taip di gelap malam sunyi. Telah lama rasanya tidak memberi yang sedikit yang Allah sudi pinjamkan ini kepada yang berhak untuk di beri.


Kesibukan dunia membuat diri yang hina ini terlupa untuk melaksanakan hak yang tertangguh. Keasyikan hidup membuat jiwa yang lemah ini mencari alasan untuk tidak memberi dan berkongsi apa yang ada. Maaf untuk segala bicara kalian yang tidak berbalas. Maaf untuk segala curahan hati kalian yang tidak di beri perhatian. Maaf untuk luahan jiwa kalian yang dipandang sebelah mata. Maaf, sungguh-sungguh maaf. Saya lah si leka dan si lalai itu, masih bermain-main dengan masa, masih bermain buaian dan jengket-jengket, masih berpusing dan berenang dalam selimut tebal, bergelak ketawa, sedangkan umat sedang tercungap-cungap. Atau sebenarnya saya yang tercungap lebih hebat, minta di selamatkan?

Malunya menjadi saya. 

Oh ya, terdetik dan di kuatkan hati untuk membuka laptop berkarat ini, menaip huruf menjadi perkataan, di simpul menjadi ayat, di kait menjadi perenggan demi perenggan, atas pertanyaan seorang ukhti, 

"Bagaimana awak boleh berubah sejauh ini? Dari al-ukht yang berjeans kepada berpurdah."


Saya sebenarnya sangat segan untuk bercakap soal ini. 
Telah berkurun lama saya biarkan pertanyaan ini disapa bunyi cengkerik dan belalang sahaja. Bersawang-sawang. 
Eh, mana adaa. .. , saya dah jawablah! Tapi dalam hati. Hehe.
Tetapi, memikirkan mungkin ada manfaatnya buat mereka di luar sana, maka saya kuatkan hati, moga Allah pelihara hati dan niat saya sepanjang penulisan ini, sehinggalah hati-hati kalian yang membaca. Moga-moga. Dengan nama Allah, Tuhan Yang Memegang Hati hamba yang hina.

Menggeletar. 

Saya tak rasa saya ingin berkongsi cerita mengapa dan bagaimana. Tetapi, saya teringin sekali bersinar mata bercerita tentang apakah ibrahnya dalam hidup saya. 

First of all,(gaya nak buat speaking corner), atas segala-galanya, moga kalian faham, pakaian itu bukanlah melambangkan sepenuhnya sikap dan hati si pemakainya. Saya tak tipu ni. Buanglah anggapan si dia yang berniqab dan bertudung labuh di wajah itu, berniqab juga di hatinya. Jangan terlalu memandang tinggi. Menghormati tak salah, but never ever expect that they are perfect. No! Mana ada orang yang sempurna. Maka, bila mereka tersalah, terimalah kekurangan itu. Tegurlah. Mereka juga manusia.

Second, alkisahnya, ketika kalian terasa ingin melangkah untuk berubah, besar sekali kemungkinan kalian akan terima sepuluh juta respon yang buat kalian rasa macam nak bawah(baca: DOWN). 

"Kenapa cepat sangat weh. Kool sudahhh. . "

"Kenapa dari jeans terus nak lompat purdah? Slow-slow lah."

"Kenapa drastik sangat ni. Takut-takut tak istiqamah lah."

"Rilek ah! Jangan cepat sangat. Fikir-fikir dulu."

"Ustazah lah kau lepas ni. . " (Sambil gelak nampak halkum)


Tetapi, ada juga yang bunyinya buat kita senyum panjang lepas telinga.

"Teruskanlah! Allah Yusahhil alaik!"

"In shaa Allah, moga Allah kuatkan enti, ukhti!"

"Cari lah redho Dia. Doa ana selalu untuk enti."

Ah.HA! 
Abaikan lah yang sumbang. Kutiplah yang merdu. Dan jangan di abaikan suara hati kalian.

Kalau bukan sekarang, bila lagi? 

Tipulah jika saya katakan saya tidak punya sezarah pun rasa malu ketika mula-mula berpurdah. Bohonglah jika saya katakan saya tidak rasa segan sekuman pun ketika itu. Munafiklah jika saya khabarkan saya tidak rasa macam, 'hey, they are glancing weirdly at youu. . , like you are alien huh?'. 

Ahah! Manakan tidak, kita ingin berhadapan dengan mereka yang kenal masa lalu kita. Yang bersama dalam masa silam kita. Boleh berdarah hidung sekejap. 

Tapi, jangan mengalah, berkali-kali, kuatkanlah hati, teruskanlah. Mintalah kekuatan dengan penuh pengharapan, tidak lain tidak bukan, dari Dia Yang Maha Kuat. Bukankah kita ada Allah Yang Maha Hebat? Pahit itu akan terasa manisnya. Sungguh. Tak tipu ni.

Maka, untuk si gadis ayu, dara jelita, anggun lagi bergaya di sana, (bodek kipas sikittt), kalau pernah terdetik di hati kalian untuk melangkah ke hadapan, beranjak(hijrah) sedikit, andai pernah terasa ragu sesaat bahawa apa yang kalian lakukan sekarang salah, andai pernah terasa hati kalian tidak tenteram gundah gulana, dakaplah perasaan itu seerat-eratnya. Peluklah hidayah yang bergetar-getar itu sekuat-kuatnya. Dengarlah bisikan hati kalian seketat-ketatnya. Berilah peluang kepada iman kalian yang sedang bergegar memberontak mengamuk sakan untuk keluar dari penjara nafsu hati itu. Berhenti sebentar, dan dengarlah permintaan-permintaan yang benar dari hati kalian. 

Kita nak menjadi wanita yang cantik di syurga, bukan di dunia. 
Kita nak berehat di mahligai syurga, bukan di atas katil berhadapan Masjid Taal sana. 
Kita nak bertemu bersapa mesra di pasar syurga, bukan di pasar balad Duwar Sa'ah di Jordan, mahupun di pasar malam Taman Riang Ria di Malaysia. 
Kita nak kan perhatian Dia, bukan dia. 

Kita mengharap nikmat yang abadi, bukan nikmat yang sementara.

Jalan ini sumpah panjang. Kita tidak nampak di mana penghujungnya, yang kadang-kala membuat kita ragu untuk terus berjalan. Jalan ini tidak menjanjikan bunga-bunga berguguran dengan background lagu Winter Sonata. Jalan ini tidak ada buah anggur bergugusan, jauh sekali kanggaru comel dengan poket Doremon berkeliaran. Jalan ini sempit, payah, banyak lubang dan curam, malah kita akan selalu sakit dan terjatuh. 

Namun, yakinlah, di setiap kejatuhan itu, bangunlah dengan nama Tuhanmu. Di setiap kesakitan itu, ubatilah dengan keimanan keutuhan kepada Rabbmu. Di setiap kepayahan itu, mudahkanlah dengan keyakinan terhadap janji-janji Penciptamu.

Kita tidak punya banyak masa untuk bertangguh. Ajal sentiasa mengejar kita. Malaikat Izrail setia menghitung waktu kita. 
Kita yakin dengan kematian, namun kita abaikan persiapan mengahadapinya. 
Kita yakin adanya pertemuan dengan Tuhan, namun kita main-main dalam perjalanan menujunya. 
Alangkah!

Ayuh! jangan bertangguh to say, "GOODBYE JAHILIYYAH", sedangkan malaikat si pencabut nyawa itu tidak pernah bertangguh dalam melaksanakan perintah Tuhannya. 

Oh, dan ya, saya bukanlah orang yang paling tepat untuk berbicara sebegini, saya menanggung banyak karat dosa dan jahiliyyah, saya masih merangkak dalam bertatih mengenal cinta Yang Esa, maka tegur-tegur dan sapa-sapa lah andai mulut terlebih bicara melebihi qudwah, andai tingkah tidak seiring lidah. 

Moga dapat berjiran di syurga, biar tidak pernah bersua muka di dunia.


"Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. 
Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya."
[ALBayyinah:8]





No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)