Powered by Blogger.

Perginya Kekasih Allah bersama Cinta

Saturday 8 June 2013

Amanah berat yang di pikulnya telah di jalankan sehabis upaya. Dakwah islam telah di sempurnakan. Maka, tibalah saatnya, lelaki mulia, Kekasih Allah itu akan menemui Kekasihnya.

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.

Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu di akhiri dengan pandangan matanya yang penuh cinta buat sahabat-sahabat. Di tatap dalam-dalam setiap wajah, bagai tidak mahu di lepaskan. 
Abu Bakar menatap dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

Andai mampu, seluruh sahabat ingin menahan waktu agar tidak berlalu. Ali dan Fadhal tangkas menyambut Rasulullah yang goyah kakinya ketika turun dari mimbar. Para sahabat tidak mampu bergerak. Menahan sebak. Hakikat kehilangan kekasih hati mereka itu bagai duri yang mencucuk tangkai hati.

Pagi Isnin, 12 Rabi'ul Awal, ketika kaum muslimin sedang melaksanakan solat di imami oleh Abu Bakar. 
Rasulullah yang ketika dalam kesakitan yang perit, masih rindu untuk melihat umatnya. Lalu, di singkap tabir bilik Aisyah, dan memerhatikan mereka yang berada di dalam saf-saf solat, lantas tersenyum. Senyum yang bakal hilang daripada pandangan mereka tidak lama lagi. Ketika itu, para sahabat hampir terganggu dalam solat kerana terlalu gembira dengan keadaan Rasulullah, yang telah berhari-hari sakit sebelumnya. Rasul yang di kasihi itu telah mampu tersenyum, biarpun senyum itu mungkin yang terakhir buat mereka.

Kesakitan semakin di rasai. Memberati dadanya.

Si puteri kesayangan, Fatimah az-Zahra' melihat penderitaan berat si ayah, hingga terucap di bibirnya,
"Alangkah berat penderitaan ayah. ."

Lalu, berkatalah Rasul Allah,
"Sesudah hari ini, ayah kamu tidak akan menderita lagi."

Beratnya derita yang di tanggung Kekasih Allah bagi menyampaikan risalah islam buat umatnya yang di cinta.

Tanda-tanda ajal semakin hampir. Lalu, di minta agar di sugikan giginya. Bersedianya Baginda untuk bertemu Kekasih Teragung di sana. Di celupkan tangannya ke dalam bejana air, lalu di sapukan ke wajah, mengurangkan pedih sakaratul maut.

Lalu, saat itu tiba. Hadirlah Izrail di muka pintu mengirim salam. Menjalankan tugas dari Penciptanya. Jibril lalu menyusul turun bertemu kekasih Allah itu.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Namun, bukan jawapan itu yang di nanti. Matanya masih cemas.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Legalah hati Kekasih Allah itu.

Kesakitan sakaratulmaut mencengkam tubuh mulia itu. Namun, cintanya buat umat tidak pernah luntur,
"Ya Allah, sungguh dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Bergetar bibirnya menyampaikan pesan terakhir,
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)."

"Ummati. . , ummati. . , ummati. . ."

Baginda terlalu rindukan pertemuan dengan Allah yang DiCintai. Bergetar bibirnya,
"Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, dan pertemukanlah aku dengan Kekasih Yang Maha Tinggi."

Kalimah agung dari bibirnya di ulang tiga kali. Lalu, longlailah tangan Muhammad bin Abdullah s.a.w. Kembalilah Kekasih Allah itu kepada Kekasihnya Yang Maha Tinggi. 23 tahun menggalas berat amanah dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya, cinta yang setia buat umatnya, rindu yang menggunung buat Tuhannya. Kembalilah jiwa dan roh yang suci itu ke pangkuan Kekasihnya.

Dukacitalah seluruh semesta. Seluruh penjuru Madinah keliahatan suram. Senyuman Nabi yang mengubat luka telah hilang dari pandangan. Pujukan si Kekasih Allah telah hilang dari pendengaran. Sinaran wajah yang mendamaikan jiwa telah pergi dari bayangan mata. Rindu mereka tidak tertahan. Menangis pun tak berair mata. Mereka cuba menafikan, meskipun hakikat telah jelas. Nabi Allah itu hanya insan biasa.

Anas berkata,
"Aku belum pernah melihat suatu yang lebih baik dan lebih bercahaya daripada hari ketika Rasulullah s.a.w. datang ke tempat kami, dan aku belum pernah melihat suatu hari yang lebih buruk dan lebih suram dari hari ketika Rasulullah s.a.w. wafat."

Umat kebingungan. Amukan Umar memecah suasana. Mana mungkin mudah untuk mereka menerima hakikat bahawa hari-hari esok telah tiada alunan suara Rasul pada solat subuh jemaah mereka, telah tiada pujukan sabar Rasul pada setiap gundah mereka, telah hilang senyum tawa yang menghiburkan hari duka mereka, telah pergi wajah penuh cinta yang menenangkan hati gelisah mereka. 

Lalu, Abu Bakar, si sahabat yang setia, membacakan Kalam dari Allah,
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Adakah jika dia wafat atau di bunuh, kamu berpaling ke belakang(murtad)? Barangsiapa berpaling ke belakang, maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun,dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"
(Ali Imran:144)

Longlailah kaki Umar al-Khattab sehingga terduduk di tanah. Sedarlah dia, Rasulullah s.a.w. telah meninggal dunia. 

Wahai Rasul, aku terlalu merindui. Andai dikau melihat umatmu kini, pasti mengalir air matamu. 
Wahai kekasih, umatmu kini kian melupakan sunnahmu. Umatmu kini kian melupakan cintamu. Besar cintamu buat umatmu ini hanya di pandang sepi. Jerih perih pengorbananmu buat umatmu ini bagai tidak di hargai.
Wahai Nabi kami, maafkan kami yang jarang mengirim salam selawat buatmu. Umatmu ini bagai terlupa darah dan keringat yang mengalir dari tubuhmu demi cintamu buat kami. Bagai terlupa tangismu mengingati keadaan kami. 
Wahai Kerinduan kami,
jalan dakwah yang panjang ini telah kau wariskan kepada kami. Perit dalam menyampaikan kebenaran islam ini telah menjadi sunnahmu. Moga dengan mengingati Allah dan mengingatimu dapat menguatkan kami.
Wahai Muhammad Kekasih Allah, biarpun kita tidak pernah bersua muka di dunia, nantikanlah kami di sana. Sambutlah kami dengan senyumanmu.

Ya Rasulullah, umatmu ini terlalu rindu. Andainya dapat ku tatap senyum manismu, tenang wajahmu, tutur bicaramu, bahagialah hari-hariku. 

Sudilah kiranya Tuhan kita mengizinkan kita bertemu di syurgaNya, biar diri ini belum pasti, layakkah aku? 

Aku rindu, ya Rasulullah. .
Aku rindu, wahai kekasih. . . 



2:55 pagi, 09.06.2013.
Irbid, Jordan.














No comments:

Post a Comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)