Powered by Blogger.

Najashi: Memerintah untuk menyelamatkan Islam.

Tuesday 4 June 2013


"Ketika Najashi meninggal dunia, 
kami selalu berbual tentang cahaya yang selalu kelihatan di kuburnya"
-Aisyah Ummul Mukminin-

   Ketika menelusuri beberapa kali kisah beliau, sungguh cukup menyentuh jiwa saya. Maka, saya tabalkan beliaulah antara hero-hero dunia akhirat yang memenangi jiwa saya. Hero yag satu ini lebih hebat dari Superman, mahupun Goku beserta Dragon Ballnya. Serius. 

 Beliaulah tabi'in, beliaulah sahabat. Rasulullah mengutus surat buatnya, dan beliau juga mengutus surat buat Rasulullah. Satu-satunya solat jenazah ghaib yang pernah di lakukan oleh Rasulullah, adalah untuk si pemerintah adil ini. Buat insan istimewa di mata islam ini, raja Najashi atau nama sebenarnya Ashamah bin Abjar.

    Sebelum di lantik menjadi Raja Habsyah, Najashi telah melalui terlalu banyak kisah pahit, masin, tawar dalam hidup beliau. Namun, takdir Allah menagatasi segala perancangan manusia, ketentuan Allah mendahului untuk memilih beliau menjadi raja yang akan melindungi dan menyelamatkan kesengsaraan umat islam pada awal era kedatangannya.

   Najashi ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan ketika itu ayahnya adalah pemerintah Habsyah. Maka, pembesar Habsyah mengambil keputusan untuk membunuh ayah Najashi kerana beliau hanya mempunyai seorang pewaris, dan seterusnya, ingin melantik adik kepada ayah Najashi sebagai Raja, kerana beliau mempunyai 12 orang anak sebagai pembantu dan pewarisnya. Syaitan telah membisikkan bahawa tindakan mereka ini benar dan baik untuk Habsyah.

Geleng kepala.

Maka, ayah Najashi di bunuh, dan adiknya, iaitu ayah saudara Najashi di lantik menjadi raja Habsyah. Setelah itu, Najashi di besarkan dalam jagaan ayah saudaranya ini. Dengan izin Allah, ayah saudaranya terlalu menyayanginya sehingga melebihkan beliau dalam banyak hal berbanding anak-anaknya. Sekali lagi, para pembesar Habsyah mula merasa gusar sekiranya Najashi di pilih oleh ayah saudaranya untuk menggantikan takhta. Syaitan mula menjalankan kerja dan tugasnya dengan penuh efisien dan cekap, dengan membisikkan kerisauan kepada pembesar-pembesar bahawa Najashi akan membalas dendam kepada mereka atas pembunuhan ayahnya.

Para pembesar menghadap raja Habsyah, iaitu ayah saudara Najashi dan meminta supaya Najashi di bunuh atau di buang negeri. Pada mulanya, raja Habsyah tidak bersetuju, namun setelah di desak dan di ugut, akhirnya raja Habsyah bersetuju membuang Najashi dari negeri dalam keadaan sangat terpaksa dan bersalut kesedihan. Namun tidak lama selepas itu, berlaku kejadian yang tidak di ingini, hujan turun mencurah-curah dan kilat sambar-menyambar di negeri Habsyah sehingga raja Habsyah mati akibat di sambar kilat.

Walaubagaimanapun, setelah itu, tiada seorangpun daripada anak-anaknya yang layak untuk menaiki takhta, sehingga para pembesar terpaksa mencari semula Najashi untuk di tabalkan menjadi raja bagi menyelamatkan Habsyah.

Pendek cerita, Najashi memerintah Habsyah dengan penuh adil dan bijaksana. Habsyah tersangatlah aman ketika itu. Kaya-raya, sejahtera, sentosa, berbeza dengan keadaan sebelumnya yang penuh dengan kezaliman dan kemiskinan.

*Bersilau-silau mata saya bila sampai part ni sebab seronok. Hehe :)

Tak lama lepas tu, Allah telah mengutuskan Rasulullah s.a.w., yang sangat kita cintai itu, untuk menyampaikan Islam. Ketika itu, Quraisy tak terima sangat-sangat agama islam ni, sehinggakan penduduk Mekah yang telah menerima islam di siksa semahu-mahunya tanpa belas kasihan. 

Maka, Rasulullah bersabda kepada mereka,
"Di bumi Habsyah ada seorang raja yang tidak pernah menzalimi sesiapa. Pergilah ke negerinya dan mintalah perlindungannya sehingga tiba masanya apabila Allah menyelesaikan masalah kamu dan melepaskan kamu daripada kesengsaraan kamu ini."

Maka, berhijrahlah umat islam yang sedikit ketika itu ke negeri Habsyah dengan keimanan, tawakkal dan keyakinan yang cukup tinggi dengan ajaran Islam. Di sana, buat pertama kalinya mereka dapat beribadah dengan penuh kenikmatan dan keenakan tanpa sebarang gangguan. Biar terpaksa meninggalkan tanah air,keluarga, namun bahagia beribadah kepada Allah itu lebih di impikan.
*Sobss, kita ni dah lapang sungguh Allah bagi pun malas nak buat ibadah lagi kan? kan? kannn??? Tak rasa kena pelempang lagi ke? Ayuh lari terjun dalam sinki. Malu.


Bersambung. 

Sambungan di [ SINI ] .

1 comment

  1. Assalamualaikum, boleh saya tahu rujukan yang tuan pakai?

    ReplyDelete

 

Saya Untuk Anda :)

Saya sudi mendengar kisah hati kalian yang saya cinta.
Hubungi saya di wanuda69@yahoo.com

Dengan izin Tuhan, saya in shaa ALlah ada. :)

Search

Disklaimer

Ini disklaimer dari hati, bukan untuk glamer. Kerana ini dari hati, moga sampai juga ke hati. Saya tidak bijak mengandam tulisan, jauh lagi menggubah amal. Namun, andaikata ada Tuhan izinkan tersentuh jiwanya, maka segalanya kerana Dia. Kerana ini dari hati, maka saya tak mengharapkan ramai yang terpaku membaca, atau bergerombolan pengikut yang ada, kerana saya tidak molek untuk diikuti. Namun, saya berharap, saya mahu sedikit yang punya hati yang basah tak mati. Kerana ini dari hati, maka doakan saya, ingatkan saya, kerana saya selalu lupa. JAdi Rijal AsSabiqun, biar sama-sama. Syurga itu luas. Cukup buat semua.

Most Reading

Ads 200x200

Ads 200x200
How can success be achieved when the call to success is ignored? Gegarkan dunia dengan seruan Tuhanmu!

Tags

lifetale (4) Tuhan (2) Ada (1) Buta (1) Hati (1) Hero (1) Hidup (1) Iman (1) Kacak (1) Khabbab alArrat (1) Malaysia (1) Mata (1) Mus'ab (1) agama (1) arRahman (1) bahagia (1) dosa (1) harapan (1) ibubapa (1) islam (1) keras (1) kerinduan (1) kerja (1) kerja keras (1) lembik (1) manja (1) merdeka (1) morality (1) pemuda (1) percuma (1) raja' (1) redho (1) syahid (1) syurga (1) taubat (1) tujuan (1)