Powered by Blogger.

Cahaya Buat Ummul Mukminin Ramlah

Wednesday 5 June 2013

Perancangan Allah itu penuh cinta. Selalu, setiap kali ada kabus yang di datangkan mengaburi kehidupan hambaNya, pada akhirnya di hadiahkan pelangi yang cukup indah. Sering, bila si hamba merasakan bahawa telah tiada jalan keluar bercahaya dan bahagia dalam hidupnya, maka si Pencipta hadir menghulur bantuan, memujuk dan memberitahu, untukmu hambaKu, masih dan selalu ada harapan.

Begitulah kisahnya buat Ummul Mukminin Ramlah ini, pendamping insan mulia, Kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah.


Ramlah binti Abu Sufyan, anak kepada pembesar Mekah ketika itu, tidak dapat menerima sembahan berhala ayahnya dan seluruh penduduk Mekah. Lalu, beliau dan suaminya ketika itu, Ubaidullah bin Jahsy meyahut seruan cahaya islam dari Rasulullah. Maka keislaman mereka telah mengundang kemarahan kaum mereka. Di siksa, di dera, sehingga mereka tidak mampu lagi bertahan.

Maka, Ramlah dan Ubaidullah berhijrah bersama 80 orang islam ke Habsyah. Berhijrah dengan hanya membawa bekalan keyakinan dan iman yang tertegak kukuh dalam jiwa. Di sana, mereka mendapat perlindungan dan layanan yang sangat baik daripada Raja Najashi. Ketika itu, Ramlah terasa seperti telah berlalulah detik-detik duka dalam hidupnya. Dia mempunyai seorang suami dan anak bernama Habibah, dan dapat beribadah dengan penuh keamanan di Habsyah. Terasa telah cukup bahagia kehidupannya. Namun, ujian Allah itu selalu di hadiahkan buat hamba-hamba yang di cinta.

Takdir Allah, ujian Allah, suami Ramlah ketika itu, Abdullah bin Jahsy telah murtad dan menganut ajaran Kristian. Beliau mula mencintai arak dan mengunjungi kedai-kedai arak. Hal ini memberi tamparan hebat kepada umat islam yang baru ingin membina kekuatan, dan kepada Ramlah terutamanya. Abdullah memberi kata dua, sama ada Ramlah keluar islam, atau beliau akan di ceraikan. Buat seorang wanita yang berhijrah bersama si suami, si ibu kepada si anak, kedua-dua pilihan itu menyakitkan. Memedihakn jiwa. Namun, pilihan tetap perlu di buat. Maka, Ramlah memilih redho Rabbnya melebihi segala kepentingan peribadi. Beliau rela memilih untuk tinggal sebatang kara di bumi Habsyah bersama anak kecilnya, Labibah daripada di cela oleh Tuhannya.

Tidak lama kemudian, suaminya mati akibat mabuk. Selepas tamat idah, pada pagi yang bercahaya,  telah menghantar khabar gembira yang bakal memberi cahaya dalam hidupnya. Sungguhlah pertolongan Allah itu dekat buat hamba-hambaNya yang sabar.

Khabar yang di bawa oleh Abrahah, pelayan raja Najashi, menyampaikan hasrat insan agung, Muhammad bin Abdullah, utusan Allah untuk meminangnya, dan mewakilkan raja Najashi untuk melaksanakan akad nikah, benar-benar menghandirkan taman bahagia dalam hatinya. Hati wanita mana yang tidak gembira dan bahagia menerima salam perkongsian hidup dan cinta dari Muhammad, Kekasih Allah. Rahmah bin Abu Sufyan memilih Khalid bin Sa'id bin Al-As sebagai wakilnya.

Upacara akad nikah di laksanakan di istana raja Najashi. Para sahabat berkumpul meraikan hari indah bercahaya itu. Najashi memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan puja-puji, lalu berkata:

"Rasulullah s.a.w. telah meminta saya supaya mengahwinkan baginda dengan Ramlah binti Abu Sufyan dan saya menerima permintaannya itu. Oleh itu, saya serahkan mahar kepada Ramlah binti Abu Sufyan sebagai wakil kepada Baginda dengan jumlah 400 dinar emas mengikut sunnah Allah dan RasulNya."

Kemudian, bangun pula Khalid bin Sa'id bin Al-As yang telah di pilih sebagai wakil Ramlah. Setelah memuji dan memuja Allah serta selawat dan salam kepada Rasulnya, beliau berkata,

"Saya menyahut permintaan Rasulullah s.a.w. itu dan saya kahwinkan Baginda dengan pewakil saya, Ramlah binti Abu Sufyan. Semoga Allah memberi keberkatan kepada rasulNya dengan isteri ini. Tahniah kepada Ramlah yang telah di berikan Allah limpahan kurniaNya ini."

Maka, berbahagialah cinta kerana Allah ini. Gerimis dan kabus yang menyelimuti kehidupan Ummul Mukminin ini, di hadirkan pelangi indah berwarna di hujungnya. Mentari bercahaya menyambut penyatuan dua jiwa yang menyakini janji Rabb mereka, Allahu Rabbuna.

Lap air mata.




No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)