Powered by Blogger.

BAWAH DAGU ITU AURAT

Saturday 21 September 2013


Kata orang, bila kita diberitahu, kita pula perlu memberitahu.
Ilmu jangan simpan jadi ikan kering sorang-sorang.

Alhamdulillah, sekarang ni, ramai muslimah dah mula ada kesedaran untuk pakai tudung labuh-labuh walau warna pink terang gaya puteri islam, shawl tutup dada walau kena lilit atas bawah semua, baju longgar-longgar walau ada renda-renda.
Tak apa lah. Itu nanti kita cerita lain bagaimana. 
Janji alhamdulillah dah mula rasa nak menutup aurat. Itu pun tahniah, permulaan yang sangat baik.

Tapi, sedar tak sedar. Kita terlepas pandang tentang satu bahagian aurat, yang ramai orang tak tahu itu aurat. BAWAH DAGU.

Tahukah anda bahawa bawah dagu itu aurat yang wajib ditutup, dan tak sah solat kalau tak tutup bawah dagu?


Sayang bila ada yang dah cantik pakai tudung labuh, jubah semua tapi tak tutup bawah dagu.

Sayang lagi, bila diberitahu bawah dagu itu aurat, ada yang kata, "eh, ada lah pandangan yang kata bawah dagu bukan aurat, jangan la sempit pemikiran sangat"

Gulp.

Tak pe. Tak marah pun. Faham je, tak tahu memang la akan dipertikaikan. Jadi, ini nak beritahu. Supaya tahu. 

Pertama, keempat-empat mazhab yang muktabar, sama ada syafie', hanbali, hanafi, dan maliki, yang telah samapi ke darjat MUJTAHID MUTLAK, kesemuanya sepakat mengatakan bawah dagu itu aurat. 

Dan sesiapa yang tidak sampai ke tahap MUJTAHID MUTLAK, baik Dr Qardawi atau sesiapa pun, sememangnya tidak boleh mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan kesepakatan keempat-empat mazhab kerana beliau tidak mencukupi syarat2 seorang mujtahid mutlak . 


Benar. Pintu ijtihad sentiasa terbuka hingga hari kiamat.

NAMUN bukan sesiapa sahaja boleh melakukan ijtihad dan mengeluarkan hukum daripada Quran dan Sunnah. Syarat-syarat untuk dikira sebagai seorang mujtahid mutlak cukup ketat (sila rujuk di kitab2 ulama' berkaitan bab "rutbatil ulamaa" dan " shuroot al ijtihaad") .

Dan, ke atas kita umat Islam, mesti berpegang pada apa yang digariskan syara', untuk berpegang kepada pegangan yang kuat , golongan majoriti umat Islam , assawaadul a'zhom , berpandukan mazhab 4 yg mu'tabar ,samada syafie', hanbali , hanafi dan maaliki.

Selagi mana kita berpegang kepada mazhab yang 4 ini , insyaAllah kita selamat dunia akhirat.

Ayuh menutup aurat dengan sempurna. Kalau rasa tak mampu nak pakai tudung ala telekung itu pun tidak mengapa, asal menutup dada, dan menutup dagu.

Islam itu mudah. Tapi bukan untuk dimudah-mudahkan.

Beramal dengan ilmu yang jelas dan faham :)

1 comment

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)