Powered by Blogger.

Najashi: Memerintah Untuk Menyelamatkan Islam (II)

Wednesday 5 June 2013



 *Pesanan iklan: Kalau belum baca Kisah Najashi yang pertama, jemputlah baca dulu di [ SINI ] , sebelum nak meneruskan bacaan pada entri ni. Baru feel. In shaa Allah. Peace!

Jom sesambung cerita hero pujaan hati saya. Raja Najashi.


Bila pihak Quraisy dapat tahu penghijrahan 80 umat islam ke Habsyah, mereka ambil keputusan untuk hantar dua orang utusan yang bijaksana dari kalangan mereka ke Habsyah. Dua orang utusan ini di tugaskan untuk berbincang dengan raja Habsyah supaya menyerahkan umat islam ini kepada mereka, dengan niat busuk hati untuk menyiksa dan mendera umat islam ketika itu.

Maka, Amru bin Al-As dan Abdullah bin Abu Rabi'ah di pilih, dan berangkat ke Habsyah bersama pelbagai hadiah dari Hijaz. Sampai Habsyah, mereka bertemu para pembesar terlebih dahulu dan memberi pelbagai hadiah, di samping mencucuk, melampu dan mengipas para pembesar agar menyebelahi mereka ketika perbincangan dengan raja nanti.


Dulu pun dah ada korupsi. Heh!

Kemudian, Amru bin Al-As dan Abdullah bin Abi Rabi'ah menghadap raja Najashi, bersujud dan mempersembahkan pelbagai hadiah yang menarik, serta menyampaikan salam dari pembesar Mekah terutamanya Abu Sufyan. Najashi menyambut baik dan mesra kerana beliau telahpun mengenali Amru sebelum itu.

Maka, bermulalah adegan mencucuk dan menghasut raja Najashi oleh Amru dan Abdullah agar Raja Najashi menyerahkan  umat islam yang berlindung di negeri Habsyah itu kepada mereka. Lagi meriah, bila para pembesar yang telah lebih awal di cucuk hidung besar itu, menyokong dan menyetujui kata-kata mereka.

Tapi, nak tahu apa jawapan Najashi, yang telahpun berjaya mengalirkan air mata dan hingus saya?

"Tidak, demi Allah, saya tidak akan menyerahkan orang-orang ini kepada sesiapapun, melainkan setelah saya dengar sendiri apa kata mereka, dan setelah saya faham agama anutan mereka. Jika mereka ini adalah orang-orang yang jahat,saya akan serahkan mereka kepada kaum mereka. Jika mereka ini orang baik-baik, saya akan lindungi mereka dan akan berikan mereka layanan yang baik selagi mereka berada di dalam negara saya.

Demi Allah, saya tidak akan lupa rahmat Allah pada saya. Allah telah mengembalikan saya ke tanah air saya, dan Allah pelihara saya daripada angkara jahat. Allah telah pelihara saya daripada angkara jahat mereka yang berniat jahat kepada saya."

Legend kan jawapan beliau. Wuwuwuwuuu.

Para sahabat pun di panggil menghadap raja, namun mereka tidak bersujud seperti adat kebiasaan.
Ketika di tanya, mereka hanya menjawab dengan penuh bergaya dan hensem,

"Kami hanya bersujud kepada Allah."

Najashi tersentak dan merasa kagum dengan kehenseman jawapan mereka.

Ketika di tanya mengenai agama anutan mereka, para sahabat menjawab dengan penuh keyakinan, menceritakan tentang kebenaran agama islam, suruhan-suruhan kebaikan dalam islam, akhlak-akhlak islam, anjuran Rasulullah serta peribadi baginda yang mulia. Para sahabt juga menceritakan tentang kezaliman kaum mereka yang menyiksa mereka supaya mereka kembali menyembah berhala, sehingga mereka berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan.

Kemudian, Najashi meminta para sahabat membacakan ayat alQuran kepadanya.

Lantas, Jaafar membacakan permulaan surah Maryam, ayat 16-24.

Anda, silalah buka alQuran dan baca ayat-ayat ini sekarang dengan penuh feeling sambil di tiup agin petang, kerana ayat inilah yang telah berjaya membuat Najashi menangis teresak-esak sehingga membasahi janggutnya, dan para pembesar menangis sehingga membasahi buku-buku mereka. Dan telah membuatkan Najashi begitu tegas menjamin keselamatan para sahabat selama mana mereka berada di negerinya.

Epik.

Amru bin al-As masih tak puas hati. Keesokan harinya, beliau menghadap raja Najashi,

"Tuanku, mereka telah memperdengarkan kepada engkau sebahagian sahaja daripada pendapat mereka. Mereka sebenarnya menyembunyikan sesuatu daripada engkau. Mereka menuduh Isa bin Maryam seorang hamba."

Namun, raja Najashi bukanlah sifatnya mudah menghukum sebelum mendapat kebenaran. Maka, beliau bertanya pendapat umat islam yang berlindung di Habsyah ketika itu tentang Isa bin Maryam.

Jawab Jaafar penuh tenang, "Isa adalah hamba Allah, utusanNya, dan kalimah yang di campakkan kepada Maryam si Dara"

Najashi tersenyum, dan berkata, "Sesungguhnya apa yang kamu katakan itu bertepatan dengan Isa."

Para pembesar berteriak separuh histeria sambil menarik-narik rambut dan bulu hidung mereka. Okey saya tipu. Para pembesar berteriak membantah kata-kata raja Najashi. Namun Najashi tidak mengendahkannya, dan meminta di pulangkan semula semua hadiah-hadiah yang di terima.

Lalu, para pembesar menghasut para rakyat untuk membatalkan ikrar dan menjatuhkan Najashi, dengan mengatakan Najashi telah keluar dari agama mereka. Najashi mengetahui hal ini, dan menyediakan kapal-kapal untuk umat islam keluar dari Habsyah jika beliau kalah dan di jatuhkan.

Senyum. Dalam keadaan runcing beginipun, beliau masih memikirkan tentang keselamatan umat islam, biarpun ketika ini, beliau masih belum memeluk agama islam. Kita? saudara palestin kena bom, boleh rilek makan McDonald. Buat-buat tidur buta. Emo.

Najashi kemudiannya mengikat ke dadanya sekeping kulit rusa yang tertulis kalimah syahadah dan pengakuan bahawa Isa hanya hamba dan utusan Allah. Kemudain beliau memakai baju dan bertemu rakyatnya dan bertanya tentang sebab pemberontakan mereka,

Mereka menjawab, "Engkau telah menolak agama kami dan engkau mendakwa Isa adalah hamba."

Najashi bertanya,"Apakah pandangan kamu tentang Isa?"

"Isa adalah anak Allah."

Najashi menyambung,
"Isa tidak lebih daripada ini." Sambil tangannya memegang ke dada.

Najashi memaksudkan tentang perkataan yang tertulis pada kulit rusa di dadanya. Rakyat Habsyah gembira mendengar pengakuan itu dengan menyangka Najashi menyetujui mereka, dan bersurai dengan aman.

Rasulullah mengetahui hal ini dan menyanjungi tindaknnya.Pada bulan pertama tahun ke-7 H, Rasulullah mengutus Amru bin Umayyah al-Dhamari kepada Raja Najashi untuk di ajak memeluk islam. Dan kuasa Allah, hati Raja Najashi terbuka untuk menerima islam, dan menyatakan kesediaannya menerima ajaran islam dalam surat balasnya kepada Rasulullah.

Amru bin Umayyah al-Dhamari mengeluarkan sepucuk lagi surat yang menyatakan hasrat Rasulullah  untuk meminta Najashi mengahwinkan Baginda dengan Ramlah binti Abu Sufyan bin Harb. Salah seorang wanita islam yang berhijrah ke Habsyah.

Sebenarnya ada kisah menyayat hati tentang Ummul Mukminin Ramlah ini. Sila baca di [ SINI ]

Maka, Najashi menerima permintaan Rasulullah dan mengahwinkan Ramlah dengan Rasulullah, serta menyediakan mahar sejumlah 400 dinar emas sebagai wakil kepada Rasulullah.
Beliau juga menyediakan dua buah kapal miliknya bagi mengiringi dan menghantar Ummul Mukminin Ramlah serta anaknya, para sahabat, serta beberapa orang islam Habsyah yang terlalu ingin bertemu Rasulullah. Najashi juga menghadiahkan Ummul Mukminin Ramlah dengan perhiasan dan wangian yang ada pada isteri-isterinya, serta hadiah khusus buat Rasulullah.

Tidak lama sebelum pembukaan Kota Mekah, Najashi di jemput menemui Tuhannya. Rasulullah mengimamkan sembahyang jenazah ghaib buat Najashi. Sembahyang ghaib yang pertama dan terakhir yang pernah di lakukan oleh Rasulullah.

Moga Allah meredhoi Ashamah, atau di kenali sebagai Najashi ini. Demi keredhoan Allah, beliau telah membawa umat islam daripada lemah menjadi kuat, daripada takut kepada aman.

Moga berjumpa di syurga hero umat islam!


No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)